Rahmat Semesta Alam
30 October 2009 | 1 Komen |
Cetak Artikel
Rahmat Semesta Alam
Alam raya berhias bintang
Terlukis indah yang tak terkira
Tanda kuasa dan kasih sayang
Allah Maha Besar
Lihat semesta bumi berputar
Telah terjadi dalam sekejap
AllahhuRabbi
Memanggil serta tunduk patuh padaNya
Maka nikmat mana
yang akan kau dustakan
Maka nikmat mana
yang akan kau dustakan
Masihkah kau mengingkari
Adanya Sang Pencipta
Masihkah kau melupakan
Ke mana akan kembali
ciptaan: Abu Sangkan/Tommy/Pongger
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang,
ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan,
dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;
(Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.
QS 3:190-191
Popularity: 3% [?]
Jiwa Positif Memberi Ketenangan #1
27 October 2009 | 3 Komen |
Cetak Artikel
Saya pernah menulis mengapa jiwa positif di dalam artikel saya sebelum ini.
Sabtu 24 oktober 2009, saya berkesempatan berkongsi tentang Jiwa Positif dan Hidup BerTuhan bersama dengan ahli keluarga Tuan Sezali Othman salah seorang Pengarah LHDN serta ahli keluarga Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Siti Mariah Hj Ahmad. Terima kasih Allah SWT kerana memberikan kesempatan dan peluang untuk mengadakan mini latihan bersama dengan ahli keluarga Tuan Sezali dan Datuk Siti Mariah.
Saya berkongsikan bersama mereka yang hadir tentang mengapa perlunya jiwa positif. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga Tuan Sezali dengan layanan yang amat baik. Mereka juga teruja dengan kaedah jiwa positif dan hidup berTuhan sebenar di dalam meningkatkan mutu hidup dengan memiliki kehidupan yang tenang dan jiwa yang positif. Terima kasih Allah SWT.
Popularity: 3% [?]
Petikan Positif #2
22 October 2009 | 4 Komen |
Cetak Artikel
Petikan-petikan yang pernah saya paparkan di status facebook saya. Semoga ada manafaatnya.
Bagaimana berasa sangat yakin kepada Allah SWT ketika berdoa di mana yakin Allah SWT akan memakbulkan doa kita?
Apabila berdoa SEDARLAH Allah SWT sebenarnya terus sahaja memproses doa kita agar dimakbulkan. Doa kita bukan tidak dimakbulkan tetapi sedang diproses agar diri kita benar-benar bersedia menerima apa yang didoakan itu setelah Allah SWT memakbulkan permohonan kita nanti. Dengan menyedari doa kita sedang diproses, ia mampu meyakinkan kita dengan doa kita.
Bagaimana berlatih membangunkan kesedaran kepada Allah SWT?
Duduk dalam keadaan rehat, rendahkan hati, rasa dan yakin Allah SWT itu sangat dekat dan sebutlah perlahan-lahan “ya Allah” lalu diam sejenak dan terimalah respon daripada Allah SWT. Kemudian disambung dengan “ya Allah, aku rela ya Allah…aku rela”.
Popularity: 2% [?]
Mini Latihan JPHBT
21 October 2009 | 2 Komen |
Cetak Artikel
Saudara,
Jika saudara ingin mengetahui dengan lebih jelas tentang jiwa positif hidup bertuhan yang dijelaskan di dalam laman web ini, saudara boleh menghubungi saya untuk diadakan mini latihan untuk saudara dan juga rakan-rakan yang ingin mengetahui dengan lebih jelas.
Mini latihan boleh diadakan di rumah untuk keluarga, di pejabat bersama kawan-kawan sekerja , organisasi kecil atau di tempat-tempat khas mengikut kelolaan saudara.
Saudara boleh klik DI SINI untuk info lanjut. Buat masa ini saya sedia melapangkan sedikit masa saya untuk saudara yang tinggal di Lembah Klang sahaja memandangkan saya perlu memberikan komitmen kepada aktiviti PhD saya.
Mini Latihan JPHBT adalah keterangan jelas di dalam memiliki kesedaran yang tertinggi di dalam hidup kita ini agar kita dapat mengekalkan keyakinan kebergantungan kita kepada Allah SWT dengan penuh yakin dan sentiasa prasangka baik kepada Allah SWT.
Bermula dengan menyedari masalah utama di dalam memiliki ketenangan dan kebahagiaan hidup, mini latihan JPBHT kemudiannya akan membawa saudara memahami “siapa aku” yang sebenarnya di dalam mengenali Allah SWT.
Mini latihan JPHBT juga memberikan latihan yang praktikal dan mudah untuk mengekalkan kesedaran kita kepada Allah SWT. Dengan memiliki kesedaran ini, inshaAllah kita akan sentiasa berada di dalam ketenangan dan kebahagiaan. Kita akan menjadi hamba yang benar-benar berserah dan sentiasa sedar akan Allah SWT walau di mana kita berada, walau apa yang kita lakukan, walau apa ujian yang datang dan pelbagai keadaan lagi.
Mini latihan JPHBT mampu memberikan motivasi berkekalan untuk berjaya dunia dan akhirat. Kita mula memahami dan mengetahui bagaimana jalan-jalan untuk mengekalkan semangat di dalam mencapai matlamat kita.
Semoga usaha ini akan memberikan manafaat kepada semua.
Popularity: 4% [?]
Bengkel Terapi Solat
16 October 2009 | 8 Komen |
Cetak Artikel
Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) UiTM berbesar hati membuka Bengkel Terapi Solat kepada 20 12 orang peserta luar dengan bayaran hanya RM50 termasuk makan dan minum. Bengkel akan berlangsung 17 dan 18 Okt 2009 di FKE UiTM.
Pilih satu hari sahaja. Jika berminat email kepada saya Nama Penuh, No Telefon Bimbit dan Pilihan Hari (sabtu atau ahad) kepada saya secepat mungkin. Kursus bercampur dgn pelajar UiTM.
p/s Bayaran RM2 dan sijil untuk staff dan pelajar UiTM sahaja.
Cara-cara untuk ke lokasi Bengkel.
1. klik sini untuk melihat peta ke UiTM.
2. Tanya pada pak guard di mana letaknya Fakulti Kejuruteraan Elektrik sebaik tiba di pintu utama UiTM. Beritahu untuk hadir ke kursus terapi solat. Jika tidak, saudara tidak dibenarkan masuk kerana ada majlis konvokesyen.
3. Bilik Seminar Ibn Al-Haytham terletak di Menara Berkembar 2, Aras 8. Ada papan tanda besar bertulis Fakulti Kejuruteraan Elektrik di Menara.
4. Untuk ke tingkat 8, tekan butang 8 di lift daripada luar dan sistem akan tunjukkan lift yang mana satu perlu saudara naik. (canggih sedikit sistem lift di FKE).
Popularity: 3% [?]
Artikel Seterusnya »


