Petikan Positif #1
2 September 2009 | 8 Komen |
Cetak Artikel
Petikan ini saya kongsikan bersama sahabat-sahabat di Facebook.
- Manusia itu dianalogikan seperti sebuah kereta yang dipandu pemandu dan membawa seorang bos di belakangnya. Kereta itu sendiri adalah jasad yang berfikiran dan beremosi (banyak ragam). Pemandunya adalah jiwa/nafs/ego dan bosnya sebagai penentu arah adalah roh yang sentiasa menentukan arah yang dituju mesti ke Allah SWT. Makanya pemandu mestilah memandu mengikut kehendak bos. Bukan kehendak kereta.
- Al-Quran itu manual untuk manusia hidup di muka bumi ini. Seperti kereta pasti ada manual. Kereta tidak boleh langgar lubang. Nanti rosak tayar. Begitu juga manusia. Tidak boleh minum arak. Nanti rosakkan jasad. Kereta kena jaga, basuh, tukar minyak enjin. Begitu juga manusia. Kena tutup aurat, solat, jaga akhlak dan lain-lain. Semua dijelaskan dlm Al-Quran. Allah buatkan manual manusia kerana Allah Maha Mengetahui ciptaanNya. Tahu mana yang boleh merosakkan dan mana yang boleh memelihara jasad dan jiwa manusia.
- Seseorang ingin penjelasan mudah untuk berserah. Di harap ini penjelasan yg mudah. Berserah itu menerima KETENTUAN dan dalam masa yang sama mengikut KETETAPAN Allah SWT. Cth: Katalah kita ini hidup susah. Maka kita tidak menyalahkan Allah menjadikan hidup kita susah (kita terima KETENTUAN hidup susah) dan dlm masa yang sama kita kena berusaha untuk hidup senang kerana Allah SWT tidak suka kita hidup dalam kemiskinan (KETETAPAN).
- Merdekakan jiwa kita untuk kembali kepada fitrah. Semoga sebulan latihan ramadhan akan memberikan kejayaan kemerdekaan yang penuh bermakna iaitu memiliki jiwa yang sejati. Ayuh, tekadkan jiwa untuk dekat dengan Allah SWT, bertaubat, tinggalkan maksiat, taat perintah Allah dan tebarkan kebaikan serta manafaat kepada semua orang. Semoga kita memiliki dan merasai kemerdekaan yang sejati. Salam kemerdekaan.
- Apa jua persoalan, minta sama Allah. “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar).” (Al Baqarah 2 : 120).
- GELISAH itu SEKSAAN Allah SWT pada mereka yang tidak beriman. Mengapa gelisah terjadi? Kerana seseorang tidak REDHA/BERSERAH/PASRAH/RELA dengan ketentuan Allah SWT. “Hati itu milik kita, tetapi kita tidak mampu mencabut rasa GELISAH daripada hati kita. Itulah SEKSAAN Allah SWT kepada hati orang yang tidak beriman.“
- Apabila kita gelisah, buntu, keliru, sakit hati, benci, marah dan seumpamanya, cubalah panggil Allah dengan suara yang perlahan. “Ya Allah…” kemudian diam dan rasailah respon daripada Allah SWT. InshaAllah jiwa akan tenang. Ulangi terus.
- Semakin Tinggi, Semakin Ringan. Pucuk dari sebuah pohon lebih ringan daripada yang lain. Burung yang terbang tinggi lebih ringan daripada burung yang terbang rendah. Bos (jawatan tinggi) hanya duduk di dalam kereta yg dipandu pemandu untuk lebih ringan ke pejabat. Tidak sekadar fizikal, malah batin juga. KESEDARAN YANG TERTINGGI terasa lebih ringan berbanding kesedaran yang rendah apatah lagi tidak sedar. Milikilah kesedaran tertinggi.
Popularity: 9% [?]
Incoming search terms:
- ketentuan hidup (1)
Category: hidup bertuhan
Tags: gelisah > kesedaran > makan > pasar ramadhan > puasa > sakit hati > solat
Tags: gelisah > kesedaran > makan > pasar ramadhan > puasa > sakit hati > solat






