Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

Syawal Dan Keredhaan Suami

25 September 2009 | 2 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

FacebookGoogle GmailYahoo MailWordPressTwittermore

Pada malam 13 september 2009 yang lepas, isteri saya mula berasa sakit untuk melahirkan anak. Dengan jam di tangannya, isteri mengambil masa untuk mengukur masa pengecutan (contraction). Semua persediaan termasuk beg keperluan bersalin memang siap sedia sebulan awal di dalam kereta. Jam 11.30 malam saya membawa isteri ke Hospital Pakar An-Nur di Bandar Baru Bangi.

***

Dipendekkan cerita, ketika waktu bersalin, saya duduk di sebelah isteri saya menuntun isteri untuk berserah kepada Allah SWT. Isteri sememangnya selalu melakukan latihan kembali kepada Allah SWT namun dengan tuntunan, ia lebih memudahkan.

Saya meminta maaf dan meredhakan isteri saya dengan benar-benar ikhlas. Saya memohon kepada Allah SWT jika ditakdirkan isteri saya kembali kepada Allah SWT, Allah SWT akan memasukkan kemana-mana syurga dari mana-mana pintu yang isteri saya inginkan.

Kemudian saya terus menuntun isteri saya untuk benar-benar kembali kepada Allah SWT. Saya telah redhakan beliau, maka tidak perlu lagi fikirkan hal suami dan anak-anak. Serahkan urusan suami dan anak-anak kepada Allah SWT.

“Jangan fikir abang dan kakak. Ingat Allah SWT sahaja.”

Kesakitan yang dirasai jangan ditahan. Jika ditahan, ia pasti akan mendatangkan lebih sakit kerana kita tidak redha, pasrah dan rela menerima kehendak Allah SWT iaitu kesakitan itu.  Nikmati sakit yang Allah SWT berikan dengan meredakan ketegangan otot yang menahan sakit.

Saya menuntun isteri untuk berkomunikasi dengan Allah SWT.

“Ya Allah, terima kasih kerana memberi aku rasa sakit ini ya Allah. Ya Allah, aku berasa sakit ya Allah.”

Alhamdulillah, isteri dapat melalui rasa bersalin secara normal dengan baik dan mudah. (anak pertama dahulu bersalin secara cesarean).

***

Pengalaman sakit merupakan satu anugerah daripada Allah SWT. Namun kebiasaan kita menghadapi sakit ini semata-mata hanyalah dengan doa untuk penyembuhan. Ia tidak salah tetapi mulai hari ini, jika kita ditimpa sakit, marilah kita benar-benar menyerahkan diri kepada Allah SWT.

Kita tidak minta untuk dimatikan dan kita tidak pula meminta untuk terus dihidupkan. Kita hanya rela dan pasrah serta berserah dengan ketentuan Allah SWT yang mana terbaik di sisiNya. Yang pasti kita terus menjalankan ketetapan-ketetapan yang Allah SWT gariskan kepada kita sebagai satu kewajipan sebagai khalifah dan hambaNya.

Kita bersedia apa jua kemungkinan yang ditetapkan Allah SWT samada kita akan terus dihidupkan atau dimatikan. Kita bukan berperlakuan pasif dengan berserah. Kita aktif dengan bersedia di atas kehendak Allah SWT.

***

Semoga Ramadhan yang kita telah lalui adalah Ramadhan yang cukup berbeza kerana Ramadhan kali ini kita mempunyai kesedaran yang tertinggi tidak seperti yang lepas-lepas. Kita berada dalam kesedaran kerana kita sentiasa berkomunikasi dengan Allah SWT.

Semoga Syawal kita kali ini juga berbeza dengan syawal yang lepas kerana syawal kali ini adalah kemenangan yang disambut di dalam kesedaran yang tertinggi. Kita benar-benar layak untuk menyambut kemenangan kerana sedikit sebanyak kita sentiasa ingat Allah SWT dan  berada dalam kesedaran akan hal Allah SWT. Kita benar-benar kembali kepada fitrah walaupun mungkin belum sekukuhnya namun kita sudah mula mengecapi rasa berada dekat dengan Allah SWT. Rasa ketenangan yang tiada tolok bandingnya.

Semoga saudara semua dapat mengecapi nikmat sebenar kemenangan syawal yang sebenarnya.

Baby Raya & Salam Aidilfitri

16 September 2009 | 17 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Alhamdulillah, terima kasih Allah SWT kerana menganugerahkan anak lelaki kepada saya dan isteri. Anak adalah satu amanah Allah SWT kepada saya dan isteri. Saya dan isteri sentiasa sedar anak adalah milik Allah SWT yang perlu dipelihara atas nama Allah SWT.

“Ya Allah, kami mencintai anak-anak kami ya Allah, maka ya Allah, cintailah anak-anak kami ya Allah. Ya Allah berikanlah kefahaman dan kesedaran yang tertinggi kepada kami dan anak-anak kami ke atas kekuasaanMu, sifat, zat dan perbuatanMu ya Allah. Ya Allah ajarilah anak-anak kami, berilah ilham taqwa kepada mereka dan jauhilah ilham fujur kepada mereka. Titipkanlah iman yang tertinggi kepada mereka. Berjayakanlah mereka dunia dan akhirat. Amin”.

Muhammad Nuqman Afeef dilahirkan pada hari Isnin, 24 Ramadhan 1430H bersamaan 14 September 2009 jam 9.29am seberat 2.55kg. Pastinya kehadiran adik Nuqman akan menambahkan lagi keceriaan keluarga saya.

[note] Alhamdulillah, ibu dan baby sihat sejahtera.

***

Saya dan isteri sekeluarga memohon kemaafan kepada semua pembaca Jiwa Positif dan Hidup BerTuhan di atas kesilapan yang dilakukan menerusi laman web ini dan semasa sesi ceramah yang pernah diadakan.

Semoga hari raya ini disambut dengan penuh kesedaran akan nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita.  Terima kasih Allah SWT kerana telah memberikan kekuatan untuk kita menjalani ibadah puasa di dalam mendidik kita kembali kepada fitrah iaitu hidup berTuhan sebenar.

Semoga kini kita benar-benar memiliki jiwa yang sejati di mana jiwa inilah kita yang sebenarnya. Artikel sebelum ini pernah bertanya, siapa ‘aku’, maka jawapannya adalah jiwa yang sejati.

Saya menjemput semua pembaca datang berhari raya ke rumah saya di Puchong (peta). Tiada open house tahun ini seperti tahun sebelum ini namun inshaAllah akan diraikan jika berkunjung.

Salam Aidil Fitri daripada kami sekeluarga, Fuad, Liza, Nasihah dan Nuqman.

Memohon Keampunan Allah

10 September 2009 | 3 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

“Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ?
Bersabda Nabi : ” Sebutlah doa ” Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan”
(HR Tirmidzi nombor 3580, Ibnu Majah nombor 3850 dan disahihkan oleh Al Albani Rahimahullah )

***
Tidak perlu memikirkan bilakah malam Lailatul Qadar yang dijanjikan Allah SWT itu. Yang penting teruskan ibadah yang sebaiknya dengan penuh keikhlasan dan kecintaan kepada Allah SWT setiap siang dan malam dan ditambahkan lagi di malam-malam akhir Ramadhan ini.

Semoga kita mendapat redha dan keampunan Allah SWT.

Incoming search terms:

Teringat Akan Kematian

8 September 2009 | 5 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Saya menerima respon daripada beberapa orang tentang latihan kembali kepada Allah SWT. 100% menyatakan tidak mampu kembali kepada Allah SWT dengan benar-benar berserah. Saya juga tidak tahu sejauh mana kemampuan saya untuk berserah ketika saat-saat sakaratul maut datang walaupun banyak kali berlatih kembali kepada Allah SWT. Semoga kita benar-benar mampu kembali kepada Allah SWT dengan jiwa yang sejahtera.

Saya mengajak saudara semua berfikir, iaitu jika kita sekarang tidak mampu berserah 100% kepada Allah SWT di dalam latihan kembali kepada Allah, fikirkan bagaimana di saat kematian yang benar tiba. Di masa nyawa dicabut dari jasad, kita bukan hanya berdepan dengan kesakitan kematian tetapi juga berdepan dengan ajakan dan hasutan syaitan yang sangat hebat. Mampukah kita kembali kepada Allah SWT dengan benar-benar berserah?

Nah! Bagaimana kita berasa kita akan mati dalam keadaan yang sejahtera sedangkan kita tidak pernah pun berlatih untuk kembali kepada Allah SWT? Walaupun siapa diri kita, banyak mana amalan diri kita, hebatnya ilmu kita, tingginya amal ibadah kita, berlatihlah kembali kepada Allah SWT. Kemampuan berserah, pasrah dan redha untuk benar-benar kembali kepada Allah SWT perlu dilatih.

***

Sejak saya menulis artikel bertajuk Berlatih Kembali Kepada Allah SWT, saya sendiri yang sering teringat untuk mati. Saya berasa kematian sangat hampir. Rasa ini semakin hari semakin kuat. Jika sudah menjadi ketentuan untuk saya kembali kepada Allah SWT, sesungguhnya saya pasrah dan berserah. Berserah kembali kepada Allah SWT dan menyerahkan semua milik yang Allah SWT pinjamkan kepada saya kembali kepada Allah SWT. Saya amat yakin Allah SWT akan menjaga keluarga saya, anak dan isteri.

Saya memohon maaf kepada semua di atas kesalahan yang saya lakukan.

Incoming search terms:

Berserah 100%

4 September 2009 | 3 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Saudara,

Rajah di atas jelas menunjukkan perbezaan berserah 100% berbanding berserah tetapi tidak 100% (Tidak berserah sebenarnya). Tidak berserah 100% akan membuatkan jiwa kita gelisah. Mengapa gelisah? Kerana kita masih ada kehendak.

Berserah = menerima KETENTUAN + mengikut KETETAPAN Allah SWT.

Baca Selanjutnya…

Incoming search terms:

Petikan Positif #1

2 September 2009 | 8 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Petikan ini saya kongsikan bersama sahabat-sahabat di Facebook.

  • Manusia itu dianalogikan seperti sebuah kereta yang dipandu pemandu dan membawa seorang bos di belakangnya. Kereta itu sendiri adalah jasad yang berfikiran dan beremosi (banyak ragam).  Pemandunya adalah jiwa/nafs/ego dan bosnya sebagai penentu arah adalah roh yang sentiasa menentukan arah yang dituju mesti ke Allah SWT. Makanya pemandu mestilah memandu mengikut kehendak bos. Bukan kehendak kereta.
  • Al-Quran itu manual untuk manusia hidup di muka bumi ini. Seperti kereta pasti ada manual. Kereta tidak boleh langgar lubang. Nanti rosak tayar. Begitu juga manusia. Tidak boleh minum arak. Nanti rosakkan jasad. Kereta kena jaga, basuh, tukar minyak enjin. Begitu juga manusia. Kena tutup aurat, solat, jaga akhlak dan lain-lain. Semua dijelaskan dlm Al-Quran. Allah buatkan manual manusia kerana Allah Maha Mengetahui ciptaanNya. Tahu mana yang boleh merosakkan dan mana yang boleh memelihara jasad dan jiwa manusia.
  • Seseorang ingin penjelasan mudah untuk berserah. Di harap ini penjelasan yg mudah. Berserah itu menerima KETENTUAN dan dalam masa yang sama mengikut KETETAPAN Allah SWT. Cth: Katalah kita ini hidup susah. Maka kita tidak menyalahkan Allah menjadikan hidup kita susah (kita terima KETENTUAN hidup susah) dan dlm masa yang sama kita kena berusaha untuk hidup senang kerana Allah SWT tidak suka kita hidup dalam kemiskinan (KETETAPAN).
  • Baca Selanjutnya…
  • FB GROUP JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Milikilah kesedaran tertinggi agar kita mampu memiliki rasa kehambaan yang mendalam kepada Allah SWT sebagai asas terhadap ibadah yang dilakukan. Berserahlah kepadaNya untuk memiliki ketenangan hidup di dunia dan akhirat. "Ya Allah gantilah kegelisahan di hati ini dengan ketenangan yang membahagiakan. Terima kasih Allah, terima kasih".
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword