Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kehambaan Diri dan KeTuhanan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Tidak Perlu Difikirkan

29 August 2009 | 3 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Apabila saya membincangkan hal taqwa, khusyuk dan kesedaran, saya menerima banyak soalan taqwa itu bagaimana? Khusyuk itu bagaimana? Kesedaran itu bagaimana?

Saya juga ditanya bagaimana untuk tahu yang kita sudah capai tahap taqwa. Bagaimana kita nak tahu kita sudah mencapai khusyuk? Bagaimana kita nak tau tahap kesedaran kita?

Taqwa, khusyuk dan kesedaran adalah rasa. Rasa sesuatu yang sukar difahami kerana kita perlu merasainya dahulu. Apa yang saya terangkan di dalam entri yang lepas hanyalah sifat-sifat rasa itu. Adalah sesuatu yang mustahil untuk membicarakan hal rasa dengan penulisan atau pertuturan.

Cth, gula itu manis. Sifat rasa gula itu adalah manis. Tetapi manis itu bagaimana adalah sesuatu sukar untuk dijelaskan kerana ia adalah rasa.

Sama seperti Taqwa. Saya hanya boleh menjelaskan sifat Taqwa. Seseorang yang memiliki Taqwa mempunyai daya yang tinggi di dalam mengerjakan perintah Allah SWT dengan ikhlas iaitu berserah, pasrah, redha dan rela semata-mata kerana Allah SWT. Namun Taqwa sendiri itu perlu dirasai dan barulah dapat difahami dengan sejelas-jelasnya.

Begitu juga dengan khusyuk. Khusyuk adalah satu rasa hening, asyik, tenang dan banyak lagi yang tidak mampu diungkapkan. Ia dapat difahami bagi yang pernah merasakan. Namun boleh dianalogikan seperti kita asyik menonton TV tetapi tidak sama rasanya asyik dengan Allah SWT. Hanya boleh dianalogikan sahaja.

Kesedaran itu hanya dapat dirasai jika kita mempunyai ihsan. Namun kesedaran itu tidak mampu dijelaskan kecuali yang merasainya.

Sama hal dengan mengetahui tahap mana. Hanya kita yang merasainya tahu tahap mana taqwa, khusyuk dan kesedaran kita. Ketika kita sedih, pasti kita tahu betapa jauh kesedihan kita. Namun kesedihan kita tidak mampu dibandingkan dengan kesedihan orang lain kerana ketetapan tahap kita berbeza. Bagi kita, kehilangan RM 1 ribu sudah cukup sedih tetapi bagi sesetengah orang belum cukup sedih.

Lalu saya tidak mampu memberikan tahap mana taqwa, khusyuk dan kesedaran seseorang melainkan diri masing-masing. Untuk mengetahuinya diri masing-masing kena dahulu merasakan taqwa, khusyuk dan kesedaran itu.

TIDAK PERLU DIFIKIRKAN.
Saudara,

Tidak perlu difikirkan bagaimana Taqwa, khusyuk dan kesedaran itu serta tahapnya. YANG PENTING SEKARANG INI DAPATKAN RASANYA. BAGAIMANA UNTUK DAPATKAN RASANYA? LAKUKAN. Ia perlu dilakukan dan barulah hadir rasanya.

Kita tidak dapat merasai manisnya gula jika kita tidak pernah merasakannya. Lalu makan gula untuk merasakan.

Sama dengan komunikasi dengan Allah SWT. Lakukan dan pasti akan kita dapat rasakan. MINTA PADA ALLAH dan pasti kita akan dapat rasakan. Berserah, pasrah, rela dan redha bukan sesuatu yang dipaksa. Ia akan hadir apabila kita SEDAR segala-galanya adalah bergantungan dengan Allah SWT.

Perkara yang utama kita perlu lakukan hanyalah minta pada Allah dan bergantung pada Allah. InshaAllah mudahlah kehidupan kita. Jika datang sesuatu dugaan, kita tetap tenang. Maka mudahlah kehidupan kita.

***

Mulai hari ini, lakukan komunikasi dengan Allah SWT. Tukarkan mind chat kepada komunikasi dengan Allah SWT. Komunikasi dapat mengekalkan kesedaran kita pada Allah SWT. kerana itu saya sarankan komunikasi dengan Allah SWT.

Jika tidak dilakukan, sampai bila pun semua ini akan terus menjadi persoalan di dalam fikiran kita. Maka lakukan…lakukan…lakukan. Komunikasilah..komunikasilah…komunikasilah untuk memiliki pengalaman rasa. Saudara akan faham dengan sedalam-dalamnya.

Selamat berkomunikasi.

Popularity: 9% [?]

Facebook Comments

  • Bengkel JPHBT

  • Kemaskini di FB JPHBT

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Allah SWT sentiasa mencintai kita. Namun untuk kita merasai cinta AllahSWT hanyalah dengan satu cara iaitu kita mesti mencintaiNya. Rasa cinta itu hanya mampu kita miliki apabila kita juga menyintai.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Arkib

  • Popular Keyword