Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

Puasa: Memiliki dan Merasai Taqwa

24 August 2009 | 4 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Share/Bookmark

Saudara,

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang memberikan kesempatan kepada kita untuk menambahkan lagi amal kita di bulan Ramadhan kali ini. Kita menambahkan amal ibadah kita kepada Allah SWT setiap Ramadhan menjelma. Tujuannya tidak lain adalah untuk memiliki dan merasai ganjaran puasa iaitu Taqwa kepada Allah SWT seperti yang Allah janjikan di dalam firmanNya:

Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. (QS 2:183)

Namun apabila kita nilai dan muhasabah semula tahap taqwa yang dicapai setiap tahun selepas tamatnya bulan Ramadhan, kita dapati diri kita selepas bulan Ramadhan tiada bezanya berbanding diri kita sebelum bulan Ramadhan. Ketaqwaan kita masih sama atau meningkat hanya sedikit setelah kita menjalani ibadah puasa.

Perkara ini jarang diperbincangkan secara terperinci mengapa terjadi sedemikian SEDANGKAN ibadah kita bertambah sepanjang bulan Ramadhan. Kita membaca Al-Quran, kita berterawih, kita bertadarus, kita menonton rancangan-rancangan untuk mendekatkan kita kepada Allah SWT yang banyak ditayangkan di bulan Ramadhan, kita membaca buku-buku agama, NAMUN kita masih gagal atau sedikit sahaja memiliki dan merasai taqwa.

Untuk memahami mengapa taqwa ini sukar dimiliki dan dirasai, cubalah fahamkan penjelasan berikut.

Puasa
Puasa makna ringkasnya adalah menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa. Kita melakukannya/berpuasa dengan rela, pasrah dan berserah pada Allah SWT.

Apakah yang dimaksudkan dengan menahan diri?
Menahan diri bermakna menahan segala keinginan (hawa) masuk ke dalam diri (nafs). Puasa adalah satu hal yang menyekat diri (nafs) memiliki segala keinginannya (hawa).

Contohnya, perut merupakan salah satu anggota diri kita. Apabila perut lapar, maka keinginan perut ini adalah makanan dan minuman. Perut akan menghantar isyarat ke otak memberitahu otak bahawa perut berada dalam keadaan lapar. Otak menafsirkannya dengan berfikir dan mengarahkan anggota diri yang lain untuk melakukan sesuatu bagi memenuhi keinginan perut. Lalu tangan, kaki, mata, hidung, mulut dan yang berkaitan mencari makanan agar keinginan perut dapat dipenuhi.

Begitulah halnya juga dengan mata. Mata merupakan pacaindera diri. Keinginan mata adalah melihat perkara-perkara yang cantik, menarik dan sebagainya. Kita ambil contoh ketika membeli makanan di pasar ramadhan. Ketika kita berjalan meninjau-ninjau makanan di pasar ramadhan, keinginan mata untuk melihat makanan yang nampak sedap di makan. Keinginan hidung adalah untuk mencium bau makanan yang enak. Informasi atau data yang masuk ke mata dan hidung akan diproses oleh otak dan otak mula berfikir untuk mengesahkan makanan yang perlu dibeli.

Lebih lama kita berada di pasar ramadhan, lagi banyak fikiran yang akan dijana dan lebih banyak keinginan yang akan timbul. Kerana itulah kita diWAJIBKAN oleh ALLAH SWT untuk BERPUASA iaitu menahan diri atau menahan keinginan diri (nafs).

Mengapa Berpuasa?
Puasa adalah bertujuan agar kita dapat menahan keinginan diri (nafs) daripada masuk ke dalam fikiran dalam bentuk informasi atau data-data yang diterima oleh pacaindera dan anggota diri kita. Apabila puasa diwajibkan, maka ia adalah satu perintah yang tidak boleh dilanggar. Puasa menjadi bantuan kepada diri kita untuk menahan keinginan diri dan membantu jiwa untuk dipimpin roh yang sentiasa ingin dekat dengan Allah SWT.

Jika di bulan selain bulan ramadhan, kita tidak diwajibkan berpuasa. Lalu puasa tidak dapat mengawal keinginan diri secara TOTAL kerana jika kita tidak mampu menahan keinginan diri, kita boleh berbuka puasa kerana puasa di luar bulan ramadhan hanyalah puasa sunat.

Tetapi puasa di bulan ramadhan merupakan puasa yang wajib di mana hukumnya berdosa jika tidak berpuasa dan dikenakan denda iaitu menggantikan puasa atau membayar fidyah.

***

Apabila kita dapat menahan keinginan diri masuk ke otak untuk difikirkan, fikiran hal keinginan diri tidak lagi menjadi dominan di dalam diri kita. Maka jiwa kita akan lebih mudah dipimpin roh yang mana fitrahnya adalah untuk berada dekat dengan Allah SWT.

Setelah kita berjaya menahan keinginan diri ini, jiwa lebih redha, pasrah dan berserah. Allah SWT akan menganugerahkan Taqwa kepada mereka yang benar-benar pasrah, redha dan berserah kepadaNya. Akhirnya apabila fikiran tidak lagi dominan, jiwa lebih mudah dipimpin oleh roh di mana fitrahnya untuk dekat dengan Allah SWT, maka kita akan memiliki dan merasai taqwa yang dijanjikan oleh Allah SWT.

Dengan ini barulah puasa yang kita lakukan ini dapat menjanjikan kita memiliki dan merasai nikmat taqwa yang dijanjikan Allah SWT.

***

Mulai hari ini, pastikan puasa kita bukan hanya menahan diri daripada lapar dan dahaga tetapi juga menahan segala keinginan diri (nafs) kita seluruhnya. Apabila kita berjaya menahan diri seluruhnya dengan rela, redha dan pasrah maka akhirnya kita akan menyambut kemenangan di mana kita kembali kepada fitrah iaitu berada dekat dengan Allah SWT.

Kita menyambut kemenangan ini dengan meraikannya bersama-sama keampunan dan mohon maaf sesama kita bagi menyucikan sebenar-benarnya jiwa yang telah kembali kepada fitrah iaitu inginkan kepada sift-sifat Allah SWT. Kita juga membantu mereka yang kurang bernasib baik dengan zakat fitrah. Hari kemenangan ini dikenali sebagai Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah.

Semoga puasa kita tahun ini berbeza dengan tahun sebelumnya kerana hari ini kita sudah memahami jiwa positif dan hidup bertuhan.

Untuk berjaya menahan diri, SEDARLAH SENTIASA YANG KITA SEDANG BERPUASA. KOMUNIKASILAH dengan Allah SWT agar mampu bertahan ketika keinginan diri (hawa nafsu) datang menerpa. Komunikasilah dengan Allah SWT untuk memohon kekuatan di dalam meningkatkan amal ibadah kita.

Semoga kita memiliki dan merasai nikmat jiwa yang suci iaitu jiwa yang dipimpin oleh roh untuk kembali kepada fitrah iaitu kembali kepada Allah SWT dengan penuh rela, pasrah dan berserah.

Incoming search terms:

Facebook Comments

  • Bengkel JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • RSS FB JPHBT

  • Kemaskini di FB JPHBT

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    5 rukun islam itu mesti dilakukan dengan sengaja. Apa itu sengaja? Iaitu dilakukan dalam keadaan sedar. Ambil satu rukun iaitu solat. Ramai yang solat tapi tidak sedar yang dia sedang bersolat. Fikiran terbang merata-rata ketika solat. Ia termasuk dalam lalai di dalam solat.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword