Petikan Puasa
22 August 2009 | 1 Komen |
Cetak Artikel
Petikan tentang puasa daripada saya yang saya sebarkan melalui facebook. Akan ditambah dari masa ke semasa.
Puasa adalah halangan kpd keinginan jasad. Namun puasa HANYA berjaya menjadi penghalang kpd keinginan jasad jika kita SEDAR yg kita sedang berpuasa. Jika tidak, puasa (penghalang) akan menjadi rapuh & pasti segala keinginan jasad akan mudah merempuh penghalang (puasa) itu. Tidak hairanlah kita berpuasa tapi seringkali tewas dgn keinginan jasad (nafsu). SEDAR berpuasa bukanlah SEDAR yg kita lapar & dahaga
Puasa memelihara kesihatan hati dan anggota badan sekaligus mengembalikan apa-apa yang telah dirampas oleh hawa nafsu.
Puasa itu menahan diri. Untuk menahan diri, kita perlukan ketahanan diri yang kukuh. Nafsu perlu dikawal. Tapi bagaimana nak kawal kalau kita sendiri tidak tahu di mana nafsu. Maka tahu dahulu nafsu itu apa, di mana dan kaitan dengan diri, jiwa dan roh. Baru mudah mengawalnya. Kenal diri sendiri pasti akan kenal Tuhan. Salam Ramadhan. Semoga berjaya menahan diri dan mengawal nafsu dan akhirnya kembali kepada fitrah.
SEDARlah yang kita sedang berpuasa.
Ramadhan bulan latihan menemukan kita dengan diri kita yang sejati iaitu kembali kepada fitrah. Diri aku bukan aku. Ia adalah hanya jasad. Tangan aku bukan aku. Kaki aku bukan aku. Mulut aku bukan aku. Mata aku bukan aku. Telinga aku bukan aku. Perut aku bukan aku. Tiada bezanya dengan rumah aku. Rumah aku bukan aku. Rumah adalah rumah dan aku adalah aku. Fahaminya lalu akan tahu di mana nafsu.
Niat Bukanlah Hanya Berada Di Awal Atau Di Tengah-Tengah Atau Di Akhir Sesuatu Perbuatan. Niat Perlu Ada Sepanjang Masa Ketika Melakukan Sesuatu Perbuatan. Ketika berpuasa, peganglah niat puasa sehingga berbuka. Jangan calarkan niat puasa kerana niat yang tercalar tidak boleh disambung kembali. Ia menjadi batal atau tidak diterima lagi.
Puasa itu meninggalkan kecintaan nafs (diri) dan kenikmatannya demi mengutamakan kecintaan Allah SWT dan keredhaanNya. Puasa merupakan amal rahsia antara hamba dan Rabbnya. Tiada siapa yang tahu puasanya melainkan dirinya.
Popularity: 6% [?]
Tags: jiwa > khusyuk > menahan diri > pasar ramadhan > puasa > ramadhan > sahur > waktu berbuka > waktu imsak






