Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kehambaan Diri dan KeTuhanan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Dugaan Orang Beriman

13 August 2009 | 6 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Saudara,

Setiap kali kita berbicara berkenaan dengan dugaan orang yang beriman, kita seringkali diberitahu dugaan orang yang beriman cukup berat. Lalu kita diberikan contoh-contoh dugaan yang dihadapi oleh Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabat baginda. Kita ditanamkan terus dengan cerita-cerita bahawa alim ulama sebelum kita terpaksa bersusah payah menghadapi dugaan mereka.

Cerita-cerita dugaan orang yang beriman ini sedikit sebanyak menanamkan satu persepsi di dalam fikiran kita bahawa kita juga pasti akan diduga dengan dugaan yang berat jika kita ingin menjadi orang yang beriman. Tidak kurang juga ramai yang tidak mahu beriman kerana bimbang dengan dugaan yang berat yang bakal menimpa.

Kesilapan bertahun-tahun di atas persepsi ini membuatkan beriman itu seolah-olah menyusahkan iaitu pasti akan menempuh dugaan yang besar. Namun realiti dan hakikatnya tidak begitu.

Baca Selanjutnya…

Popularity: 22% [?]

Incoming search terms:

Mereka Yang Berpenyakit Tenat

12 August 2009 | 10 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Saudara,

Kekadang hidup kita ini tidak disenangi oleh beberapa orang yang sentiasa tidak berpuas hati terhadap kita. Sehingga kita sendiri tidak mengetahui apa sebenarnya yang dikehendaki oleh mereka itu.

Kita juga berhadapan dengan pelbagai ragam manusia yang berkaitan dengan kehidupan kita. Suami, isteri, anak-anak, ibu bapa, ibu bapa mertua, abang dan kakak, jiran dan kawan-kawan sekerja. Hubungan silaturahim iaitu hubungan kasih sayang kekadang tidak dapat terbentuk atau terperlihara dengan baik kerana perasaan ketidakpuasan hati orang terhadap diri kita.

Sebagai contoh, di rumah kadang-kadang suami atau isteri berselisih faham. Suami atau isteri mudah naik darah jika kita tersilap sedikit sahaja. Kekadang ada suami atau isteri yang mempunyai masalah di dalam hal ibadah seperti jarang solat dan sebagainya.

Anak-anak yang meningkat dewasa agak sukar untuk dinasihati. Mereka bukan sekadar tidak mahu mendengar apa yang kita nasihatkan malah kekadang mereka berani meninggikan suara pula.

Kekadang jiran pula tidak menyenangi dengan kehidupan kita.

Baca Selanjutnya…

Popularity: 4% [?]

Hanya Berbicara

11 August 2009 | 4 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Untuk minggu ini (hari ini – ahad ini) kita cuba berbicara dengan Allah SWT tanpa memohon kepadaNya. Kita tahankan kehendak kita bagi melatih diri kita sebagai persediaan di bulan Ramadhan agar kita tidak mempunyai pelbagai keinginan.

Kita hanya bercerita kepada Allah SWT apa yang kita fikirkan dan apa yang berlaku di sekeliling kita. Memohon itu adalah kehendak iaitu keinginan diri.

Puasa bererti menahan diri agar diri kita dapat mengurangi kehendak atau keinginan yang banyak dijanakan oleh fikiran. Lalu kita berlatih mulai hari ini kita tidak berkehendak melainkan kehendak yang fitrah seperti makan, minum, pembersihan badan, tidur dan yang berkaitan.

Kehendak yang dimaksudkan adalah kehendak yang dipohon setiap hari bagi menyelesaikan masalah harian kita.

Mengapa hanya berbicara? Agar kita benar-benar serahkan kepada Allah SWT jalan penyelesaian yang terbaik buat diri kita. Yang kita lakukan hanyalah bercerita atau berbicara dengan Allah SWT hal yang kita alami.

Baca Selanjutnya…

Popularity: 3% [?]

Hayati Lirik

6 August 2009 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Di Atas Sajadah Cinta

DiriMu ada
Dalam setiap langkah manusia
Janganlah pernah ragukan kuasaNya

Allah itu dekat. Dekat sangat. Kita bukan seharusnya tahu Allah SWT itu dekat, tetapi mesti SEDAR dan YAKIN Allah itu dekat. SEDAR dan YAKIN segalanya apa yang ada di langit dan di bumi serta isinya adalah di bawah penguasaan Allah SWT. Inilah apa yang Rasulullah katakan sebagai Ihsan.

Dalam kehidupan
Manusia terkadang dicuba
Selalu kau dapat memohon padaNya

Manusia hanya akan kembali kepada Tuhannya apabila di dalam kesusahan. Jarang sangat yang sentiasa sedar akan Allah SWT di setiap saat kehidupannya. Manusia lebih mudah meminta tolong daripada manusia lain tanpa meminta bantuan Allah SWT terlebih dahulu.

Baca Selanjutnya…

Popularity: 6% [?]

Incoming search terms:

Terima kasih Allah

5 August 2009 | 6 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

“Ya Allah, terima kasih Allah kerana membuka hati pembaca blog ini untuk sentiasa berterima kasih denganMu ya Allah. Semakin ramai yang menyebut terima kasih dengan penuh ikhlas kepadaMu ya Allah. Terima kasih Allah, terima kasih.”

Popularity: 9% [?]

Hati Orang & Hati Kita

4 August 2009 | 6 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Hati adalah jiwa yang berbolak balik. Di dalam Al-Quran, hati disebut sebagai Qalbu yang bermakna jiwa yang berbolak balik.

Seringkali kita berasa tidak puas hati dengan ramai orang. Ini kerana orang lain tidak berlakuan seperti apa yang hati kita inginkan. Begitu juga dengan hati orang lain terhadap kita. Lalu wujudlah terasa hati, sakit hati, benci, tidak suka dan sebagainya.

Perasaan ini datang di mana sahaja. Di tempat kerja, seringkali kita melihat bos atau ketua marah-marah kerana tidak puas hati dengan kerja orang bawahan. Orang bawahan pula tidak suka dengan bos yang suka mendesak dan sebagainya. Lalu wujudnya ketidakpuasan hati kerana keinginan bos tidak sama dengan keinginan orang bawahan.

Begitu juga ketika kita berkawan. Malah di dalam keluarga juga begitu. Terasa dengan suami atau isteri juga kadang-kadang dengan anak-anak. Anak-anak pula seringkali tidak puas hati dengan ibu bapa akibat daripada keinginan yang berbeza ini.

Baca Selanjutnya…

Popularity: 5% [?]

« Artikel Terdahulu
  • Bengkel JPHBT

  • Kemaskini di FB JPHBT

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Iman itu kesedaran. Cinta itu menguatkan kesedaran. Komunikasi itu melahirkan cinta.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Arkib

  • Popular Keyword