Berlatih Kembali Kepada Allah
31 August 2009 | 5 Komen |
Cetak Artikel
Kematian itu datang bila-bila masa. Berlatihlah agar kita benar-benar bersedia untuk mati.
Ketika kita baring ingin tidur, berlatihlah untuk kembali kepada Allah SWT. Pastikan kita mempunyai wudhuk. Rasai jiwa kita menuju kepada Allah SWT. Lupakan niat ingin tidur dengan menggantikannya dengan rasa kembali kepada Allah SWT sambil beristighfar memohon keampunan dan berzikir mengagungkan Allah SWT. Apabila rasa benar-benar tunduk pada Allah SWT, ucapkanlah dua kalimah syahadah.
Kemudian rasai jiwa kita keluar daripada jasad perlahan-lahan bermula dari kaki perlahan-lahan naik hingga ke leher kita. Serahkan kembali hak Allah SWT iaitu segala harta benda, anak, isteri/suami kepada Allah SWT. Tumpukan kepada jiwa yang akan meninggalkan jasad secara perlahan-lahan.
Teruskan merasai yang kita akan kembali kepada Allah sehingga kita ditidurkan oleh Allah SWT. Jika kita benar-benar kembali kepada Allah SWT iaitu ajal sampai ketika itu, Alhamdulillah kerana kita melepaskan nafas terakhir kita dengan benar-benar berserah pada Allah SWT.
Popularity: 8% [?]
Tidak Perlu Difikirkan
29 August 2009 | 3 Komen |
Cetak Artikel
Apabila saya membincangkan hal taqwa, khusyuk dan kesedaran, saya menerima banyak soalan taqwa itu bagaimana? Khusyuk itu bagaimana? Kesedaran itu bagaimana?
Saya juga ditanya bagaimana untuk tahu yang kita sudah capai tahap taqwa. Bagaimana kita nak tahu kita sudah mencapai khusyuk? Bagaimana kita nak tau tahap kesedaran kita?
Taqwa, khusyuk dan kesedaran adalah rasa. Rasa sesuatu yang sukar difahami kerana kita perlu merasainya dahulu. Apa yang saya terangkan di dalam entri yang lepas hanyalah sifat-sifat rasa itu. Adalah sesuatu yang mustahil untuk membicarakan hal rasa dengan penulisan atau pertuturan.
Popularity: 6% [?]
Puasa: Memiliki dan Merasai Taqwa
24 August 2009 | 4 Komen |
Cetak Artikel
Saudara,
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang memberikan kesempatan kepada kita untuk menambahkan lagi amal kita di bulan Ramadhan kali ini. Kita menambahkan amal ibadah kita kepada Allah SWT setiap Ramadhan menjelma. Tujuannya tidak lain adalah untuk memiliki dan merasai ganjaran puasa iaitu Taqwa kepada Allah SWT seperti yang Allah janjikan di dalam firmanNya:
Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. (QS 2:183)
Namun apabila kita nilai dan muhasabah semula tahap taqwa yang dicapai setiap tahun selepas tamatnya bulan Ramadhan, kita dapati diri kita selepas bulan Ramadhan tiada bezanya berbanding diri kita sebelum bulan Ramadhan. Ketaqwaan kita masih sama atau meningkat hanya sedikit setelah kita menjalani ibadah puasa.
Popularity: 7% [?]
Petikan Puasa
22 August 2009 | 1 Komen |
Cetak Artikel
Petikan tentang puasa daripada saya yang saya sebarkan melalui facebook. Akan ditambah dari masa ke semasa.
Puasa adalah halangan kpd keinginan jasad. Namun puasa HANYA berjaya menjadi penghalang kpd keinginan jasad jika kita SEDAR yg kita sedang berpuasa. Jika tidak, puasa (penghalang) akan menjadi rapuh & pasti segala keinginan jasad akan mudah merempuh penghalang (puasa) itu. Tidak hairanlah kita berpuasa tapi seringkali tewas dgn keinginan jasad (nafsu). SEDAR berpuasa bukanlah SEDAR yg kita lapar & dahaga
Puasa memelihara kesihatan hati dan anggota badan sekaligus mengembalikan apa-apa yang telah dirampas oleh hawa nafsu.
Puasa itu menahan diri. Untuk menahan diri, kita perlukan ketahanan diri yang kukuh. Nafsu perlu dikawal. Tapi bagaimana nak kawal kalau kita sendiri tidak tahu di mana nafsu. Maka tahu dahulu nafsu itu apa, di mana dan kaitan dengan diri, jiwa dan roh. Baru mudah mengawalnya. Kenal diri sendiri pasti akan kenal Tuhan. Salam Ramadhan. Semoga berjaya menahan diri dan mengawal nafsu dan akhirnya kembali kepada fitrah.
Popularity: 4% [?]
Ebook Jiwa Positif & Hidup BerTuhan Vol.2 (JPHBT Vol.2)
21 August 2009 | 10 Komen |
Cetak Artikel
TELAH TERBIT
EBOOK JIWA POSITIF DAN HIDUP BERTUHAN VOLUME 2:
MEMILIKI KESEDARAN TERTINGGI.
Alhamdulilah, terima kasih Allah. Saya menerima banyak email meminta agar membuat kompilasi artikel untuk bulan Jun hingga Ogos secepat mungkin sebelum Ramadhan tiba. Rancangan saya untuk mengeluarkan ebook JPHBT ini 6 bulan sekali. Namun saya rasa ia juga baik jika dapat dikeluarkan untuk tatapan kita menjelang Ramadhan ini agar ibadah kita tahun ini cukup berbeza dengan tahun lepas di mana kesedaran kita kini lebih baik daripada sebelum ini.
Saya sambut dengan rasa syukur kerana ramai yang mendapat manafaat hasil daripada penulisan di laman web ini (berdasarkan daripada email, sms, telefon dan komen yang saya terima). Di dalam Ebook Jiwa Positif Dan Hidup BerTuhan Vol.2 ini, saya ceritakan bagaimana fuadlatip.com dimulakan sebagai mukaddimah.
Popularity: 29% [?]
Hubungan SEDAR dan IHSAN
19 August 2009 | 3 Komen |
Cetak Artikel
Saudara, di sini ada satu soalan yang baik untuk dikongsi. Baca dahulu artikel “Bagaimana SEDAR itu?“.
SOALAN
Pok Mat:
salam en fuad
satu persoalan? Adakah SEDAR yang dimaksudkan sama atau hampir sama dengan IHSAN sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah.
mohon penjelasan.
sebab terkadang kita amat sukar untuk menghadirkan rasa IHSAN ketika solat atau ketika apa jua aktiviti kehidupan yang kita lakukan.
wallahu’alam.
***
PENJELASAN
Baca Selanjutnya…
Popularity: 8% [?]
Bagaimana SEDAR itu?
18 August 2009 | 4 Komen |
Cetak Artikel
Orang bertanya saya SEDAR itu bagaimana?
Analogi mudahnya:
Ketika kita menonton tv bersama pasangan, kita tidak memikirkan pasangan di sebelah, tetapi kita SEDAR pasangan kita ada di sebelah. Ketika kita asyik menonton, kita masih sedar pasangan kita bersama-sama kita juga menonton.
Begitu juga perihalnya kesedaran akan Allah SWT. Ketika kita melakukan kerja, kita SEDAR Allah SWT berada sangat hampir dengan kita dan kita SEDAR Allah SWT sentiasa melihat diri kita, apa yang kita kerjakan dan apa yg kita fikirkan.
Ketika kita duduk, berdiri, berjalan, baring dan dalam semua keadaan, kita SEDAR Allah SWT berada sangat hampir dengan kita dan melihat kita.
Apa yang kita lihat, kita dengar, kita kata, kita fikir, yang terlintas di hati, semuanya diketahui Allah SWT.
Lalu ketika di dalam keadaan SEDAR, apakah kita sanggup melakukan maksiat, keburukan, kejahatan dan melanggar larangan Allah SWT?
Popularity: 4% [?]
Rahsia Kejayaan
17 August 2009 | 3 Komen |
Cetak Artikel
Percaya dan yakinlah Allah SWT, Sifat dan zatNya serta yang tertinggi adalah perbuatan (Af’al) Allah SWT. Hidup akan sentiasa berjaya malah terus berjaya dan berjaya dan berjaya dan berjaya tanpa henti.
Iman yang paling rendah adalah iman ikut-ikutan. Tidak dinafikan ramai di antara orang islam zaman ini berada di tahap ini. Iman ikut-ikutan atau iman taqlid ini HANYA sekadar mempercayai Allah SWT itu Tuhan Yang Esa tetapi tidak mempercayai sifat dan perbuatan (Af ‘al) Allah SWT. Mereka yang berada di tahap keimanan seperti ini akan sentiasa resah dan gelisah dengan apa yang berlaku di dalam kehidupannya.
Mereka yang beriman dengan iman ikut-ikutan ini akan sentiasa resah dan gelisah jika apa yang diinginkan tidak tercapai dan lebih malangnya ada yang sanggup menyalahkan Allah SWT kerana tidak memperkenankan doa mereka. Malah sebenarnya mereka juga jarang berdoa kepada Allah SWT kerana sering merasakan apa yang meraka miliki adalah hasil daripada usaha kuat mereka.
Keluarkanlah diri kita daripada tahap iman seperti ini dan berhijrah ke tahap yang lebih tinggi.
Popularity: 3% [?]
Artikel Seterusnya »


