Blog Ini Menggunakan Hosting 10GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kepentingan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Memiliki Kesedaran Tertinggi: Rasa Yang Tiada Rasa

17 July 2009 | 1 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

VN:F [1.8.0_1031]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 5.0/5 (1 vote cast)

Artikel ini adalah artikel yang ke-100 Jiwa Positif dan Hidup BerTuhan.

Semasa belajar saya diterangkan oleh guru saya, keadaan kesedaran tertinggi itu adalah keadaan rasa yang tiada rasa. Aduh! Cukup sukar untuk memahami rasa yang tiada rasa ini. Bila ditanya, jawapan yang diberi adalah, rasa yang tiada rasa bukan untuk difahami dengan memikirkannya. Rasa yang tiada rasa perlu dialami dahulu dan barulah faham sebenarnya maksud rasa yang tiada rasa ini.

Lama. Memang lama untuk mendapat rasa yang tiada rasa. Berlatih setiap hari barulah mampu memiliki rasa yang tiada rasa. Kekadang ia kuat kekadang ia lemah.

Apabila kita disedarkan tentang kebesaran Allah SWT, kita berasa diri kita tiada apa-apa. Kita sedih, kita menyesal, kita ketakutan dengan dosa, kita rasa diri kita tidak layak untuk syurga Allah SWT lalu kita rasa kita takut membuat kesalahan kepada Allah SWT lagi.

Adakah kita sudah memiliki kesedaran yang tertinggi di mana kita mula mengalami rasa  sedih, rasa bersalah, rasa gembira, rasa bersyukur, rasa diri kita tiada apa-apa dan sebagainya? TIDAK. Kita masih berada di wilayah rasa yang masih berasa. Kita berasa sedih. Kita berasa takut. Kita berasa menyesal. Kita berasa bersalah. Pelbagai rasa menyelubungi diri kita.

Segala rasa yang kita rasa tersimpan di dalam fikiran kita. Maka ia belum sampai ke wilayah kerohanian. Roh kita telah wujud sebelum jasad ini dijadikan Allah SWT. Fikiran kita dijana oleh otak kita yang wujud bersama wujudnya jasad kita. Maka rasa yang ada wujud ketika otak dan jasad ini wujud dan berkembang hingga ke hari ini di mana otak dan jasad wujud selepas wujudnya roh.

Yang kita inginkan adalah akses ke wilayah kerohanian (spiritual). Roh kita dijadikan oleh Allah SWT untuk sentiasa ingin berada dekat dengan Allah SWT. Tidak kira siapa kita samada mukmin atau musyrikin. Roh kita pernah menyatakan tanpa ragu-ragu bahawa tiada Tuhan melainkan Allah SWT di alam malakut lagi iaitu sebelum ditiupkan ke dalam jasad.

Apabila kita mampu akses ke wilayah kerohanian ini, kita akan memiliki kesedaran yang tertinggi. Kita akan mengalami rasa yang tiada rasa. Kita dikatakan mengalami keadaan Super Sedar.

Merasai sesuatu rasa setelah melihat video tentang kebesaran Allah, mendengar muzik atau lagu nasyid yang memberikan kita rasa diri kita yang tiada apa-apa ini masih berada di wilayah rasa.

Apakah rasa yang tiada rasa?
Ketika kita mengalami rasa yang tiada rasa, kita berada di atas wilayah rasa. Hentakan emosi kesedihan yang kuat samada dari dalam dan luar menyebabkan diri kita tertekan. Jika kita berada di wilayah rasa, kita akan menderita. Jika rasa itu rasa yang gembira, kita mudah lupa diri akibat diasyikkan dengan kegembiraan tadi.

Keadaan di atas rasa adalah keadaan rasa yang tak berasa. Ketika kita sedih, kita tidak berasa sedih tetapi kita sedar yang diri kita sedih. Hentakan emosi sedih yang kuat tidak mempengaruhi kita tetapi kita sedar yang kita mengalami hentakan dan goncangan kesedihan tersebut.

Ketika kita gembira, kita tidak rasa gembira (bukan bermakna kita sedih) tetapi kita sedar yang kita sedang bergembira. Maka kita tidak lupa diri ketika gembira.

Itulah dikatakan kesedaran yang tertinggi. Mereka yang memilikinya akan lebih mudah mengatasi dan mengawal rasa tersebut berbanding mereka yang terlibat di dalam emosi sedih atau gembira itu.

Contoh yang lain adalah ketika kita rasa tiada siapa yang menghargai diri kita. Ketika kita berada di kesedaran yang tertinggi, rasa tiada siapa yang menghargai tersebut sedikit pun tidak memberikan kesan kepada kita namun kita tetap sedar yang kita sedang mengalaminya iaitu sedar tidak dihargai. Lalu dengan cepat kita mampu merubah diri kita menjadi orang yang dihargai.

Ketika kita berada di kesedaran tertinggi, kita tidak dipengaruhi oleh keadaan dari sekeliling dan juga dari dalam diri kita. Kita tidak dipengaruhi oleh ruang dan waktu. Kita tidak dipengaruhi dengan apa yang berlaku pada kita samada sedih atau gembira atau apa sahaja. Yang pasti kita sentiasa tenang. Kita sentiasa berada di atas rasa.

Memiliki kesedaran tertinggi hanya mampu dimiliki apabila jiwa kita berserah kepada Allah SWT. Kita berada dekat dengan Allah SWT dengan penuh kecintaan kepadaNya. Kita tidak mungkin memiliki kesedaran tertinggi jika kita tidak mampu mengingati Allah SWT setiap saat.

Cara  yang termudah untuk mengingati Allah SWT adalah sentiasa berkomunikasi dengan Allah SWT. Tukar sahaja semua mind chat (bercakap dengan diri sendiri) kepada berkomunikasi dengan Allah SWT. Ia perlu dilatih.

Semoga setiap hari kita sentiasa berada dekat dengan Allah SWT agar kita memiliki kesedaran yang tertinggi.

VN:F [1.8.0_1031]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 5.0/5 (1 vote cast)
Memiliki Kesedaran Tertinggi: Rasa Yang Tiada Rasa5.051

Popularity: 2% [?]

Comments

One Response to “Memiliki Kesedaran Tertinggi: Rasa Yang Tiada Rasa”

  1. wings
    July 17th, 2009 @ 8:50 am

    Asllkum.
    Saya pernah alami keadaan sepertimana yang saudara ceritakan, tetapi saya tidak pasti bahwa adakah saya betul2 berada dalam keadaan kesedaran tertinggi ataupun tidak. Yang pasti itulah rasa yang tiada rasa yang saya pernah alami. Masa itu saya masih lagi berada di peringkat persekolahan iaitu form5, saya memang suka luangkan masa saya untuk bercakap dengan diri saya sendiri termasuk memikirkan kehidupan saya dan nasib yang saya akan alami nanti. Kengkadang pernah menangis terkenangkan apa yang pernah saya lakukan dan sgt sedih mengenangkannya. Sebelum saya menghadapi peperiksaan pada tahun itu saya telah ditimpa ujian yang sangat berat dengan pemergian arwah ayah saya ke rahmatullah. Apa yang berlaku ketika itu saya di ibaratkan tidak sedar atau tidak merasa apa yang perlu saya rasa, walaupun saya sedar apa yang berlaku. Saya melihat sekeliling saya semua ahli keluarga sedih mengenang keadaan itu, tapi kenapa perasaan itu tidak datang kepada saya, adakah saya sudah hilang perasaan ketika itu..?? Saya merasa tenang dan redha menerima ketentuan Ilahi ketika itu dan saya juga tidak tahu kenapa saya tidak merasa sedih ketika itu, sedangkan sayalah orang yang paling rapat dgn arwah ayah saya berbanding dgn ahli keluarga saya yang lain, adakah itu dikatakan rasa yang tiada rasa??..Setelah beberapa tahun berikut saya sudah jarang bercakap dgn diri saya disebabkan kesibukan harian dan didampingi seorang wanita, sy telah lalai dari jalan Allah…tetapi saya rasa bertuah kerana baru sekarang saya boleh alami segala perasaan2 yang patut saya alami selama ini termasuklah baru skrg sy rasa sedih kerana pemergian arwah. Kini saya sudah hilang dan buntu haluan kehidupan sy. Setiap hari saya rasa tertekan, walaupun sy sedar dan redha dgn ujian ini..hanya bersabar dan berdoa kepada Ilahi saja yang boleh sy lakukan. sy harap blog ini akan memberi lebih banyak kesedaran kepada diri sy..
    tq

Leave a Reply





  • Tambah Icon

  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Komunikasi

    Hanya mesej yang tiada kaitan dengan artikel. Jika ada kaitan, sila komen di artikel. Terima kasih.


    ShoutMix chat widget
  • Maklumbalas Terkini

  • Artikel Terkini

  • Arkib

  • Popular Keyword

    bahagia berserah didik anak cara islam fuad latip gelisah hidup bertuhan ilmu ingat Allah Jiwa Positif jiwa super kesedaran khusyuk solat komunikasi komunikasi dengan Allah kusyuk solat law of atrraction lembutkan hati anak lembutkan hati isteri lembutkan hati suami living at the present masalah anak masalah rumahtangga masalah suami isteri minta izin motivasi Motivasi Diri motivasi kekal pasar ramadhan pasrah pn ainon puasa ramadhan redha rela sedar sifoo pts solat solat khusyuk spritual super affiliate super minda super sedar teknik SEO travelog haji yoshiro nakamatsu
  • Profil

    Mohd Fuad Bin Haji Abdul Latip
    (Islamic NLP Practitioner)
    Pensyarah Kanan
    Fakulti Kejuruteraan Elektrik
    Universiti Teknologi MARA
    40450 Shah Alam
    Selangor
    fuadlatip[at]gmail.com


  • Blog Rating

    Average blog rating:

    4.5