Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kehambaan Diri dan KeTuhanan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Minta Pada Allah SWT

30 July 2009 | 9 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Saya menerima banyak email inginkan penjelasan tentang jiwa positif dan hidup berTuhan ini. Saya tidak mampu memberi jawapan dan kadang-kadang memang saya tidak memberikan apa-apa jawapan.

Setiap persoalan kita pasti akan hadir persoalan yang lain. Data atau informasi di dalam otak kita tidak sama, lalu ketidaksamaan ini akan wujud ketidakpuasan hati kita dengan sesetengah jawapan. Lalu kita akan bertanya dan terus bertanya.

Saya ingin memberi jawapan soalan-soalan yang biasa ditanya. Saudara lakukan dan amalkan dengan jawapan yang saya berikan di bawah. Simpan dahulu soalan-soalan atau persoalan-persoalan yang ada di dalam fikiran.

Soalan 1:
Saya cuba berkomunikasi, tetapi saya selalu lupa nak berkomunikasi. Apa cara mudah untuk saya sentiasa ingat untuk berkomunikasi dengan Allah ni?
Jawapan 1:
Minta pada Allah cara yang termudah. “Ya Allah aku ingin nak berkomunikasi sentiasa denganMu ya Allah, tapi aku selalu lupa. Macam mana ye ya Allah. Ajar aku ye ya Allah. Terima kasih Allah”.
[noted]: Saudara jangan mengeluh dengan jawapan ini. Lakukan terus. Minta pada Allah.

Soalan 2:
Saya ada masalah dengan suami saya. [masalahnya saya rahsiakan]. Saya tidak tahu nak buat macam mana. Harap En Fuad boleh bantu.
Jawapan 2:
Minta pada Allah untuk selesaikan masalah. Lakukan terus. Jika hanya di baca, saudara hanya berada di wilayah tahu dan faham. Tidak ada di wilayah rasa.

Soalan 3:
Saya tidak khusyuk dalam solat, macam mana saya nak khusyuk dalam solat?
Jawapan 3:
Minta pada Allah untuk khusyuk dalam solat. Lakukan terus. Jika hanya di baca, saudara hanya berada di wilayah tahu dan faham. Tidak ada di wilayah rasa.

Soalan 4:
Saya nak berkahwin, tetapi saya ada masalah dengan tunang saya. [masalah saya rahsiakan]. Boleh En Fuad bantu selesaikan.
Jawapan 4:
Minta pada Allah untuk berikan jawapan. Lakukan terus. Jika hanya di baca, saudara hanya berada di wilayah tahu dan faham. Tidak ada di wilayah rasa.

***

Pengajaran
Saudara pasti tidak puas dengan jawapan saya bukan?

Saya menerima banyak persoalan-persoalan dari pembaca. Sesungguhnya saya bukanlah orang yang banyak ilmu. Saya bukan orang yang tahu serba serbi. Jika saya banyak ilmu dan tahu serba serbi pun, saya pasti tidak mampu menyelesaikan masalah jika Allah SWT tidak mengkehendaki masalah itu selesai.

Ilmu yang saya perolehi adalah ilmu Allah melalui guru-guru, pembacaan, kursus-kursus, kelas pengajian, perbincangan dengan isteri saya, bahasa alam dan lain-lain. Sesetengah merupakan ilham yang terus Allah SWT masukkan dalam jiwa saya.

Dan saya hanya berkongsi di sini setelah ilmu itu benar-benar memberi manafaat kepada diri saya dan keluarga.

Maka, apakah pengajarannya?
MINTA PADA ALLAH SWT. Apabila disarankan jawapan kepada persoalan dengan “Minta pada Allah”, pasti kebanyakan kita menjawab kembali….”Aku pun tahu”.

“Aku pun tahu” dan “aku minta pada Allah SWT” merupakan sesuatu yang jauh berbeza. Tahu dan faham sesuatu yang pasif. Ia bersifat diam. Tetapi meminta pada Allah SWT merupakan satu aktiviti yang aktif. Kita meminta, menggerakkan segala pengetahuan dan kefahaman yang diam itu untuk meminta penyelesaian kepada Allah SWT.

Maka sekadar “aku pun tahu” tetapi tidak meminta kepada Allah SWT, saudara tetap terus memikirkan masalah saudara. Tahu bahawa berkomunikasi dengan Allah SWT membuatkan kita sentiasa ingat dan sedar Allah SWT tetapi tidak melakukannya, hanyalah sekadar tahu.

Kita banyak berada di syariat. Kita bergaduh sesama kita hal syariat. Kita pening memikirkan hal syariat. Hal yang sederhana di dalam agama menjadi lebih rumit kerana kita hanya memikirkannya tanpa mengamalkannya.

Maka selamanya kita tidak berada di wilayah hakikat dan makrifat. Apabila orang lain berada di wilayah hakikat dan makrifat, kita pula yang menafikannya dengan berkata mustahil orang itu mampu khusyuk, mampu sedar Allah SWT itu dekat, mampu sedar Allah sentiasa melihat kita, mampu rasa menyintai Allah SWT, mampu rindu yang tiada putus pada Allah SWT dan sebagainya.

Syariat, tariqat, hakikat dan makrifat harus ada di dalam kehidupan kita yang hidup berTuhan ini.

***

Saudara,

Pengalaman saya sebelum ini, setiap kali saya berguru, pasti saya kecewa kerana banyak persoalan saya kepada guru tidak berjawab. Apabila didesak, jawapan yang diterima adalah “Minta pada Allah”. Saya menerima jawapan itu dengan kecewa.

Akhirnya saya menyedari mengapa guru-guru saya berkata sedemikian atau berdiam diri tidak memberi apa-apa jawapan pun kepada saya. Jika ditanya lagi, mereka berkata, mereka juga minta pada Allah SWT agar Allah berikan penyelesaian masalah saya terus kepada saya.

Banyak persoalan saya yang diajukan kepada guru-guru saya dapat diselesaikan bukan menggunakan jawapan daripada mereka. Saya meminta pada Allah SWT untuk menyelesaikannya dan Allah SWT aturkan kehidupan saya dan ketentuanNya. Akhirnya saya dapat menyelesaikan banyak persoalan saya dengan pelbagai perkara atau peristiwa yang ditentukan oleh Allah SWT.

Ada jawapannya melalui ilham yang datang serta merta, melalui pembacaan, melalui kawan-kawan, melalui isteri, melalui pengamatan sekeliling, melalui guru lain dan pelbagai.

Rupanya itulah cara guru-guru saya mengajar saya. Minta pada Allah SWT dengan penuh yakin.

***

Kini saya benar-benar berserah pada Allah SWT apabila saya mempunyai masalah, hal, persoalan dan pelbagai. Saya minta sahaja pada Allah SWT. [full stop]. TIDAK ADA TAPI-TAPI @ TETAPI @ apa saja.

Terserah pada Allah SWT untuk menentukan bagaimana cara saya menerima jawapannya. Saya tidak akan mengingati lagi masalah tersebut kerana saya telah yakin bahawa terserah pada Allah SWT untuk menyelesaikan masalah saya itu. Saya tidak menggunakan pengetahuan dan pemahaman saya sahaja tanpa menggerakkannya dengan bertanya pada Allah SWT.

Jika tidak selesai juga, biarkan kerana itu kehendak Allah SWT. Yang pasti saya terus pasrah dengan gerakan-gerakan yang dikatakan usaha ini setiap hari. Tetapi saya yakin pasti berjawab semua persoalan saya.

Jika Allah SWT menentukan saya perlu bertanya kepada orang lain tentang masalah itu dengan gerakan rasa yang kuat, pasti Allah SWT menggerakkan diri saya untuk bertanya kepada orang yang ditetapkan oleh Allah SWT. Jika Allah menetapkan seseorang akan memberitahu saya jawapan masalah saya, Allah pasti menggerakkan orang itu dan berjumpa dengan saya walau apa pun cara.

Jika Allah SWT menentukan bahawa guru saya yang akan berikan jawapannya, pasti Allah akan aturkan pertemuan saya dengan guru saya walaupun mereka terlalu sibuk dengan hal mereka. Segalanya pasti. Maka mengapa perlu memeningkan kepala untuk berfikir masalah yang ada? Tenang dan dengan ketenangan pasti datang ilham daripada Allah SWT.

[Dr Muhd Azhar]: kadang2 kita faham namun pabila Allah membuka kata, tiada bahasa yang mampu mengupas rasa… itulah Allah yang maha bijaksana merungkai deria, mencambah rasa, memahami Dia… hanya Dia… hanya Dia… tiada dua.

***

Mintalah apa sahaja pada Allah SWT. Yakinlah pada Allah SWT. Allah SWT tidak memberikan jawapan seperti mana manusia memberikan jawapan. Bacalah artikel ini berulang kali agar saudara benar-benar mampu berserah 100% (total surrender) kepada Allah SWT.

Semoga setiap saat, kita sentiasa berada dekat dengan Allah SWT. Kita bimbang jika kita berganjak jauh walaupun hanya sedikit daripada Allah SWT.

Popularity: 11% [?]

Incoming search terms:

Facebook Comments

  • Bengkel JPHBT

  • Kemaskini di FB JPHBT

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Mohonlah pada Allah untuk minta diajarkan sesuatu perkara akan mampu menundukkan ego. Ini kerana seseorang yang minta diajar, pasti sedar dirinya adalah bodoh, lemah, tidak berdaya, tidak tahu dll. "Ya Allah, ajari aku bagaimana mahu beribadah kepadaMu ya Allah. Ajari aku bagaimana untuk dekat denganMu ya Allah. Ajari aku untuk memiliki kebahagiaan ya Allah"
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Arkib

  • Popular Keyword