Blog Ini Menggunakan Hosting 10GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kepentingan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Jalan Kehidupan Sendiri

23 July 2009 | 3 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

VN:F [1.9.3_1094]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 0.0/5 (0 votes cast)

Setiap daripada kita telah ditentukan jalan kehidupan kita sendiri. Kita tidak boleh meniru jalan kejayaan yang sama dengan orang lain untuk berjaya. Jika jalannya sama, ia kerana telah ditentukan begitu. Bukan kerana kita mengikut langkah orang yang berjaya itu.

Maka jangan tertekan jiwa dan fikiran sekiranya kita tidak berjaya seperti orang lain yang berjaya sedangkan kita mengikut langkah-langkah yang sama seperti apa yang dilakukan orang yang berjaya itu.

Yang penting kita mengutamakan Allah SWT. Jika kita berjaya setelah mengikut langkah orang lain yang berjaya maka ia adalah kerana ketentuan Allah SWT. Langkah orang lain itu tidak menentukan samada berjaya atau tidak. Mungkin jika orang lain yang mengikutnya, orang itu tidak akan berjaya seperti saudara yang mengikutinya.

Hidup kita ini ada jalannya sendiri. Tetapi kita dituntun dengan Al-Quran dan Sunnah agar kita tidak keluar dari lingkungan agama. Yang penting, tanyalah Allah SWT jalan-jalan kejayaan kita. Biarlah kita dituntun dengan jalan-jalan kejayaan itu. Kita pasrah, redha dan berserah untuk dijadikan orang yang berjaya. Tetapi ingat, pasrah, redha dan berserah bukannya pasif.

***

Saya dijemput untuk hadir ke ceramah motivasi adik Nik Nurmadihah di Putrajaya hujung minggu ini. Satu perkara yang menarik perhatian saya bukanlah kerana cara beliau belajar tetapi kepasrahan, redha dan penyerahan secara total beliau kepada Allah SWT. Dengan penyerahan secara total (total surrender) kepada Allah SWT, Allah SWT menuntun beliau dengan jalan-jalan kejayaan.

Didiklah anak-anak kita agar berserah dengan sebenar-benarnya kepada Allah SWT. Ajar mereka BERKOMUNIKASI dengan Allah SWT.

Jika mereka malas solat, didik mereka agar beritahu Allah SWT bahawa mereka malas solat. Jika mereka malas belajar beritahu Allah yang mereka malas belajar. Tidak perlu menadah tangan ketika beritahu Allah. Ketika bermain pun tidak mengapa.

“Ya Allah, kakak malas solat ya Allah. Nanti kalau kakak rajin, kakak solat ye ya Allah”

“Ya Allah, along rasa malas nak belajarlah ya Allah. Kalau rajin nanti, along belajarlah ye ya Allah”

“Ya Allah, angah benci tengok along. Angah rasa nak tumbuk je along ya Allah. Geramnya angah ni ya Allah”

“Ya Allah mak tu bising jelah suruh belajar. Achik nak main ni kejap je ye ya Allah. Nanti achik belajar lah”

Alhamdulillah, saya mengambil masa 3 bulan mengajar anak saya yang kecil. Nur Durrotun Nasihah baru berumur 2 tahun 11 bulan. Beliau masih tidak mampu berfikir seperti anak-anak umur 7 tahun ke atas untuk berkata-kata seperti di atas. Tetapi setiap kali beliau dapat susu, dapat apa saja, beliau akan berkata “terima kasih Allah”.

Selalu saya mendengar ketika beliau bermain, beliau berzikir “Subhanallah, Alhamdulillah……..”. Ini bermakna anak-anak boleh diajar perlahan-lahan untuk menguatkan jiwa mereka. Biar mereka bergantung hanya kepada Allah SWT dengan mengadu kepada Allah SWT.

Kuatkan jiwa kita dan anak-anak  dengan hanya bergantung kepada Allah SWT, pasti yang lain menjadi mudah.

***

Setiap pagi apabila bangun tidur, saya berdoa secara ringkas:

“Ya Allah, Tuhan sekelian alam. Tuhan yang Maha Besar rahmatNya. Ya Allah, dengan kemahiran yang aku ada ya Allah, aku memohon agar Engkau tunjukkan aku jalan-jalan kejayaan pada hari ini ya Allah. Terima kasih ya Allah. Terima kasih. Amin”

VN:F [1.9.3_1094]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 0.0/5 (0 votes cast)

Popularity: 2% [?]

Comments

3 Responses to “Jalan Kehidupan Sendiri”

  1. nunwowro
    July 23rd, 2009 @ 11:44 am

    ameen.
    kita selalu meniru apa yg kita tahu..tp d luar pengetahuan kita..kita xtiru.
    kita juga selalu memuji Allah dgn sgl puji yg kita tahu..di luar pegetahuan kita?..
    alhamdulillah.terima kasih Allah atas sgalanya yg kami ketahui dan tidak kami ketahui..
    terima kasih tuan.

  2. Honeytar
    July 24th, 2009 @ 1:51 am

    Saya sering ditanya kenapa saya meninggalkan profession saya dan membuat sesuatu yg tidak menggunakan kelulusan ACCA saya. Mereka sering berkata “penat2 belajar tapi rugi terbuang begitu saja. Kalau kau kerja mesti gaji belas2 ribu…”. Saya hanya mampu tersenyum.

    Kadang2 saya cuma berkata “it doesn’t matter how much you have in your pocket, at the end of the day, what counts??”.

    Saya hanya mengharap redho Allah atas segala yg saya kerjakan dan sentiasa mengharap Dia memimpin saya untuk menuju kejayaan dunia & akhirat.

  3. yg memerlukan bantuan..
    November 21st, 2009 @ 10:37 pm

    saya ada masalah terbesar dlm diri yaitu..seringkali tinggalkan solat..hati saya seolah-olah tidak ada perasaan bersalah lansung..mengapa boleh terjadi begitu..sudah tertutupkah hati ini…tolonglah saya…bagaimana nak mengatasinya…kalau belajar pun malas2 juga…

Leave a Reply





  • Jadual Latihan Solat Khusyuk

  • Komunikasi

    Hanya mesej yang tiada kaitan dengan artikel. Jika ada kaitan, sila komen di artikel. Terima kasih.


    ShoutMix chat widget
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Maklumbalas Terkini

  • Artikel Terkini

  • Arkib

  • Popular Keyword

    bahagia banyak masalah berserah dekat dengan Allah didik anak cara islam fuad latip gelisah hidup bertuhan ilmu ingat Allah Jiwa Positif jiwa super kesedaran khusyuk solat komunikasi komunikasi dengan Allah kuasa jiwa law of atrraction lembutkan hati anak lembutkan hati isteri lembutkan hati suami masalah anak masalah besar masalah jiwa masalah rumahtangga masalah suami isteri minta izin motivasi Motivasi Diri motivasi kekal pasar ramadhan pasrah puasa ramadhan redha rela sedar solat solat khusyuk spritual suami ego super affiliate super minda super sedar teknik SEO
  • Profil

    Mohd Fuad Bin Haji Abdul Latip
    Fakulti Kejuruteraan Elektrik
    Universiti Teknologi MARA
    40450 Shah Alam
    Selangor
    fuadlatip[at]gmail.com


  • Blog Rating

    Average blog rating:

    4.7