Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

Isra’ Dan Mikraj: 2 Pengajaran Penting

20 July 2009 | 5 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Share/Bookmark

Hari ini kita mengungkap kembali peristiwa besar umat Islam yang memberikan banyak pengajaran dan juga banyak kesankan kepada kita iaitu Isra’ dan Mikraj. Sejak kecil kita mendengar tentang peristiwa besar ini dan sudah pasti kita telah tahu peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalamnya.

Hari ini saya ingin mengupas dua pengajaran penting yang seharusnya diutamakan di dalam mengambil pengajaran daripada peristiwa Isra’ dan mikraj ini.

Pengajaran Pertama
Isra’ dan mikraj berlaku selepas kewafatan Siti Khadijah isteri kesayangan Rasulullah dan kewafatan bapa saudara Rasulullah iaitu Abu Talib. Kerana sedih dengan kewafatan kedua-dua orang yang disayangi, Baginda Rasulullah berhijrah ke Thaif tetapi Allah telah menentukan bahawa Baginda tidak diterima di Thaif.

Selepas peristiwa ini, Allah SWT telah mengIsra’ dan mikraj Rasulullah mengadapNya.

Secara ringkas pengajaran yang kita boleh ambil di sini adalah, Rasulullah sangat sedih dengan kewafatan orang yang disayanginya sehingga kesedihannya berlarutan berhari-hari. Kemudian ditimpa lagi dengan kesedihan kerana tidak diterima di Thaif.

Kesedihan ini adalah hal dunia. Rasulullah sedih kerana hal dunia. Allah SWT mengubat kesedihan Rasulullah dengan mengIsra’ dan mikraj Rasulullah terus mengadap Allah SWT dan ternyata Rasulullah dapat menghilangkan rasa sedih baginda. Ini dapat menyedarkan kita, umat Islam bahawa Allah SWT adalah segala-galanya.

Kesedihan yang kita alami kebanyakannya adalah hal dunia dan ia hanya dapat dipulihkan dengan Isra’ dan mikraj. Apakah Isra’ dan mikraj kita pada hari ini? Iaitu doa dengan sabar dan solat.

Kita berserah pada Allah SWT, kita berdoa dan bersolat. Mendirikan solat merupakan satu Isra’ kita mengerjakannya dan jiwa kita Mikraj kepada Allah SWT.

Malangnya kita pada hari ini tidak melakukan Isra’ dan mikraj ini. Kita hanya mendengar peristiwa Isra’ dan mikraj hanya berlaku pada Rasulullah. Namun diri kita jarang mendapat Isra’ dan mikraj sedangkan di dalam peristiwa Isra’ dan mikraj Rasulullah, Allah bukan sekadar mengfardhukan Solat itu hanya sekadar nama Solat yang perlu dijalan 5 waktu sehari semalam. Tetapi Allah SWT memberikan juga Isra’ dan mikraj kepada kita.

Ketika solat, adakah wudhuk kita sempurna? Tukmaninah kita sempurna? Bacaan kita sempurna dan sebagainya. Jika ia belum sempurna, maka Isra’ kita belum sempurna.

Kemudian, ketika kita mendirikan solat, adakah kita benar-benar bermikraj kepada Allah SWT? Sejauh mana fikiran dan jiwa kita kekal berhubung dengan Allah SWT ketika solat? Atau jiwa kita melayang entah ke mana. Jiwa kita perlu mikraj kepada Allah SWT dengan berserah, redha dan pasrah. Jika ini tidak dicapai, jiwa kita tidak kuat untuk mengharungi pelbagai halangan dan dugaan.

Peristiwa Isra’ dan mikraj bukan sahaja Rasulullah mengalaminya. Ia juga untuk semua umat Islam untuk mengalamimya. Namun pengalaman mengalaminya sudah tentu istimewa untuk Rasulullah di mana Rasulullah berIsra’ dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan kemudian bermikraj mengadap Allah SWT. Manakala kita berIsra’ dengan gerakan solat yang betul disamping jiwa kita mikraj kepada Allah SWT.

Pengajaran Kedua
Isra’ dan mikraj berlaku pada tahun ke sebelas (11) kerasulan Rasulullah.¬† Ini bermakna, sebelum Isra’ dan mikraj ini, umat islam mengambil masa 10 tahun untuk menguatkan jiwa mereka. Mereka dikukuhkan kepercayaan dan keimanan mereka pada Allah SWT dan Rasulullah.

Perkara yang diingati ramai daripada peristiwa Isra’ dan mikraj adalah tentang kewajipan solat 5 waktu sehari semalam. Rasulullah menasihati kita umat islam agar menyuruh anak-anak kita mendirikan solat ketika umur 7 tahun dan rotan mereka jika tidak mendirikan solat ketika umur 10 tahun.

7 tahun kerana ketika ini, seorang kanak-kanak sudah memahami dengan sebaiknya tentang baik dan buruk. Jiwa mereka mampu beriman dengan sebenar-benarnya. Bukan iman ikut-ikutan. Kerana itu Rasulullah meminta umat Islam untuk menyuruh kanak-kanak berumur 7 tahun mendirikan solat.

Kemudian 10 tahun adalah cukup untuk memantapkan jiwa mereka. Jika ibu bapa mendidik mereka  sejak kecil dengan menguatkan jiwa mereka, mengajar mereka agar mereka sedar bahawa setiap apa yang mereka lakukan sentiasa diperhatikan oleh Allah SWT Yang Maha Melihat, dan menanamkan keyakinan dan kepercayaan kepada Allah SWT dan Rasulullah, pastinya tidak mempunyai masalah untuk mendirikan solat ketika umur 10 tahun.

Kesimpulan
Dua pengajaran yang saya bawakan daripada peristiwa Isra’ dan mikraj adalah berkenaan dengan soal jiwa. Keyakinan bahawa kebahagian adalah datangnya dari jiwa yang sejahtera dan HANYA ALLAH SWT yang dapat memberikan kesejahteraan itu.

Kemantapan jiwa perlu dilakukan sejak kecil lagi. Disamping diri kita, kita seharusnya mendidik anak-anak kita untuk memantapkan jiwa agar mencapai kepada kesedaran yang tertinggi. Jiwa yang positif akan dapat menyelesaikan semua masalah yang ada kerana kita benar-benar pasrah, redha, berserah kepada Allah SWT.

Pengajaran Isra’ dan mikraj bukan sekadar peristiwa-peristiwa di dalamnya sahaja tetapi berlakunya peristiwa itu sendiri juga menguji tahap keyakinan jiwa umat islam terhadap kesahihan berlakunya peristiwa itu. Ia adalah hal jiwa dan hati.

Semoga kita memiliki jiwa yang positif di dalam kita menjalani hidup berTuhan iaitu meyakini TIADA Tuhan MELAINKAN ALLAH SWT dan Nabi Muhammad SAW adalah Rasulullah.

Incoming search terms:

Facebook Comments

  • Bengkel JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • RSS FB JPHBT

    • An error has occurred, which probably means the feed is down. Try again later.
  • Kemaskini di FB JPHBT

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Ya Allah Kau kurniakan kepada kami pendamping yang terbaik, pernikahan yang berkah, rumahtangga yang sakinah, keturunan yang soleh dan solehah.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword