Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kehambaan Diri dan KeTuhanan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Islamic NLP for Parenting: Pelukan Hati ke Hati

27 July 2009 | 4 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Nur Durrotun Nasihah semakin membesar. Lagi dua minggu beliau berumur 3 tahun. Bercakap jangan ditandingi. Tanya itu ini.

Jika di rumah pelbagai perkara dilakukannya. Jika tidak diawasi, ada sahaja kerjanya yang bukan-bukan. Main air, main bedak, punggah sana sini. Saya tidak melarang jika beliau ingin bermain apa sahaja kecuali yang membahayakan.

Namun kekadang kelakuan beliau benar-benar menguji kesabaran ayah dan mama. Ketika ini, jika kita marah, sebenarnya ia boleh merosakkan jiwa beliau walaupun beliau takut untuk melakukan perkara yang tidak disenangi.

Jika ditegur dengan baik, memang susah untuk didengari. Jika tidak ditegur langsung, lagi pelbagai perkara yang jadi.

Saya megambil pengajaran daripada arwah ayah saya. Beliau suka memeluk saya sejak saya kecil sehingga besar walaupun saya sudah berumur 20 tahun lebih. Saya rasa tenang di dalam pelukan seorang ayah. Juga di dalam pelukan mak. Ketika itu saya berasa sungguh damai. Rasa yang pasti tidak mampu ditulis di sini. Diketika itu apa sahaja arahan mereka mudah diikuti.

Hari ini Nasihah sengaja menumpahkan air di atas meja TV.  Kemudian menyapu air tersebut dengan tangan. Dibasahnya DVD-DVD berdekatan yang ada. Di basahnya sebuah majalah yang berada di situ. Mulanya saya ingin menegur beliau. Tetapi saya teringat cara arwah ayah mendidik anak-anaknya dengan memeluk anak-anaknya hati ke hati dan terus sambung ke Allah SWT.

Saya mendapatkan Nasihah dan memeluk beliau. Saya bawa beliau mengingati Allah SWT. Di kala saya memeluk beliau, saya terus sambung dengan Allah SWT walaupun sambung ke Allah SWT itu sememangnya setiap saat. Tetapi kali ini saya membawa hati anak saya untuk mengingati Allah SWT.

Bagaimana? Cukup sekadar memeluk, diam dan saya mengingati dan memohon kebaikan untuk anak saya daripada Allah SWT. Saya tidak mampu menenang jiwa anak saya kecuali Allah SWT yang menenangkan. Lalu saya minta saja pada Allah SWT.

Awalnya gelisah dan ingin lepaskan diri. Tetapi kemudian beliau tenang, tidak gelisah dan diam sahaja. Setelah itu mudah mendengar kata-kata saya.

***

Pelukan hati ke hati kemudian dibawa mengingati Allah SWT mampu melembutkan hati sesiapa sahaja. Peluklah anak-anak kita walaupun mereka sudah dewasa kerana dengan pelukan hati ke hati dan disambung ke Allah SWT, pasti mampu melembutkan hati mereka. Begitu juga dengan suami atau isteri. Peluklah mereka dan sambungkan hati kita kepada Allah SWT.

Popularity: 33% [?]

Incoming search terms:

Facebook Comments

  • Bengkel JPHBT

  • Kemaskini di FB JPHBT

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Komunikasi dengan Allah SWT menjadikan kita sentiasa berada di dalam keadaan Ihsan. Apakah Ihsan? Anta’budallah ka annaka taraah, fa’illam takun taraah, fa’innahu yaraak. Engkau mengabdi kepada Allah seperti engkau melihatNya. Jika engkau tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Komunikasilah agar kita sentiasa sedar akan Allah SWT sentiasa dekat dengan kita dan melihat apa yang kita lakukan.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Arkib

  • Popular Keyword