Formula K(5T)
2 July 2009 | 5 Komen |
Cetak Artikel
Saya pernah memberitahu di dalam laman web ini tentang formula K(5T) tetapi tidak menulisnya dengan jelas. Formula K(5T) perlu kita ingat sentiasa agar kita sentiasa mempunyai visi yang jelas setiap hari di dalam hidup kita sebagai mukmin. Kehidupan sebagai mukmin (orang yang beriman) jauh bezanya dengan kehidupan sekadar muslim (pengikut) apatah lagi sebagai seorang kafir.
Apakah formula K(5T)
Saya merumuskan visi harian yang perlu kita ada di dalam kehidupan seharian kita di dalam formula K(5T) . 5T bermakna:
T1: Tekad untuk dekat dengan Allah SWT.
T2: Taubat yang sebenar-benarnya.
T3: Tinggalkan semua maksiat dan semua yang dilarang oleh Allah SWT.
T4: Taat pada semua perintah Allah SWT.
T5: Tebarkan kebaikan kepada semua makhluk.
Kekadang di dalam kita cuba untuk mencapai semua kerja di dalam kehidupan seharian kita, kita tergelincir, terlupa, terpesong dan sebagainya agar segala kerja yang kita lakukan perlulah dilakukan hanya kerana Allah SWT. Kita jauh daripada 5T di atas.
Kerja kita membuatkan kita semakin jauh dengan Allah SWT. Kerja kita menambah lagi dosa. Kerja kita melanggar perintah Allah SWT. Kita tidak taat pada Allah SWT dan kita lebih banyak melakukan keburukan pada manusia dan makhluk lainnya.
Maka di dalam melakukan 5T, banyakkanlah K=komunikasi dengan Allah, memohon, berdoa, meminta, mengadu dan segala-galanya hanya pada Allah SWT.
Komunikasi dengan Allah membuatkan kita lebih yakin kebahagiaan hanya datang daripada Allah. Kita sentiasa sedar bahawa Allah SWT sentiasa berada dekat dengan kita. Kita sentiasa sedar bahawa segala ketentuan adalah hak Allah SWT.
Dengan komunikasi, kita berasa lapang dada kerana kita meluahkan segala masalah pada Allah. Kita bersemangat kerana kita yakin segala apa yang berlaku adalah atas kehendak Allah SWT. Kita lebih pasrah, redha dan berserah kerana kita tahu takdir baik atau buruk hanyalah pada fikiran kita. Hakikatnya pasti terbaik di sisi Allah SWT.
Di dalam kita berkomunikasi, kita perlu tahu dan sedar bahawa kita mempunyai visi harian iaitu 5T. Kita tidak sekadar berkomunikasi sahaja tetapi mestilah memahami tujuan kita berkomunikasi (5T) agar Allah tuntuni jasad dan rohani kita berada dekat dengan Allah SWT.
Kita berkomunikasi dengan Allah SWT agar kita sentiasa sedar dan merasai bahawa segala gerak kerja, usaha, apa yang kita fikirkan, apa yang kita rasakan dan segala-galanya datang dari Allah SWT dan kembali kepadaNya.
Semoga kita sentiasa memiliki nilai yang tertinggi di dalam formula K(5T) di atas setiap hari.
[note] Untuk mereka yang baru membaca Jiwa Positif dan Hidup BerTuhan, bacalah artikel jawapan daripada Allah SWT. Juga kepada mereka yang banyak masalah, bacalah artikel jawapan daripada Allah yang pernah saya tuliskan. Klik sini untuk artikel tersebut.
Popularity: 2% [?]
Tags: formula > K(5T) > kebahagiaan > komunikasi dengan Tuhan > lapang dada > pasrah > redha > sedar > visi harian > yakin






