Buatlah Kebaikan, Kebaikan Akan Datang
23 July 2009 | 3 Komen |
Cetak Artikel
“Apabila kita berusaha untuk menyedarkan
orang ramai betapa perlunya kita kembali
kepada Allah, pasti kita akan diduga dengan
pelbagai perkara. Bersedialah dengan dugaan
dan ujian tersebut kerana ia pasti datang”
Suatu petang (beberapa bulan lepas) saya ke bilik pensyarah senior yang juga merupakan salah seorangĀ guru yang banyak mengajar saya tentang jiwa positif ini. Beliau memberi nasihat kepada saya:
Di dalam kita berdakwah, mengajak kawan-kawan kita agar dekat dengan Allah SWT dengan sebenar-benarnya, kita pasti tidak disukai syaitan. Kita PASTI akan diuji oleh Allah SWT dengan mengizinkan syaitan yang sentiasa tidak senang dengan kita yang berusaha di dalam menyedarkan kawan-kawan tentang jiwa positif dan hidup berTuhan yang sebenarnya ini.
Hati kawan-kawan juga diuji dengan perasaan-perasaan yang kurang baik terhadap diri kita.
Pensyarah senior itu menambah lagi, ketika itu, kembalilah kepada Allah SWT. Pasti jiwa kita akan kuat dan terus bersemangat.
Nasihat yang diberi di suatu petang dahulu benar-benar berguna buat saya pada petang ini. Semoga Allah SWT menuntun saya ke jalan yang terbaik di sisiNya. Amin.
[noted] Semoga kisah ini sedikit sebanyak bermanafaat buat saudara.
Popularity: 4% [?]






