Blog Ini Menggunakan Hosting 10GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kepentingan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Bahagia Itu Pilihan

15 July 2009 | 3 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

VN:F [1.8.0_1031]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 0.0/5 (0 votes cast)

Jika kita tidak bahagia, sebenarnya kita yang memilih untuk tidak bahagia. Jika kita malas, sebenarnya kita yang memilih untuk malas. Jika kita tidak kaya, sebenarnya kita yang memilih untuk tidak kaya. Jika kita tidak pandai, sebenarnya kita yang memilih untuk tidak pandai. Jika kita banyak masalah, sebenarnya kita yang memilih untuk banyak masalah.

Mahu bahagia atau tidak adalah pilihan. Yang penting itu harus memiliki kesedaran yang tertinggi bahawa bahagia itu hanya dapat diperolehi daripada Allah SWT. Full stop.

Maka terpulang kepada kita samada mahu pilih bahagia atau tidak di dalam membuat pilihan. Jika mahu bahagia, mudah saja, sentiasa memastikan diri berada dekat dengan Allah SWT. Ingat dan berserah pada Allah SWT sahaja. Tidak perlu yang lain awalnya kerana yang lain PASTI akan menyusul apabila jiwa ini ingat dan berserah pada Allah SWT. Jadinya nanti tidak ada paksaan di dalam beribadah.

Ibadah yang menyusul itu dilakukan kerana benar-benar ikhlas kerana diilhamkan Allah SWT dengan Taqwa terus masuk ke dalam jiwa. Allah menggerakkan segala-galanya.

Yang berbezanya, kita beribadah tapi lupa dan tidak berserah pada Allah. Lalu ibadah yang kita lakukan adalah kerana selain daripada Allah SWT. Kita beribadah kerana kita ingat untuk jadi kaya, kerana ingat  hidup  kita yang tertekan dan lain-lain.

SALAH? Tidak salah tetapi jika kita ingat dan berserah pada Allah SWT terlebih dahulu, semua itu akan menyusul. Allah pasti menggerakkan kita untuk beribadah. Ibadah kita khusyuk. Pasti kualitinya tinggi sekali. Lalu pasti apa yang kita mohon diperkenankan. Ingin jadi kaya, ingin hidup tenang dan lain-lain, tidak menjadi masalah lagi.

Yang perlu diingat adalah Allah yang memberikan kekayaan, Allah yang memberikan kita hidup tenang, Allah yang memberikan segala-galanya. Inilah kesedaran yang tertinggi.

Apabila kita bekerja dengan khusyuk, kekayaan akan datang. Bila kita hidup dengan jiwa yang positif, ketenangan pasti hadir. Kerana hidup kita adalah kehidupan yang diserahkan kepada Allah SWT.

Kita berserah dan pasrah untuk dinafaskan. Berserah dan pasrah untuk mengangkat kaki dan tangan untuk bekerja. Berserah dan pasrah untuk berfikir. Berserah dan pasrah segalanya mengikut kehendak Allah SWT.

Berserah dan pasrah itu bukan “ambil mudah”. Jika ambil mudah, bimbang kita tidak mahu bernafas sedangkan kita perlu bernafas.

Ingat dan berserah pada Allah SWT menanamkan rasa cinta pada Allah SWT. Ibadah yang dilakukan hasil gerakan yang digerakkan Allah SWT pasti ibadah yang bercahayakan keikhlasan. Kualitinya sangat tinggi. Ia pasti menjadi ibadah yang terbaik di sisi Allah SWT kerana dilakukan mengikut kehendak Allah SWT.

Ingat dan berserah sahaja pada Allah. Untuk mudah mengingati dan berserah pada Allah, komunikasilah dengan Allah SWT.

Maka, terpulang samada ingin bahagia atau tidak. Ia pilihan kita. Walaupun kebahagiaan itu milik Allah dan hak Allah untuk menentukan kita bahagia atau tidak, namun sebagai hambaNya, kita hanya mampu melakukan tuntutan (yang dijelaskan oleh Al-Quran dan Sunnah) untuk mendapatkan kebahagiaan itu. Tuntutan itu adalah ingat dan berserah pada Allah SWT.

VN:F [1.8.0_1031]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 0.0/5 (0 votes cast)

Popularity: 1% [?]

Comments

3 Responses to “Bahagia Itu Pilihan”

  1. shahpuchong
    July 15th, 2009 @ 11:18 am

    Tuan,
    Saya agak keliru dan tolong bantu untuk pencerahan. Soalan saya dimana peranan manusia dan di mana peranan Allah yang Maha Pengatur kehidupan manusia, dimanakah titik pemisahan itu. Atau kita di dalam circle aturan nya. Soalan berikut akan menyusul selepas Tuan menjawab persoalan ini.

    Fuad Latip
    Baik dan buruk itu dari Allah SWT. Maka memohon dengan sabar dan solat itu adalah peranan kita. Kita pasrah dan berserah sahaja.

    Jika Allah gerakkan diri kita untuk bekerja, ya kerja. Kalau kita dinafaskan oleh Allah, ya nafas. Jangan dihentikan. Kalau Allah gerakkan diri kita untuk makan, ya makan.

    Kalau kita digerakkan untuk malas, ya ikut saja.

    Yang penting sebelum semua itu, doa dengan sabar dan solat. Kalau doanya rajin, pasrah dan berserah saja apabila Allah beri rajin. Kalau Allah beri malas, pasrah berserah sahaja, tapi doa lagi kerana hajat kita belum sampai.

    Kalau doanya untuk malas, bila Allah beri malas, terima saja. Kerana sudah sampai niatnya untuk malas.

    Buang dahulu mind set mengatakan berserah dan pasrah itu sesuatu yang pasif iaitu tidak melakukan apa-apa. Jika ini masih difikirkan, sampai bila pun kita tidak mampu berserah.

  2. shahpuchong
    July 15th, 2009 @ 1:47 pm

    Terima kasih Tuan diatas pencerahan di atas, Allah adalah segalanya.

    Berkenaan merasa “rasa” semasa kita solat, bagaimana kah boleh kita capai?

    Fuad Latip
    Dengan kesedaran yang tertinggi. Di masa ini kita tidak lagi berasa. Rasa yang ada adalah rasa yang tidak ada rasa. Maknanya kesedaran kita di atas rasa.

    Makanya di dalam solat, sentiasa sedar konsep ihsan. Iaitu sedar bahawa kita sedang mengadap Allah dan sedar Allah itu sedang melihat kita. Kita sedar Allah itu dekat. Tetapi jangan dibayangkan Allah itu dekat nanti kita menyamakan Allah dengan yang dibayangkan.

  3. anis
    July 16th, 2009 @ 10:34 am

    Saya dah mengikuti beberapa artikel tuan, kadang-kadang saya fikir susahnya mencapai redha Allah, susahnya menuju syurga, susahnya nak capai bahagia…cuba buat sehabis baik..tapi kadang-kadang terkeluar juga dari garisan yang sepatutnya…Kadang-kadang mulakan hari dengan baik..bangun solat malam..subuh jemaah..solat dhuha..tup tup..petang kena kritik plak dengan orang paling rapat dengan kita…aduh…hidup tak selalu bahagia…

Leave a Reply





  • Tambah Icon

  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Komunikasi

    Hanya mesej yang tiada kaitan dengan artikel. Jika ada kaitan, sila komen di artikel. Terima kasih.


    ShoutMix chat widget
  • Maklumbalas Terkini

  • Artikel Terkini

  • Arkib

  • Popular Keyword

    bahagia berserah didik anak cara islam fuad latip gelisah hidup bertuhan ilmu ingat Allah Jiwa Positif jiwa super kesedaran khusyuk solat komunikasi komunikasi dengan Allah kusyuk solat law of atrraction lembutkan hati anak lembutkan hati isteri lembutkan hati suami living at the present masalah anak masalah rumahtangga masalah suami isteri minta izin motivasi Motivasi Diri motivasi kekal pasar ramadhan pasrah pn ainon puasa ramadhan redha rela sedar sifoo pts solat solat khusyuk spritual super affiliate super minda super sedar teknik SEO travelog haji yoshiro nakamatsu
  • Profil

    Mohd Fuad Bin Haji Abdul Latip
    (Islamic NLP Practitioner)
    Pensyarah Kanan
    Fakulti Kejuruteraan Elektrik
    Universiti Teknologi MARA
    40450 Shah Alam
    Selangor
    fuadlatip[at]gmail.com


  • Blog Rating

    Average blog rating:

    4.5