Redha, Pasrah dan Berserah
15 June 2009 | 7 Komen |
Cetak Artikel
Iblis berkata: Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis (berserah kepada Allah) di antara mereka.
(QS: Shaad 38:82-83)
“Aku pasrah”. “Aku redha”. “Aku berserah”.
Ungkapan yang sering kita lafazkan apabila sesuatu takdir telah menimpa diri kita. Namun sejauh mana kita benar-benar berserah dengan takdir yang menimpa itu? Adakah ia sekadar di bibir tetapi tidak sampai ke jiwa kita ungkapan pasrah, redha dan berserah.
Dahulu, walaupun saya tahu jika wang atau harta saya hilang merupakan takdir Allah SWT, namun agak sukar untuk menerima sepenuh hati. Perkataan ‘tapi’ selepas mengaku menerima takdir (aku terima takdir…tapi…) sering terucap apabila menunjukkan kekesalan dengan kehilangan atau apa jua musibah yang berlaku ke atas saya. Terima kasih Allah kerana telah menunjukkan saya jalan bagaimana untuk redha, pasrah dan berserah kepadaMu.
Ketahuilah bahawa Iblis tidak mampu menyesatkan kita bilamana kita menjadi hamba yang berserah. Kita wajib berserah di dalam setiap perkara yang kita lakukan. Malah jika jiwa tidak benar-benar berserah pada Allah SWT di dalam solat, pasti khusyuk solat gagal dimiliki. Apatahlagi jika kita tidak berserah di dalam seluruh kehidupan kita. Bagaimana kita akan menghadapi sakaratul maut di dalam keadaan tidak berserah pada Allah SWT.
Bilakah masanya yang membuatkan diri kita benar-benar redha, pasrah dan berserah? Pastinya apabila kita mengetahui di saat ini sesuatu yang akan berlaku di masa akan datang. Kita akan lebih bersedia dengan sesuatu yang akan menimpa kita kerana kita telah pun tahu akan sesuatu itu di saat ini.
Jika kita telah tahu kita akan gagal peperiksaan sedangkan keputusan sebenar belum pun keluar, pasti kita akan redha dan bersedia ketika mengambil keputusan peperiksaan. Mereka yang dihukum gantung sampai mati seharusnya berasa lebih redha dan bersedia untuk mati kerana mereka telah tahu masa kematian mereka walaupun yang mematikan mereka adalah Allah SWT bukanlah tali gantung itu.
Namun kebanyakan kita tidak mampu mengetahui apakah yang akan berlaku di masa hadapan kecuali mereka yang benar-benar dekat dengan Allah SWT. Maka seharusnya kita mesti menjadi orang yang dekat dengan Allah untuk mendapat ilham rasa mengetahui sesuatu di masa hadapan kita. Apabila kita dekat dengan Allah SWT, Allah SWT akan mengilhamkan kita dengan taqwa sehingga kita dapat mengetahui getaran rasa dengan jelas sesuatu yang akan berlaku di masa hadapan kita.
Bagaimana untuk dekat dengan Allah SWT? Kita perlu berserah. Lalu persoalannya bagaimana untuk berserah?
Saya telah lama mempraktikkan doa mengikut doa solat istikharah. Bentuk doa solat istikharah merupakan doa yang benar-benar mempunyai kepasrahan dan penyerahan segala ketetapan kepada Allah SWT. Jika saudara semua membaca doa-doa yang ada di dalam laman web saya, semuanya berbentuk seperti doa solat istikharah.
Kita akan lebih bersedia dengan sesuatu kemungkinan yang akan berlaku di masa hadapan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Kita telah pasrah, redha dan berserah dari awal lagi semasa kita berdoa.
Doalah seperti doa solat istikharah. Ia sesekali tidak membuatkan diri kita berfikir negatif dengan menyebutkan ‘jika sesuatu itu gagal’ tetapi kita berserah pada Allah seandainya sesuatu itu tidak memberikan kebaikan kepada diri kita, maka kita redha, pasrah dan berserah kepada Allah untuk sesuatu yang lebih baik.
Doa solat istikharah:
“Ya Allah, sesungguhnya aku meminta pilihan yang tepat kepadaMu dengan ilmu pengetahuanMu dan aku mohon kekuasaanMu (untuk mengatasi persoalanku) dengan kemahakuasaanMu.Aku mohon kepadaMu sesuatu daripada anugerahMu Yang Maha Agung, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa sedang aku tidak berkuasa. Engkau mengetahui sedang aku tidak mengetahui dan Engkau adalah Maha Mengetahui hal yang ghaib.
Ya Allah, apabila Engkau mengetahui bahwa urusan ini (di sini, orang yang mempunyai hajat hendaknya menyebutkan persoalannya) adalah baik untuk agamaku, kehidupanku, dan akibatnya terhadap diriku, di dunia atau akhirat, maka takdirkanlah untukku, mudahkan jalannya, kemudian berikanlah keberkatan.
Akan tetapi apabila Engkau mengetahui bahwa persoalan ini berbahaya bagiku dalam agamaku, kehidupanku dan akibatnya terhadap diriku, maka jauhkanlah persoalan tersebut dariku dan jauhkanlah aku darinya, takdirkan kebaikan untukku di mana pun ia berada, kemudian berilah kerelaanMu kepadaku”
(HR. al-Bukhari)
Secara ringkasnya, kita akan lebih redha, pasrah dan berserah apabila:
1. Kita memohon agar Allah SWT makbulkan sesuatu yang kita minta jika ia memberikan kebaikan untuk agama, kehidupan dan akibatnya untuk diri kita, keluarga kita, sahabat kita dan lain-lain.
2. Kita memohon agar Allah SWT jauhkan kita dengan sesuatu yang kita minta jika ia memberikan bahaya atau keburukan untuk agama, kehidupan, diri kita, keluarga kita, sahabat kita dan lain-lain.
Maka jika sesuatu itu tidak dimakbulkan, kita telah awal-awal lagi bersedia bahawasanya apa yang kita minta itu tidak memberikan kebaikan untuk agama, kehidupan dan akibatnya untuk diri kita, keluarga kita, sahabat kita dan lain-lain, kita akan lebih redha, pasrah dan berserah.
Ingatlah sekali lagi firman Allah SWT:
Iblis berkata: Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis (berserah kepada Allah) di antara mereka.
(QS: Shaad 38:82-83)
Popularity: 7% [?]
Comments
7 Responses to “Redha, Pasrah dan Berserah”
Leave a Reply




June 16th, 2009 @ 1:14 am
alhamdulillah, lemahnya kita, manusia.
“wahai orang2 yg beriman,jk kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”-s.muhd:7
tiada usaha kita yg sempurna.
usaha menarik manusia ke jalan hidayah, namun taufik dan hidayah itu tetap milikNya.mdh2n ditambahkn Allah drjah kepasrahan kpdNya dan bukan putus asa.
June 16th, 2009 @ 10:13 am
Aku berserah kepada Mu ya Allah, sesungguhnya aku sentiasa lupa, semoga kita semua diberikan taufik dan hidayahNya, amin..
June 16th, 2009 @ 10:48 am
salam en fuad,
ye,persoalan inilah yg sering tidak dihiraukan oleh anak2 melayu yg beragama Islam.sepatutnya,sebelum kita melakukan sebarang kerja atau hendak memilih/membuat keputusan antara pilihan2 yg ada,perlu la sentiasa berkomunikasi dgn allah..dan istikharah…sering kita beranggapan…apa nak jadi,jadilah…”aku dah tekad”aku dah besar”, atau :tapi,belum tentu penyerahannya pada allah… kita lupa ada yg lebih besar /maha besar daripada kita..kita lupa bhawa doa org mukmin itu adalah senjata dan juga perisai.terima kasih kerana mengingatkan saya supaya sentiasa merendah diri meminta pendapat allah dlm segala hal.
June 16th, 2009 @ 1:10 pm
Salam En Fuad,
Maha Besar Allah dan segala puji hanya milikNya yg telah memberi ilham pd En Fuad berkongsi ilmu dengan kami. Memang tepat sangat artikel ini muncul kerana saya sedang berkira2 untuk membuat keputusan yang penting dalam hidup saya dan kononnya sudah pasrah pada takdir Allah. tapi penyerahan yg bukan 100% rupanya. dan masih lupa untuk istikharah pd Allah, menyandarkan segalanya kepada yang Maha Kuasa.
June 17th, 2009 @ 11:31 am
He..he..semalam duit hilang RM 50, OH..bukan rezeki aku..rezeki orang lain..Tapi, bila duduk sorang2..hai..kalau tak hilang,boleh gak beli baju..heh..heh..redha dalam paksa namanya
June 17th, 2009 @ 4:18 pm
Saya sering mengikuti pengalaman para2 jemputan Haji & Umrah di Oasis dan saya dapati berserah pada Allah adalah salah satu ciri penting apabila mengerjakan ibadah di Tanah Suci.
Sedaya mungkin saya cuba latihkan diri utk sentiasa redha, pasrah dan berserah pada Allah dalam apa jua yg dihadapi dlm kehidupan seharian, walau sekecik manapon insiden itu.
Dua hari lepas, saya beratur di ATM utk deposit sejumlah wang tunai. Ada 3org beratur didepan saya. Tiba2 saya kedepan utk menegur org pertama kerana dia cuba masukkan wang RM5 (tak boleh masuk sebab nanti wang nya lekat kt dalam mesin). Tak sampai 3saat pon saya kedepan lalu saya sambung beratur.
Tiba2 ada seorang wanita join the queue lalu memotong barisan saya, seolah2 memberi isyarat yg saya mesti get back in the que belakang dia. Saya tetap beratur dibarisan asal dan dia juga cuba memotong saya. Saya biarkan saja.
Dalam hati saya berkata, ni baru di bumi Gombak, bukan lagi di Tanah Suci. Buat apa lah nak sondol2 kedepan dan berkeras hati pentingkan diri macam tu. Kalau di Tanah Suci, sure punya dimurkai Allah & jam2 tu jugak Allah bayar cash. Saya bayangkan apa lah nanti balasan Allah kalau berperangai macam ni kat Tanah Suci.
Bila giliran ATM saya sampai, dia cepat2 kedepan. Saya biarkan saja dia pergi dulu. Saya berkati dalam hati, “YaAllah, kau jauhkan lah aku dari berperangai buruk mcm dia ni. Aku pasrah dgn apa berlalu walau dia telah menyakitkan hati aku. Engkau isilah kegembiraan dalam hatiku dgn rezeki yg lebih baik lagi”.
Tiba2, while waiting for that girl to complete her transaction, ATM tu mengeluarkan notis “This Machine Is Out of Service”. Duit dia yg beratus2 itu sudah terlekat dalam machine. Hahhh! Itu lah balasan Allah!
Saya yg berdiri di belakang dia rasa terkedu sekejap. Sebelum saya beredar, dgn suara lembut saya berkata pada beliau “lain kali jgn potong queue”.
September 6th, 2010 @ 11:27 am
saya sedang menghadapi ujian yang sangat getir dalam hidup saya dan saya tidak tahu bagaimana nak membuatkan hati saya redha dengan segala ujian ini…ada sesiapa yang mungkin boleh membantu?saya rasa sangat tersepit dengan ujian ini dan rasa tak mampu nak menanggung semua ini lagi…