Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kehambaan Diri dan KeTuhanan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Di mana Niat?

16 June 2009 | 2 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Dari ‘Alqamah bin Waqqash al-Laitsi bahawa dia berkata: “Aku mendengar Umar bin Khattab berkata di atas mimbar: “Aku mendengar Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Tiap-tiap amal perbuatan harus disertai dengan niat, balasan bagi setiap amal manusia sesuai dengan apa yang diniatkan.”

Saudara,

Kita tahu kerana sejak kecil kita telah diajar untuk melakukan sesuatu mesti didahului dengan niat. Inilah yang diingatkan oleh ibu bapa atau guru-guru agar kita melakukan sesuatu dengan niat yang baik.

Namun, jika dilihat pada sabda Rasulullah, “tiap-tiap amal perbuatan harus disertai dengan niat’“.

Apakah makna disertai? Jika Rasulullah mengatakan ‘disertai’, maka di manakah sebenarnya niat itu? Di permulaan, di tengah-tengah atau di hujung setiap perbuatan?

Selama ini kita memahami dengan memprogramkan fikiran kita bahawa niat itu mestilah di awal setiap perbuatan semata-mata. Lalu kita hanya membaca niat atau menanamkan niat di awal perbuatan sahaja.

Baca Selanjutnya…

Popularity: 2% [?]

Incoming search terms:

Redha, Pasrah dan Berserah

15 June 2009 | 7 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Iblis berkata: Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis (berserah kepada Allah) di antara mereka.
(QS: Shaad 38:82-83)

“Aku pasrah”. “Aku redha”. “Aku berserah”.

Ungkapan yang sering kita lafazkan apabila sesuatu takdir telah menimpa diri kita. Namun sejauh mana kita benar-benar berserah dengan takdir yang menimpa itu? Adakah ia sekadar di bibir tetapi tidak sampai ke jiwa kita ungkapan pasrah, redha dan berserah.

Dahulu, walaupun saya tahu jika wang atau harta saya hilang merupakan takdir Allah SWT, namun agak sukar untuk menerima sepenuh hati. Perkataan ‘tapi’ selepas mengaku menerima takdir (aku terima takdir…tapi…) sering terucap apabila menunjukkan kekesalan dengan kehilangan atau apa jua musibah yang berlaku ke atas saya. Terima kasih Allah kerana telah menunjukkan saya jalan bagaimana untuk redha, pasrah dan berserah kepadaMu.

Baca Selanjutnya…

Popularity: 18% [?]

Incoming search terms:

Memberi Pujian

14 June 2009 | 2 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Segala PUJI bagi ALLAH SWT, Tuhan sekelian Alam.
Allah mendengar akan orang yang memuji-Nya.
Ya Tuhan kami! Bagi-Mu segala puji.

Kita akan melafazkan segala puji bagi Allah SWT sekurang-kurangnya 17 kali di dalam Al-Fatihah dan 17 kali ketika iktidal di dalam solat 5 waktu sehari semalam. Malah kita melafazkannya berulang kali ketika berzikir. Kita melafazkannya lagi setelah kita makan, setelah kita diberi kejayaan, setelah kita mendapat berita yang baik dan sebagainya.

Namun sejauh mana ‘segala puji bagi Allah SWT’ meresap ke dalam jiwa kita? Di kala kita mengungkapkan kata-kata tersebut, adakah kita memahami sebenarnya kata puji itu bermakna, SELURUH PUJIAN DAN  SELURUH APA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI BESERTA ISINYA ADALAH LAYAK DAN MILIK HANYA UNTUK ALLAH SWT.

Jika semuanya adalah milik Allah, maka apa lagi yang berhak menjadi milik manusia? Sedarilah bahawa kita MANUSIA TIDAK MEMILIKI APA-APA.

Baca Selanjutnya…

Popularity: 2% [?]

Cinta dan Khusyuk

12 June 2009 | 8 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Kita tidak pernah mencipta rasa cinta,
tetapi kita hanya menerima rasa cinta tersebut.

Kerana itu di dalam laman web ini, saya sentiasa menyarankan untuk selalu berdoa agar Allah berikan kepada kita rasa cinta padaNya. Kita tidak mampu menciptakan rasa cinta itu tetapi ia adalah kurniaan Allah SWT lalu kita memohon untuk mendapatkannya.

Begitulah dengan khusyuk di dalam solat.
Kita tidak menciptakan rasa khusyuk solat,
tetapi kita memasuki dan menerima rasa khusyuk tersebut.

Kita hanya mendapatkannya,
bukan menciptakan rasa khusyuk itu.

Perasaan khusyuk tidak mungkin mampu kita perolehi jika kita tidak memiliki KESEDARAN dan KEPERCAYAAN bahawa sebenarnya ketika solat, kita sedang berhadapan dengan Allah SWT.
(Fahami, hayati dan rasai makna Ihsan).

Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku.
(QS: Thaha 20:14)

Khusyuk di dalam solat itu mudah.
Allah mengkehendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu
(QS: Al-Baqarah 2:185)

Kesedaran dan kepercayaan itu datangnya dari Allah. Allah mengilhamkan kita samada taqwa atau fujur (kefasikan/keburukan).
Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan (fujur) dan jalan ketaqwaannya.
(QS Asy Syams 91:8).

Lalu bagaimana untuk memiliki KESEDARAN dan KEPERCAYAAN itu? Bagaimana mengharapkan agar Allah mengilhamkan kepada kita taqwa dan bukannya fujur? Kita mestilah ingat Allah agar Allah ilhamkan ketaqwaan dan bukannya menjadikan jiwa kita tertutup rapat, keras membatu dan gelap gelita (fujur).
Mintalah pada Allah, komunikasilah denganNya di dalam setiap apa yang kita lakukan, fikirkan, rasakan dan semuanya agar kita sentiasa ingat Allah.

Kita tidak pernah menyedari untuk memanfaatkan solat sebagai alat penolong, sumber hidup, penerang jiwa dan tempat kita bertanya Allah SWT tentang persoalan yang sukar diselesaikan.
“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”
(QS: Al-Baqarah 2:45)

Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemui-Nya.
(QS: Al-Insyiqaaq 84:6)

Kita bersolat setiap hari 5 waktu, tetapi kita masih memiliki masalah jiwa (penyakit a’in). Kita masih berasa hebat dan merasakan orang lain tidak hebat. Kita sentiasa berasa taksub, dengki, megah, sombong, riak, ego, takabur dan lain-lain sifat mazmummah.
Bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan Yang keji dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa Yang kamu kerjakan.
(QS: Al-Ankabuut 29:45)

Berapa ramai orang yang solat namun hanya mendapat letih dan penat.
(Hadith Riwayat Abu Daud)

********

Adakah solat itu suatu keperluan atau kewajipan? Siapa sebenarnya yang memerlukan solat? Allah atau kita?
Jangan jadikan solat itu semata-mata hanya kewajipan.
Jadikanlah solat itu satu keperluan (di dalam solat itu ada hikmah untuk di miliki) untuk diri kita disamping
ia merupakan satu kewajipan yang perlu kita lakukan.

Maka yang memerlukan solat itu sebenarnya adalah kita. Jika kita melakukan solat kerana kewajipan semata-mata, ia seolah-olah seperti Allah yang memerlukan solat. Sesungguhnya Allah itu Maha Hebat. Jika manusia tidak memuji Allah sekalipun, Allah tetap Maha Hebat dan Maha Berkuasa. Tidak sedikit pun menjejaskan pujian ke atas Allah.

Masalah utama kenapa kita solat 5 waktu sehari semalam, namun kita masih berasa solat itu sangatlah berat. Ini kerana kita tidak pernah atau jarang sekali mengecapi nikmat solat.

Solat itu lebih baik daripada tidur.
Ini menunjukkan bahawa solat itu merupakan istirehat untuk umat islam di mana ia lebih baik daripada istirehat tidur. Tetapi mengapa masih tidak kita kecapi? Mengapa terasa penat dan letih ketika melakukan solat? Ini kerana kita gagal mendapatkan rasa khusyuk di dalam solat.

*******
Adakah saudara belum pernah merasai nikmat khusyuk di dalam solat? Saya tidak mampu memberikan rasa khusyuk tersebut tetapi inshaAllah
(dengan izin Allah) saya boleh bantu bagaimana untuk memasuki dan menerima rasa khusyuk tersebut.

Sesungguhnya khusyuk di dalam solat itu sangat mudah. Tidak seperti yang telah banyak diperkatakan di mana khusyuk di dalam solat mesti dicapai dengan pelbagai syarat yang awalnya sudah menjadikan solat itu berat.

Analogi: Jika saya mampu dan sentiasa merasai nikmat air kopi, namun sesungguhnya saya tidak mampu menceritakan betapa nikmatnya air kopi tersebut kepada mereka yang belum pernah merasakannya.

Tetapi saya hanya mampu memberitahu dan mengajar bagaimana membuat air kopi dan cara terbaik untuk meminumnya agar sesiapa pun dapat merasai nikmat air kopi sepertimana saya serta mereka yang lain dapat merasai kenikmatan air kopi tersebut (dengan izin Allah).

*********

Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang Yang beriman. Dan pada kejadian diri kamu sendiri, serta (pada kejadian) Segala binatang Yang dibiakkanNya, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang Yang meyakininya. dan (pada) pertukaran malam dan siang silih berganti, dan juga (pada) rezeki Yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta (pada) peredaran angin, (semuanya itu mengandungi) tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, serta keluasan rahmatNya) bagi kaum Yang mahu menggunakan akal fikiran. itulah ayat-ayat penerangan Allah Yang Kami bacakan kepadamu (Wahai Muhammad) kerana menegakkan kebenaran; maka Dengan perkataan Yang manakah lagi mereka hendak beriman, sesudah penerangan Allah dan tanda-tanda kekuasaannya (Mereka tidak mahu memahami dan menelitinya)?
(QS: Al Jaatsiyah 45:3-6)

Popularity: 5% [?]

Incoming search terms:

Latihan Kematian

11 June 2009 | 6 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Saya dimasukkan ke Hospital Colombia-Asia di Bandar Puteri Puchong 10 dan 11 jun 2009 kerana masalah batu karang (Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana menyembuhkannya). Serangan sakit yang amat sangat berlaku sekitar jam 1.30pg rabu (10/6) sehingga membuatkan saya tidak mampu berdiri kerana menahan kesakitan.

Ketika awal sakit, saya mempunyai wudhuk kerana ketika itu saya mahu mengerjakan solat tahajud setelah terbangun daripada tidur kerana terasa sakit tetapi masih sedikit rasanya.

Di dalam keadaan kesakitan yang teramat sangat, saya bersyukur kerana mampu bersolat tahajud dan taubat. Bukanlah kerana saya hebat tetapi kerana saya benar-benar berserah dengan banyak berkomunikasi dengan Allah ketika solat. (Saudara juga pasti mampu lakukan jika selalu berkomunikasi dengan Allah).

Baca Selanjutnya…

Popularity: 3% [?]

Jiwa Positif & Hidup BerTuhan: Volume 1

7 June 2009 | 25 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Telah terbit kompilasi artikel Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan
Klik sini untuk muat turun SECARA PERCUMA

Saudara,
Jiwa positif dan hidup BerTuhan Volume 1 merupakan ebook percuma untuk semua. saya mengumpul semua artikel di dalam laman web (blog) ini bermula Disember 2008 – 30 Mei 2009.

Bukanlah niat untuk bermegah dengan hasil ini, tetapi saya membuat kompilasi agar mudah untuk mana-mana ilmu yang manafaat bagi saudara untuk disimpan dan dirujuk. Saudara juga boleh membantu untuk menyebarkannya dengan niat agar orang lain menerima ilmu yang telah memberikan manafaat buat saudara (jika ada).

“Janganlah kamu berikan sesuatu ilmu itu jika ilmu itu belum lagi memberikan manafaat kepada diri kamu sendiri”

Mudah-mudahan dengan perkongsian ilmu ini, kita diberi rahmat oleh Allah dan segala amalan kita diredhai oleh Allah.

Popularity: 45% [?]

Incoming search terms:

« Artikel Terdahulu
  • Bengkel JPHBT

  • Kemaskini di FB JPHBT

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Allah SWT sentiasa mencintai kita. Namun untuk kita merasai cinta AllahSWT hanyalah dengan satu cara iaitu kita mesti mencintaiNya. Rasa cinta itu hanya mampu kita miliki apabila kita juga menyintai.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Arkib

  • Popular Keyword