Memiliki Kesedaran Tertinggi #1
19 June 2009 | 5 Komen |
Cetak Artikel
Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk),ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan, ia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya.
(QS: Al-’Alaq 96:1-5)
Artikel Redha, Pasrah dan Berserah dan Kita Tidak Disarankan Berusaha telah saya bawakan sebelum saya ingin menulis artikel ini. Ia bertujuan untuk membawa saudara semua mencapai kepada kesedaran yang lebih tinggi.
Terima kasih Allah kerana saudara semua mempunyai kesedaran yang tinggi dan saya melihat betapa BerkuasaNya Allah di dalam menuntun kita untuk lebih dekat denganNya.
Pemahaman surah QS: Al-’Alaq 96:1-5 dijelaskan bahawa kita perlu mendapatkan ilmu. dan seringkali dijelas kita perlu mendapat ilmu dengan membaca sesuatu yang ada tulisan. Namun jarang kita dijelaskan bahawa Allah menyuruh kita bukan sahaja mendapatkan ilmu melalui pembacaan sesuatu berbentuk tulisan tetapi sebenarnya kita lebih lagi seharusnya membaca alam ini.
Tatkala kita melihat debu yang berterbangan, kita hanya memikirkan yang berterbangan itu debu. Kita memikirkan debulah yang berusaha untuk bergerak.
Jarang sekali terlintas di fikiran kita untuk membaca alam bahawa yang menggerakkan debu itu adalah angin. Debu hanya pasrah kepada gerakan angin. Debu tidak langsung berusaha untuk bergerak kerana yang menggerakkan adalah angin.
Nah! Jika kita pergi lagi kepada kesedaran yang tertinggi, kita perlu membaca alam bahawa yang menggerakkan angin dan debu adalah Allah SWT. Angin dan debu juga pasrah dan redha dengan aturan Allah SWT. Angin dan debu mengikut dan berserah pada kehendak Allah walaupun suka atau pun terpaksa.
***
Begitu juga dengan usaha kita. Jika kita melihat dari syariat, ya memang kitalah berusaha. Namun sewajibnya kita melihat dari sudut kesedaran yang tertinggi (hakikat) di mana Allah yang mengilhamkan untuk kita berusaha. Malah Allah yang menggerakkan segala anggota badan kita untuk berusaha. Allah mengilhamkan fikiran, gerak rasa, emosi, gerak hati dan mengatur persekitaran di dalam ‘usaha’ yang kita katakan.
Kita hanyalah seperti angin dan debu yang hanya mengikut aturan Allah samada suka atau terpaksa. Yang mampu kita lakukan hanyalah berserah.
***
Di dalam hal menuju kejayaan pula, kita seringkali melihat orang berjaya dengan usaha mereka sendiri sedangkan Allah yang memberi ilham kepada mereka untuk berjaya. Lalu kita berusaha menjadikan mereka idola kita dengan harapan kita mampu mengikut langkah-langkah mereka.
Ia tidak salah, tetapi kita sewajibnya membaca alam ini dengan kesedaran yang tertinggi. Perjalanan kehidupan orang yang berjaya tidak sama dengan perjalanan kehidupan kita. Bermakna tidak semestinya kaedah yang mereka gunakan akan memberikan juga kejayaan kepada kita.
Allah yang menjayakan mereka lalu sewajibnya kita berserah pada Allah SWT. Kita sering bimbang dengan rezeki kita sedangkan Allah SWT yang mengaturkan segala-galanya. Maka mengapa perlu dibimbangkan tentang rezeki yang kita perolehi atau yang bakal kita perolehi?
***
Begitu juga dengan mereka yang telah berubah. Kita seronok melihat orang lain berubah. Kita menyanjungi mereka dan menjadi idola kita. Kita berasa hebatnya mereka yang berubah. Kita sentiasa memuji mereka.
Namun kita jarang masuk ke kesedaran yang tertinggi di mana sebenarnya mereka tidak langsung mempunyai apa-apa kudrat untuk berubah. Mereka tidak mampu melakukan apa-apa sebenarnya. Semua perubahan daripada keburukan kepada kebaikan adalah kerana Allah SWT. Lalu sewajibnya sekali lagi kita melihat kuasa yang mengubahkan mereka. Kuasa yang memberi kesedaran kepada kita dan mereka. Yang Maha Kuasa iaitu Allah SWT.
Kita kembali kepada fitrah. Kita tidak mampu melakukan apa-apa kecuali pasrah, berserah, redha dan berdoa dengan sabar serta bersolat dengan khusyuk.
***
Semoga kita sentiasa membaca alam ini dengan kesedaran yang tertinggi.
Popularity: 2% [?]
Comments
5 Responses to “Memiliki Kesedaran Tertinggi #1”
Leave a Reply




June 19th, 2009 @ 1:20 pm
Salam,
Saya faham artikel ni mengajak kita fokus kepada semuanya adalah kuasa Allah. Jadi kita kena minta daripada ALLAH sentiasa.
Tetapi saya keliru adakah maksud artikel ini, kita tak perlu berusaha? Saya rasa kita kena berusaha untuk mencari hidayah Allah kerana hidayah tak datang bergolek. Contoh usaha untuk dapat hidayah..buat kebaikan dan amalan sunat (zikir, puasa, baca Al-Quran, sedekah, Qiam dll).
Bagaimana pula dengan firman Allah surah Al-Ra’d: 11.
Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum jika mereka tidak mengubah diri mreka sendiri.
Saya pohon penjelasan.
Jzkk
June 20th, 2009 @ 11:36 am
jadi usaha yang sepatutnya dilakukan hanyalah berdoa dan solat ? orang yang mungkin kurang usaha itu sebenarnya adalah kurang doa dan solat nya pada Allah ? kerana dia tidak memohon pada Allah jadi Allah pun tidak menggerakkan nya ?
June 21st, 2009 @ 2:17 pm
Salam…saudara Fuad,
Saya bersyukur kerana dalam situasi saya sekarang ni Allah mendorong saya untuk membaca blog saudara…yalah sebagai manusia kita sentiasa lupa…sebab itu kita disuruh berpesan-pesanan dan saling mengingati… Kita selalu berkata “AllahuAkbar” kita faham maknanya…tapi kita tak mendalami dan menjiwainya…sejak kecil kita selalu didedahkan dengan kata-kata “usaha tangga kejayaan”, dalam mencapai sesuatu kita dinasihati berusaha bersungguh-sungguh kemudian tawakkal kepada Allah…padahal yang sebenarnya yang perlu dibuat adalah seperti mana yang saudara nukilkan dalam entri ini dan entri-entri yang berkaitan…terima kasih Allah.
June 25th, 2009 @ 4:54 pm
salam buat semua,berdoa itu pun usaha namanya.Ada orang malas utk berdoa.Yang perlu diubah adalah nawaitu masing2 mintalah kepadaNYA dengan pasrah dan redha.Insyaallah akan dimakbulkan.
Terima kasih Ya Allah kerana memberiku ruang utk menyampaikan apa yang patut dan ampunilah dan perbetulkanlah aku jika perkataan ini ada sebarang kekhilafan.Aminnnnnnnnnnnnn
June 26th, 2009 @ 1:38 pm
Assalamualaikum..
En. Latif bagaimna dgn org yg baik tapi berubah kearah kejahatan??