Blog Ini Menggunakan Hosting 10GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kepentingan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Memberi Pujian

14 June 2009 | 2 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

VN:F [1.9.3_1094]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 4.0/5 (1 vote cast)

Segala PUJI bagi ALLAH SWT, Tuhan sekelian Alam.
Allah mendengar akan orang yang memuji-Nya.
Ya Tuhan kami! Bagi-Mu segala puji.

Kita akan melafazkan segala puji bagi Allah SWT sekurang-kurangnya 17 kali di dalam Al-Fatihah dan 17 kali ketika iktidal di dalam solat 5 waktu sehari semalam. Malah kita melafazkannya berulang kali ketika berzikir. Kita melafazkannya lagi setelah kita makan, setelah kita diberi kejayaan, setelah kita mendapat berita yang baik dan sebagainya.

Namun sejauh mana ‘segala puji bagi Allah SWT’ meresap ke dalam jiwa kita? Di kala kita mengungkapkan kata-kata tersebut, adakah kita memahami sebenarnya kata puji itu bermakna, SELURUH PUJIAN DAN  SELURUH APA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI BESERTA ISINYA ADALAH LAYAK DAN MILIK HANYA UNTUK ALLAH SWT.

Jika semuanya adalah milik Allah, maka apa lagi yang berhak menjadi milik manusia? Sedarilah bahawa kita MANUSIA TIDAK MEMILIKI APA-APA.

Nah! Di sini kita mampu mendidik diri kita dan juga sahabat-sahabat kita agar memuji diri dan mereka dengan kata-kata pujian yang mengingati Allah. Sekurang-kurangnya diri kita dan mereka tidak terlalu bangga sehingga riak, lupa diri, takabur, sombong, hebat, ego dan sebagainya apabila menerima sesuatu kejayaan daripada Allah.

Hayati iktidal kita setelah kita bangun dari rukuk dengan merasakan bahawa diri kita tidak punya apa-apa kerana segala-galanya adalah milik Allah SWT.

Allah mendengar akan orang yang memuji-Nya.
Ya Tuhan kami! Bagi-Mu segala puji.

***

Di masa kita biasa memuji seseorang kerana kehebatan mereka dengan kata-kata, “hebatnya kamu”, marilah kita tukarkannya kepada, “Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana memberikan kamu kehebatan”.

Ketika memuji kecantikan, “cantiknya kamu”, tukarkan kepada “Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana memberikan kamu cantik”.

Ketika memuji kejayaan, “tahniah kerana berjaya”, tukarkan kepada “Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana memberikan kamu kejayaan”.

Ketika memuji kepandaian, “pandainya kamu”, tukarkan kepada “Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana menjadikan kamu pandai”.

Ketika memuji kebaikan, “baiknya kamu”, tukarkan kepada “Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana memberikan kamu sifat kebaikan”.

Ketika memuji rakan yang telah berubah, “Alhamdulillah kamu telah berubah”, tukarkan kepada “Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana memberikan hidayah kepada kita”.

Beranikan diri untuk mengungkapkannya kepada sahabat kita ketika mereka menerima sesuatu daripada Allah SWT. Mengapa kita bimbang untuk mengatakan sedemikian? Sedangkan ia adalah hakikat yang perlu diterima oleh semua yang percaya bahawa TIDAK ada Tuhan melainkan Allah SWT.

VN:F [1.9.3_1094]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 4.0/5 (1 vote cast)
Memberi Pujian, 4.0 out of 5 based on 1 rating

Popularity: 1% [?]

Comments

2 Responses to “Memberi Pujian”

  1. nunwowro
    June 14th, 2009 @ 8:49 pm

    “kemudian Ia memberikannya bentuk (dengan perbandingan yang baik2), dan (Ia) meniupkan ke dalamnya ruh (ciptaan2)-Nya. Ia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan, dan hati..” – As-Sajdah:9
    Allah lah sumber segala sumber..
    Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana memberikan kamu sifat kemurahan berkongsi..

  2. ady
    June 15th, 2009 @ 2:41 pm

    Salam semua,

    Alhamdulillah.Terima kasih Allah kerana mengizinkan ilham Tuan Fuad menulis ilmu ini. Terima kasih Allah kerana Kau beri peluang kepadaku mengetahui ilmu ini.Aku sangat seronok.Izinkanlah aku mengamalkan dan menyebarkan ilmu ini.

    Ya Allah, Kau berilah kesihatan dan kesejahteraan kepada Tuan Fuad dan keluarganya.

Leave a Reply





  • Jadual Latihan Solat Khusyuk

  • Komunikasi

    Hanya mesej yang tiada kaitan dengan artikel. Jika ada kaitan, sila komen di artikel. Terima kasih.


    ShoutMix chat widget
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Maklumbalas Terkini

  • Artikel Terkini

  • Arkib

  • Popular Keyword

    bahagia banyak masalah berserah dekat dengan Allah didik anak cara islam fuad latip gelisah hidup bertuhan ilmu ingat Allah Jiwa Positif jiwa super kesedaran khusyuk solat komunikasi komunikasi dengan Allah kuasa jiwa law of atrraction lembutkan hati anak lembutkan hati isteri lembutkan hati suami masalah anak masalah besar masalah jiwa masalah rumahtangga masalah suami isteri minta izin motivasi Motivasi Diri motivasi kekal pasar ramadhan pasrah puasa ramadhan redha rela sedar solat solat khusyuk spritual suami ego super affiliate super minda super sedar teknik SEO
  • Profil

    Mohd Fuad Bin Haji Abdul Latip
    Fakulti Kejuruteraan Elektrik
    Universiti Teknologi MARA
    40450 Shah Alam
    Selangor
    fuadlatip[at]gmail.com


  • Blog Rating

    Average blog rating:

    4.7