Jiwa Positif & Hidup BerTuhan: Volume 1
7 June 2009 | 25 Komen |
Cetak Artikel
Telah terbit kompilasi artikel Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan
Klik sini untuk muat turun SECARA PERCUMA
Saudara,
Jiwa positif dan hidup BerTuhan Volume 1 merupakan ebook percuma untuk semua. saya mengumpul semua artikel di dalam laman web (blog) ini bermula Disember 2008 – 30 Mei 2009.
Bukanlah niat untuk bermegah dengan hasil ini, tetapi saya membuat kompilasi agar mudah untuk mana-mana ilmu yang manafaat bagi saudara untuk disimpan dan dirujuk. Saudara juga boleh membantu untuk menyebarkannya dengan niat agar orang lain menerima ilmu yang telah memberikan manafaat buat saudara (jika ada).
“Janganlah kamu berikan sesuatu ilmu itu jika ilmu itu belum lagi memberikan manafaat kepada diri kamu sendiri”
Mudah-mudahan dengan perkongsian ilmu ini, kita diberi rahmat oleh Allah dan segala amalan kita diredhai oleh Allah.
Popularity: 31% [?]
Tags: hidup bertuhan > Jiwa Positif > komunikasi dengan Allah
Comments
25 Responses to “Jiwa Positif & Hidup BerTuhan: Volume 1”
Leave a Reply




May 21st, 2009 @ 3:37 am
salam…
Masya Allah, terima kasih banyak En Fuad. saya mmg minat sangat dengan ilmu yg macam ni. Alhamdulillah, bila dah ada compilation ni akan memudahkan rujukan saya nanti.
semoga usaha murni En Fuad akan dirahmati Allah. Amin.
May 21st, 2009 @ 10:03 am
Salam,
Syabas!
Semoga usaha saudara mendapat keberkatan dari Allah.
JZKK
May 21st, 2009 @ 2:58 pm
Salam Tn Fuad,
Terima kasih kerana akan mengeluarkan kompilasi sebegini. Sebenarnya, sejak ‘ter’singgah di blog Tn buat pertama kali dulu, sehingga kini saya terus mengikuti blog Tn. Jujurnya, kini baru saya jelas bagaimana mencambahkan rasa sayang kepada Allah setelah membaca blog Tn. Masih belum berjaya sepenuhnya untuk berkomunikasi dengan Allah, tetapi akan terus mencuba dan mencuba. Hidup saya juga kini makin tenang, alhamdulillah
May 22nd, 2009 @ 1:37 am
Tuan Fuad
assalamu’alaikum.
Alhamdulillah, koleksi entri di JPHBT dalam bentuk eBook adalah sesuatu yang amat murni penghasilannya; yang mana berupaya disebarluaskan lagi capaiannya.
Sesungguhnya tulisan dan perkongsian ilmu Tuan melalui JPHBT sekurang-kurang telah berjaya membetulkan perspektif dan minda di kalangan segelintir pembaca /pengunjung Islam yang tergila-gila dengan buku-buku seumpama “Law of Attraction” dan “The Secret” – yang umpama api dalam sekam, dalam proses pemesongan akidah!
Yang pastinya pendekatan “NLP Islamic” Tuan itu akan dapat dikembangkan lagi agar ianya berupaya membantu dan dijadikan modul latihan, dalam proses pembangunan modal insan berkesan. InsyaAllah.
salam hjSab2
http://www.MDESJ.net
May 22nd, 2009 @ 2:35 am
Salam sdr Fuad,
Alhamdulillah, semenjak saya berkomunikasi dengan Allah saya rasakan hidup saya lebih lapang dan kurang stress. Sememangnya Allah Maha Pengasih & maha penyayang terhadap hambanya, namun hakikat ini selalu kita lupakan. Tetapi bila sentiasa berkomunikasi dengan Allah, ini membuatkan kita sentiasa ingat padaNya dan sentiasa terasa betapa pemurahnya Allah. Sememangnya sudah terlampau banyak senario dalam hidup saya yang menunjukkan Allah sebenarnya mendengar luahan dan doa hambaNya. Terima kasih Allah atas kemudahan & pertolongan yang Engkau berikan. Di bawah ini saya ceritakan salah satu senario yang pernah saya alami:
Pengalaman marah pada rakan sekerja:
Memang lumrah manusia, sememangnya ada yang suka mementingkan diri sendiri dan sanggup menindas orang lain demi untuk kepentingan diri. Kebetulan ada seorang manusia sebegini sama bekerja dengan saya. Kita panggil dia A. A suka sangat mengampu boss dan sanggup memburukkan rakan sekerja lain semata-mata untuk menunjukkan dia lagi bagus. Boss saya pun jenis yang suka mendengar semua cakap si tukang ampu ni. Habis nama saya dan rakan sekerja lain terjejas dan boss mula memandang serong pada kami. Sudahlah begitu kerja yang sepatutnya A buat dia tak mahu buat dan kadang-kala orang lain pula yang terpaksa buatkan kerja untuk dia. Walau apa yang dia buat, boss tetap buta dengan keadaan sebenar dan sentiasa memihak pada A. Pada suatu pagi, saya teramat sibuk dengan hal-hal lain, datang si A dan mengatakan saya harus siapkan satu bahagian kerjanya. Dia mengatakan itu bahagian saya (padahal itu kerja dia) dan saya harus bertanggungjawab untuk menyiapkan bahagian itu pada pagi itu juga. Dia juga menggunakan nama boss – “Boss yang suruh saya buat”. Mahu tidak mahu, dengan banyak lagi kerja2 lain yang belum beres, saya terpaksa juga menyiapkan apa yang disuruh. Walaupun begitu, dalam hati saya hanya Allah sahaja yang tahu betapa marah dan geramnya saya. Saya menyumpah seranah dia di dalam hati. Tetapi bila teringat balik pada Allah, saya mula mengadu & meluahkan perasaan marah yang meluap2 itu pada Allah… “ya Allah, geramnya aku ya Allah… Ada jugak manusia macam ni ya Allah… jahatnya dia ya Allah… busuknya hati dia ya Allah… teruknya dia ya Allah… geramnya aku pada dia ya Allah… …. Berikan kesabaran padaku ya Allah… ”. Selepas meluahkan pada Allah, Alhamdulillah rasa marah yang meluap-luap tadi serta-merta hilang. Buktinya apabila A datang kembali pada saya dan bertanya soalan lain, saya mampu tersenyum dan menjawab soalan dia dengan baik, seolah-olah tiada apa yang telah berlaku. Maha suci Allah, dialah yang telah mengangkat rasa marah & telah berikan rasa sabar pada saya. Terima kasih ya Allah…
Ini cuma satu kisah yang saya alami yang menunjukkan Allah sentiasa mendengar luahan hati hambanya. Sebenarnya ada banyak lagi kisah benar yang lain, mungkin di kesempatan lain saya akan menulis lagi. Terima kasih kerana sebarkan ilmu yang bermanfaat ini. Sama-samalah kita sentiasa berkomunikasi dengan Allah.. Terima kasih Allah..
May 22nd, 2009 @ 3:52 am
Bagus..satu keluaran kompilasi artikel yg berguna. saya pn xpernah baca kesemua artikal dalam ni, baca tiap2 kali dapat update feedburner je. Nanti boleh la baca secara offline je..
May 22nd, 2009 @ 5:41 am
Saya nak kebenaran tuan supaya mengopy artikel saudara berkenaan kusyuk dalam solat .saya memang menghadapi masalah untuk lebih kusyuk dalam solat. Tahniah dan terima kasih pada saudara dlm usaha mengkolpilasikan artikel saudara memang kami emerlukan satu usaha mendekatkan diri pada yang maha esa.
May 22nd, 2009 @ 8:16 am
Salam En Fuad,
Tahniah En Fuad krn mengeluarkan Ebook yg amat berguna ini.
Insya allah kita semua amalkan.
Dwan
May 22nd, 2009 @ 11:39 am
salam en fuad..tahniah kerana mengeluarkan e book yg sgt berguna ni..semenjak awal lagi saya telah mengikutinya,saya rasa byk membantu dlm peningkatan diri saya…berkomunikasi dgn allah,menyebabkan saya rasa lebih tenang…kalau dulu,jika kurang duit..al maklumlah..kita di masa2 gawat ni..saya slalu marah2…kdg2 saya rasa seolah2 tuhan tak hiraukan saya…rupa2nya…sbnrnya..kitala yg tak hiraukan tuhan…alhamdulillah..saya kurg stress dgn kerja…e book en fuad adalah ilmu yg tak ternilai…en fuad berinya percuma…semoga di akhirat nanti, tuhanlah membalasnya…betul kata en fuad…rezeki tak semestinya dlm bntuk harta benda dan wang ringgit..ia mungkin dtg dlm btk ketenangan, kasih sayang,kesihatan dll…
May 23rd, 2009 @ 2:32 pm
Salam Tn. Fuad,
Alhamdulillah & tahniah atas penerbitan e-book ini. Semoga lebih ramai yang mendapat manfaat dan merasai nikmat sebenar jiwa positif, hidup bertuhan.
Untuk jadual terkini kursus dan maklumat lanjut sila layari: http://www.soulpower-kuasajiwa.blogspot.com
May 26th, 2009 @ 2:50 am
Assalamualaikum,
Megharungi kehidupan masakini, sering kita terlupa siapa kita dan tujuan hidup kita.
Setinggi mana kejayaan kita, seperit mana kehidupan kita… harus kita ketahui semua tidak bermakna tanpa redha Allah.
Semoga usaha En Fuad ini memandu kita semua ke jalan di redhai Allah.
Ya Allah, restuilah jalan kami ini dalam mencari redhamu -Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa diatas segala sesuatu. Amin.
May 26th, 2009 @ 12:22 pm
Assalammualaikum..
Semuga saudara sentiasa dirahmati Allah swt. Terimakasih kepada saudara kerana dapat kongsikan ilmu yg amat bermanafaat ini. Terimakasih jua pd Allah swt kerana membukakan hati saya utk singgah diblog tarbawi ini semuga limpahan hidayahnya dapat dirasai oleh orang lain, insyAllah. Sememangnya blog ini penuh dgn sentuhan keimanan semuga kita semua sentiasa diberi peluang oleh Allah utk sentiasa berhubung dgn Nya setiap detik dan hiduan nafas kita, secara terus amin…
Ulangan yg dibuat amat berharga untuk kita semua semuga dapat menjadi rujukan kpd individu yg telah tertinggal ikuti nasihat yg terdahulu, terutama saya. Semuga ianya dapat diteruskan usaha yg murni itu…Tk ata segalaNya Semuga usaha saudara sentiasa Allah permudahkan oleh Allah swt. amin…
May 28th, 2009 @ 5:58 pm
Salam.
Terima kasih ALLAH. Allah memahami rasa hati , lebih mengetahui.
Saya selalu buka blog ini. Semasa syarahan di UITM segamat. saya membawa beberapa orang anak murid saya. Terima kasih ALLAh kerana kasih sayangMU mereka belajar berkomunikasi sepanjang masa dan mengajak kawan-kawan berkomunikasi dengan ALLAH. hari ini saya buka blog ini setelah seminggu tertangguh. Saya berhasrat untuk meminta izin Tn Fuad mencetak beberapa artikel dan memberikan kepada seorang pelajar saya. Bila saya berjumpa e-book ini, saya sungguh berterima kasih kepada ALLAH. Saya akan menunggu hingga 1 jun untuk download.
Terima kasih ALLAH.
Terima kasih Tn Fuad.
Ya ALLAH, kurniakanlah kekuatan,taufik dan hidayah kepada Fuad untuk melakukan dan meneruskan usaha-usaha murni ini. Agar kami bertambah dekat denganMU.
June 2nd, 2009 @ 4:43 pm
saya nak berceritakan tentang pengalaman saya masa bekerja..sebelum nie saya buat kerja tak pernah saya berdoa..saya sllu buat kerja hentam kromo n byk buat silap..and then sy sll was2 btl ke x sy buat kerja..tpi sy ada baca sebuah novel..doa utk kta mudah membuat kerja..saya amalkan doa 2..jiwa sy masa buat kerja tenang n walau saya lakukan keslpn (jrng dah buat silap)akan dpt perbetulkan dgn mudah
“YA ALLAH TIDAK ADA YANG MUDAH KECUALI ENGKAU JADIKAN YANG SUSAH ITU MUDAH”
sy sll amalkan ayat diatas dgn doa penerang hati n selawat syifa..
June 4th, 2009 @ 2:23 pm
Salam.. camne nak kata yer.. alhamdulillah.. kerana allah izinkan sy mengikuti kursus dr azhar.. slps di ajak wife en fuad sndr… syukur amat2.. dapat dilihat arus perubahan yg amat positive di dalam keluarga sy sendiri..dan teman2 yg mana.. kesemua mereka…ibu, adik2 dan suami sendiri.. dah attend course.. tapi alhamdulillah sgt2 kami dpt pelajari konsep bertuhan yg sebenar. selama ini 30 tahun hidup sy.. rasenye.. antara golongan yg amat rugi dan antara golongan ygmana solat yg sia2.. sbb tak faham apa sebenar makna konsep bertuhan.. dan konsep bersolat..kepada pembaca yg kebetulan melayari blog ini.. utk permulaan..bacalah e-book ini.. cubalah. jgn tak cuba.. insyaallah.. akan merasa.. perbezaan.. bile kite dah mula berkomunikasi.. dgn allah.. raselah keberadaan tuhan.. setiap masa.. cara nak achieve perasaan keberadaan tuhan.. ini.. first step ialah communication..insyaallah.. the next step.. akan dipermudahkan..
yg boleh saya share bersama.. cukup senang.. last year.. sy ada very big problem.. sy tak dpt selesaikan.. tetiba.. miracle trjadi.. selesai masalah besar sy ini.. tanpa sy buat apa2 yg out of ordinary.. alhamdulillah. masalah yg sama melanda seorang kenalan sy.. sehingga hari ini blum selesai.. byk sgt miracles dalam kehidupan sy.. suami.. selama ini kami tak pernah berjemaah bersama2.. berubah menjadi org yg tetiba terus ker masjid bile berkesempatan.. dan skarang sgt rajin mendalami ilmu kalam allah dan hadis2.. skarang alhamdulillah dpt sy rasakan mawaddah wa rahmah.. dalam rumah tangga kami.. adik2.. (dulu kami rajin bergaduh) maklumlah. mereka teenagers..suke rebellious.. skarang.. semua dah cool down.. takde moody2.. dan cakap bersopan santun.. ibu yg baru pulang dari haji early this year.. semakin merasakan ketenangan dlm hidup.. sahabat2 baik.. yg sy syorkan ke course.. semua menunjukkan perubahan yg sgt positif.. yg berniaga semakin bertambah rezki.. yg dulu berpakaian sexy dan ranggi.. sekarang sudah mula mengenakan pakaian muslimah spt jubah. atau yg lebih menutup aurat..etc.. yg bercita2 nak further study.. dah dpt offer phd.. dari oversea.. yg ada masalah nak lepas loan bank.. tetiba.. approve..adik2 yg tgh belajar.. alhamdulillah dpt keputusan deans list.. wlpun jurusan yg quite tough in artificial intelligence.. dan teman2 lain.. walau pelbagai masalah kehidupan.. atau dugaan yg mendatang.. insyaallah dpt diselesaikan dgn tenang.. dan yg paling best skali.. kereta sy yg rosak.. kena tukar transmission.. ribu2.. miracleously.. dgn izin allah.. tiba2 oklah plaks..
rahsianye.. hanyalah.. dgn bersandarkan kepada allah semata2 segala harapan.. dan curahan hati kita..allah pasti dgr dan insyaallah kite akan dipermudahkan.. segala bentuk urusan di dalam kehidupan kite..
Insyallah.. jika ada sedang membaca apa yg sy tulis di sini.. jalan sudah dibuka.. samada kite mau melaluinyer atau tidak.. bacalah e-book ini .. dan amalkan.. bersandarkan keyakinan kepada Allah yg maha kuasa.. tiada yg tak mungkin.. insyaallah..
Selamat Berkomunikasi..
June 8th, 2009 @ 6:35 pm
Alhamdulillah..
Terima kasih Sdr Fuad.. Allah sahaja yang mampu membalas keikhlasan dan perkongsian ilmu Sdr Fuad ni.. Semoga kami dapat memanfaatkan dan mengamalkan ilmu ini sepertimana Sdr Fuad juga.
June 9th, 2009 @ 6:14 pm
En Fuad,
Saya telah cuba mendownload dan verifikasi telah di hantar, namun tidak dapat e-book nya? boleh bantu?
Fuad Latip
Saudara Rafei,
Boleh daftar semula guna email yang sama. tq
June 12th, 2009 @ 7:50 am
Salam Fuad,
Terima Kasih. Allah SWT jua yang dapat membalas jasa Fuad.
September 4th, 2009 @ 10:39 am
Salaam
Saya baru download ebook tersebut tapi belum dapat baca lagi, Insya4JJl bila masa terluang akan diisi dengan ilmu darinya.
Jazaka4JJl khairan kathiro… semoga 4JJl melimpahkan rahmatNya kepada anda sekeluarga, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur kerana berkongsi ilmu yang sangat bermanfaat tanpa apa2 bayaran…
September 15th, 2009 @ 4:17 pm
Assalammualaikum
En Fuad,
Saya telah cuba mendownload dan verifikasi telah di hantar, namun tidak dapat e-book nya? boleh bantu?
November 12th, 2009 @ 11:50 pm
syukur alhamdulillah.. ebook ini byk membantu saya dan saya sudah lama tercari-cari ilmu seperti ini. semoga Allah akan sentiasa memberkati segala niat baik en Fuad.amin….
February 21st, 2010 @ 6:17 pm
Terjumpa blog ini dan terus subscribe. Esok kerja baru boleh check e-mail balas.
Salam buat tuan sekeluarga.
April 15th, 2010 @ 8:30 pm
salam…En.Fuad sy bminat utk mgikuti kursus kusyuk solat.bila nak d adakan lg..tlg mail kat saya jadual prog. ye…tq
April 16th, 2010 @ 12:33 am
Salam bahagia, terima kasih en fuad. zakat ilmu saudara dapat di kecapi oleh ramai orang, Alhamdulillah… Saya sudah habis rewiew ketiga2 ebook dan terus aplikasikan…kini sedang mendalami kembali ebook 1 dan seterusnya. Syukur sangat dapat ilmu ini, dapat dikongsikan dengan saudara dan jiran yang bermasalah. Alhamdulillah buakan saja masalah selesai tetapi semuanya lebih baik dan positif. Terima kasih sebanyaknya ya Allah, ya Nur yang memberi cahaya patunjukMu..
August 14th, 2010 @ 6:43 pm
Salam En Fuad, saya telah daftar tetapi belum lagi menerima e book. Pinta dapatkan penjelasan segera