Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kehambaan Diri dan KeTuhanan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Jangan Takut Pada Allah

23 June 2009 | 4 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Perkataan ‘Jangan’ di dalam tajuk artikel ini (Jangan takut pada Allah) merupakan satu perkataan yang negatif untuk ayat saranan atau nasihat. Sedaya upaya elakkan perkataan ‘jangan’ ketika memberi saranan. Namun saya gunakan juga kerana saya berasa ayat tersebut sesuai dengan perkataan jangan.
[Note: Saranan terbaik adalah, dekatlah pada Allah, cintai Allah dan sebagainya.]

Saudara,
Setiap hari jumaat, kita sering mendengar khutbah jumaat yang menyarankan agar kita ‘takut pada Allah’. Begitu juga di dalam ceramah-ceramah atau saranan-saranan yang selalu kita dengar. Setiap kali mendengarnya, saya berasa tidak senang kerana saranan itu menyuruh sesiapa yang hadir untuk takut pada Allah.

Saranan ‘takut pada Allah’ ini tidak ada bezanya dengan saranan ‘takut pada penjahat’, ‘takut pada hantu’, ‘takut pada binatang buas’ dan sebagainya.

Saranan takut pada Allah membuatkan kita lebih jauh daripada Allah. Sewajibnya kita lebih dekat dengan Allah. Menyayangi dan mencintai Allah SWT.

Walaupun banyak firman di dalam Al-Quran menyebut ‘Ittaqullah’, tetapi elakkan menterjemah ke dalam bahasa melayu sebagai ‘takutlah Allah’ atau ‘takutlah pada Allah’ ketika memberi saranan.

Apa yang sebenarnya perlu ditakuti?
Sebenarnya kita perlu ‘takut pada murka Allah’. Nyatakan ketika kita menyarankan kepada pendengar tidak kira semasa ceramah, syarahan, khutbah dan sebagainya dengan jelas, perkara yang perlu ditakuti adalah MURKA ALLAH SWT, bukan takut pada Allah.

Perkara yang paling saya takut adalah murka Allah.

Ketika saya beribadah, saya bimbang dan takut Allah murka dengan ibadah saya.

Ketika saya solat, saya bimbang dan takut Allah murka dengan solat saya.

Ketika saya berpuasa dan sedekah, saya bimbang dan takut Allah murka dengan puasa dan sedekah saya.

Ketika saya mempunyai banyak wang, saya bimbang dan takut Allah murka dengan wang yang saya miliki.

Ketika saya mencapai kejayaan, saya bimbang dan takut Allah murka dengan kejayaan saya.

Ketika saya memiliki kesenangan, saya bimbang dan takut Allah murka dengan kesenangan saya.

Ketika saya susah hati, saya bimbang dan takut Allah murka dengan susah hatinya saya.

Ketika saya sedih, saya bimbang dan takut Allah murka dengan kesedihan saya.

Ketika saya bercakap, saya bimbang dan takut Allah murka dengan percakapan saya.

Ketika saya menulis, saya bimbang dan takut Allah murka dengan penulisan saya.

Ketika saya membaca, saya bimbang dan takut Allah murka dengan apa yang saya baca.

Ketika saya melihat, saya bimbang dan takut Allah murka dengan apa yang saya lihat.

Ketika saya mendengar, saya bimbang dan takut Allah murka dengan apa yang saya dengar.

***

Janganlah takut pada Allah tetapi takutlah murka Allah. Komunikasi dengan Allah setiap saat untuk mengingati Allah agar kita sentiasa dekat dengan Allah.

[note]:
Takut pada Allah jauh beza maknanya dengan Takut pada murka Allah.
Takut pada Allah:
Membuatkan kita semakin jauh pada Allah
Takut pada murka Allah
: Membuatkan kita semakin dekat dengan Allah. Kita tidak mahu Allah murka dengan kita kerana jika Allah murka, kita bimbang dan takut Allah tidak kasih dan sayang pada kita.

Popularity: 6% [?]

Incoming search terms:

Facebook Comments

  • Bengkel JPHBT

  • Kemaskini di FB JPHBT

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Kasih sayang & cinta itu adalah 'gain'. Kita hanya memilikinya setelah kita memberinya. Sayangilah keluarga & sahabat kita, barulah mereka akan menyayangi kita.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Arkib

  • Popular Keyword