Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kehambaan Diri dan KeTuhanan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Dimanakah Jodoh?

24 June 2009 | 13 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Elakkan bertanya pada Allah, mengapa sesuatu itu tidak berlaku
tetapi tanyalah pada Allah apakah yang diperlukan untuk sesuatu itu berlaku.

Suatu petang ketika hujung minggu, saya bersama isteri dan anak saudara (cucu sulung daripada 30 orang cucu mak) berbual-bual di rumah saya tentang jodoh. Anak saudara, gadis berumur 26 tahun, masih bujang dan bekerja sebagai jurutera rangkaian dengan sebuah syarikat telekomunikasi besar di Malaysia.

Jodoh, tidak dapat dinafikan merupakan persoalan besar di dalam kehidupan hari ini sehingga ia sudah dianggap masalah hidup terhadap ramai individu. Ramai yang terus berdepan dengan ketentuan Ilahi yang masih belum menemukan ramai hambaNya yang masih belum bertemu dengan jodoh.

Saya dan isteri mempunyai ramai kawan yang masih belum bertemu dengan jodoh. Anak saudara saya juga berhadapan dengan persoalan ini.

Pada petang itu, beliau meminta pendapat daripada saya (pakcu) dan isteri saya (makcu) tentang mencari jodoh. Dengan kerja yang baik, kemahiran memasak tidak perlu dipertikaikan lagi (ditugaskan memasak jika datang ke rumah saya), rupa yang cantik, baik dengan semua mak dan bapa saudara dan beberapa ciri-ciri lain telah menjadi persoalan besar mengapa beliau belum bertemu dengan mana-mana lelaki.

Jawapan yang saya beri sudah pasti kembali kepada Allah SWT. Sudah pasti jawapan yang keluar daripada mulut saya tidak hanya teori semata-mata. Pasti ada ‘how to’.

Saudara/i yang masih bujang,
Sememangnya jodoh dan pertemuan di tangan Allah, hatta segala ketentuan dan perancanaan ditentukan oleh Allah SWT. Dalam soal bertemu jodoh, mencari jodoh dan yang berkaitan dengannya, kita seharusnya bertanya kepada Allah SWT.

Kebanyakan daripada mereka yang belum bertemu dengan jodoh, mereka sering bertanya pada Allah hanyalah sekadar “MENGAPA AKU BELUM BERTEMU DENGAN JODOH?“. Soalan “MENGAPA” sebenarnya satu soalan biadap terhadap Allah SWT. Kita seolah-olah mendesak Allah ingin mengetahui mengapa Allah melakukan perancangan “tidak menemukan kita jodoh” dan perancanaan ini diberikan kepada kita.

Di dalam Islamic NLP yang banyak membicarakan kefahaman kerohanian (spiritual)  berlandaskan agama islam tulen dan kaitannya dengan jiwa, fikiran dan kehidupan manusia telah MENGHARAMKAN soalan “MENGAPA” kepada mereka yang mempunyai masalah.

Soalan “MENGAPA” membawa erti kepada desakan untuk diberikan jawapan berbentuk sebab sesuatu itu tidak berlaku dan sudah pasti ia sesuatu yang “AMAT BIADAP” apabila kita bertanyakan Allah dengan soalan “MENGAPA”. Segala yang berlaku adalah kehendak Allah dengan perancanganNya.

Elakkan bertanya pada Allah, mengapa sesuatu itu tidak berlaku tetapi tanyalah pada Allah apakah yang diperlukan untuk sesuatu itu berlaku.

Bagaimanakah soalan yang terbaik?
Di dalam komunikasi dengan Allah untuk membicarakan hal jodoh, tanyalah Allah tuntutan-tuntuan atau jalan-jalan untuk memperolehi jodoh yang bukan sekadar memiliki jodoh tetapi memiliki jodoh yang terbaik di sisi Allah.

Tanyalah pada Allah jalan-jalan yang perlu dilakukan untuk ditemukan dengan jodoh pilihan Allah SWT. Mohonlah pada Allah memberikan gerakan rasa yang kuat untuk melakukan tuntutun-tuntutan ke arah memiliki jodoh yang terbaik.

Jalan-jalan dan tuntutan-tuntutan inilah yang perlu diketahui kerana pasti setiap apa yang kita inginkan, kita perlu melalui jalan-jalan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Samada jalan itu makin mendekatkan kita dengan apa yang kita inginkan atau semakin jauh ia bergantung kepada pilihan jalan yang kita pilih (pilihan qada’ Allah). Maka tanyalah Allah jalan yang terbaik agar kita semakin hari semakin dekat dan akhirnya memiliki sesuatu yang kita inginkan.

Sebagai contoh, mungkin Allah mengkehendaki kita menambahkan lagi sedekah yang biasa kita berikan. Mungkin juga sehingga Allah mengkehendaki kita menunaikan haji atau umrah.  Mungkin Allah belum menerima taubat kita. Mungkin Allah perlukan kita menambah ibadah lebih banyak. Mungkin kita mempunyai banyak keburukan yang pernah kita lakukan. Mungkin ada orang yang belum memaafkan kejahatan yang pernah kita lakukan. Mungkin kita perlu menukar penampilan kepada yang lebih sopan. Perlu membuang sikap-sikap buruk yang kita tidak sedari selama ini dan sebagainya.

Pelbagai kemungkinan yang tidak mampu saya senaraikan di sini. Daripada saudara memeningkan kepala memikirkan apakah kemungkinan-kemungkinannya, adalah lebih bik bertanya Allah untuk mengetahui jalan yang mana yang perlu kita lalui untuk memiliki jodoh yang terbaik. Apabila kita mengetahui jalan-jalannya dan tuntutun-tuntutan Allah, maka mudahlah kita untuk melaluinya, menyelesaikan masalah jika ada dan sebagainya.

Setiap manusia mempunyai ketentuan-ketentuan yang telah direncanakan oleh Allah. Sememangnya jalan-jalan dan ketentuan yang direncanakan oleh Allah tidak sama untuk setiap manusia. Seharusnya kita redha, pasrah dan berserah pada Allah tetapi ingat!!, redha, pasrah dan berserah bukanlah sesuatu yang pasif. Ia AKTIF. Komunikasi dengan Allah untuk mengetahui jalan-jalan yang perlu dilalui.

Jauhi tuduhan-tuduhan melulu kepada mana-mana individu dengan mengatakan mereka penyebab kita tidak memiliki jodoh. Jauhi prasangka buruk kepada sesiapa sahaja. Jauhi perkara-perkara yang memeningkan kepala untuk kita fikirkan tentang sebab musabab tidak bertemu jodoh ini.

Mulai saat ini, mohonlah pada Allah dengan penuh rendah diri untuk mengetahui jalan-jalan dan tuntutan-tuntutan yang Allah SWT telah tetapkan untuk kita di dalam hal memiliki jodoh.

“Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.

Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah, terbaik buat agamaku ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat ya Allah, maka aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMu ya Allah, pasti terbaik buat diriku ya Allah.

Namun ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba ya Allah, maka ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku ya Allah. Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manafaat, jauhilah aku dariapda perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku ya Allah.

Terima kasih Allah, terima kasih. Amin.

Saya mendoakan saudara bertemu dengan jodoh yang terbaik di sisi Allah. Amin

Popularity: 43% [?]

Incoming search terms:

Facebook Comments

  • Bengkel JPHBT

  • Kemaskini di FB JPHBT

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Kita ini insan yang hanya memiliki daya dan kekuatan yang dialirkan Allah kepada kita. Makanya tiada yang lain yang mampu kita lakukan melainkan berserah segala-galanya kepada Allah SWT.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Arkib

  • Popular Keyword