Islamic NLP for Parenting: Mengetahui Sikap Utama Anak
29 June 2009 | 2 Komen |
Cetak Artikel
Tidak dapat dinafikan, pendidikan anak-anak zaman teknologi pesat membangun ini merupakan satu hal yang amat mencabar. Ini kerana peluang anak-anak untuk mengakses dunia luar (yang banyak kesannya) tidak mampu dihalang lagi dengan adanya teknologi serba canggih yang memberi banyak pintu pengaksesan dunia luar.
Ibu bapa yang dilahirkan dan belajar di zaman teknologi yang tidak semaju hari ini menambahkan lagi cabaran di dalam membesarkan anak-anak yang lahir dan belajar pada zaman ini. Ibu bapa perlu aktif di dalam memiliki ilmu bagi mendidik anak-anak disamping tidak menyekat anak-anak berkembang dengan ilmu teknologi yang moden ini.
Di dalam pendidikan anak-anak, perkara yang terpenting yang perlu diberikan penekanan sudah pasti adalah pendidikan jiwa mereka. Nasihat Luqman Al-Hakim:
Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAQWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
Popularity: 5% [?]
Dimanakah Jodoh?
24 June 2009 | 7 Komen |
Cetak Artikel
Elakkan bertanya pada Allah, mengapa sesuatu itu tidak berlaku
tetapi tanyalah pada Allah apakah yang diperlukan untuk sesuatu itu berlaku.
Suatu petang ketika hujung minggu, saya bersama isteri dan anak saudara (cucu sulung daripada 30 orang cucu mak) berbual-bual di rumah saya tentang jodoh. Anak saudara, gadis berumur 26 tahun, masih bujang dan bekerja sebagai jurutera rangkaian dengan sebuah syarikat telekomunikasi besar di Malaysia.
Jodoh, tidak dapat dinafikan merupakan persoalan besar di dalam kehidupan hari ini sehingga ia sudah dianggap masalah hidup terhadap ramai individu. Ramai yang terus berdepan dengan ketentuan Ilahi yang masih belum menemukan ramai hambaNya yang masih belum bertemu dengan jodoh.
Saya dan isteri mempunyai ramai kawan yang masih belum bertemu dengan jodoh. Anak saudara saya juga berhadapan dengan persoalan ini.
Pada petang itu, beliau meminta pendapat daripada saya (pakcu) dan isteri saya (makcu) tentang mencari jodoh. Dengan kerja yang baik, kemahiran memasak tidak perlu dipertikaikan lagi (ditugaskan memasak jika datang ke rumah saya), rupa yang cantik, baik dengan semua mak dan bapa saudara dan beberapa ciri-ciri lain telah menjadi persoalan besar mengapa beliau belum bertemu dengan mana-mana lelaki.
Popularity: 5% [?]
Jangan Takut Pada Allah
23 June 2009 | 4 Komen |
Cetak Artikel
Perkataan ‘Jangan’ di dalam tajuk artikel ini (Jangan takut pada Allah) merupakan satu perkataan yang negatif untuk ayat saranan atau nasihat. Sedaya upaya elakkan perkataan ‘jangan’ ketika memberi saranan. Namun saya gunakan juga kerana saya berasa ayat tersebut sesuai dengan perkataan jangan.
[Note: Saranan terbaik adalah, dekatlah pada Allah, cintai Allah dan sebagainya.]
Saudara,
Setiap hari jumaat, kita sering mendengar khutbah jumaat yang menyarankan agar kita ‘takut pada Allah’. Begitu juga di dalam ceramah-ceramah atau saranan-saranan yang selalu kita dengar. Setiap kali mendengarnya, saya berasa tidak senang kerana saranan itu menyuruh sesiapa yang hadir untuk takut pada Allah.
Saranan ‘takut pada Allah’ ini tidak ada bezanya dengan saranan ‘takut pada penjahat’, ‘takut pada hantu’, ‘takut pada binatang buas’ dan sebagainya.
Saranan takut pada Allah membuatkan kita lebih jauh daripada Allah. Sewajibnya kita lebih dekat dengan Allah. Menyayangi dan mencintai Allah SWT.
Popularity: 2% [?]
PhD: Hari Pertama
22 June 2009 | 6 Komen |
Cetak Artikel
Sahaja aku mencari ilmu di dalam
perjalanan PhD kerana Allah SWT.
“Ya Allah, Tuhan yang Maha Menguasai seluruh Ilmu di langit dan di bumi dan di antaranya. Tuhan yang Maha Mengetahui Ilmu terdahulu, kini dan akan datang. Tuhan yang Maha Pemberi. Tuhan yang Maha Penentu.
Aku memohon kepadaMu ya Allah, berikan aku pengetahun ilmuMu yang maha luas itu. Aku memohon kepadaMu untuk mengetahui ilmuMu yang terdahulu, kini dan akan datang. Aku memohon ya Allah, agar diberikan segala kemudahan dan jalan-jalan mendapatkan ilmuMu ya Allah. Aku memohon kepadaMu agar diberikan penentuan yang baik-baik.
Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar aku diberikan ilmu yang dapat memberikan manafaat buat diriku ya Allah, manafaat buat keluargaku ya Allah. Manafaat buat mukminin dan mukminat ya Allah. Manafaat kepada seluruh alamMu ya Allah. Ya Allah, aku memohon agar aku diberikan ilmu yang tidak dimurkai olehMu ya Allah. Dan aku memohon agar aku diberikan ilmu yang tidak sesat ya Allah.
Ya Allah, kepadaMu lah Tuhan yang aku sembah dan kepadaMu lah Tuhan yang aku minta pertolongan. Sesungguhnya tiada selain Allah yang dapat membantu diriku di dalam mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Amin ya Allah. Terima kasih Allah. Terima kasih.
Doakan kejayaan saya di dalam mencari ilmu Allah. Terima kasih semua.
Popularity: 1% [?]
Memiliki Kesedaran Tertinggi #2
19 June 2009 | 2 Komen |
Cetak Artikel
Saudara perlu membaca artikel-artikel di bawah sebelum membaca artikel ini.
1.Kita tidak disarankan berusaha
2.Memiliki kesedaran tertinggi #1
Setiap apa yang saya tulis merupakan persoalan yang mungkin saudara juga fikirkan selama ini. Namun disebabkan kita dididik agar tidak menyuarakan persoalan yang dikatakan “mengarut” lalu kita hanya berdiam diri. Tetapi jauh dilubuk hati kita, ia masih tertanya-tanya.
Saya melihat masalah utama kita adalah memahami makna usaha, redha, pasrah dan berserah. Telah kukuh di fikiran kita bahawa yang dikatakan ‘usaha’ ini difahami sebagai gerakan yang kita lakukan dengan kuasa kita sendiri. Manakala redha, pasrah dan berserah adalah sesuatu yang pasif. Jika seseorang itu redha, pasrah dan berserah, orang itu dikatakan tidak melakukan apa-apa kerja atau usaha. Hanya diam dan tidak melakukan apa-apa.
Kesalahfahaman yang bertahun lamanya tertanam di fikiran kita membuatkan kita makin jauh dengan Allah SWT. Kita tidak menyedari secara tidak langsung kita menafikan hak muklak Allah ke atas diri kita. Kita tidak menyedari bahawa yang dikatakan ‘usaha’ itu adalah berkomunikasi (berdoa) dengan sabar dan bersolat. Yang lain itu adalah hak mutlak Allah.
Popularity: 1% [?]
Artikel Seterusnya »


