Wad 77 Hospital Columbia Asia
31 May 2009 | 10 Komen |
Cetak Artikel
Saya dan isteri berada di Wad 77, Hospital Columbia Asia Bandar Puteri Puchong kerana Nur Durrotun Nasihah telah di masukkan ke hospital di atas sebab jangkitan kuman di tekak dan paru-paru beliau. Beliau demam mulai isnin lepas lagi. (rujuk entri ini).
Semoga saudara semua dapat menyedekahkan Al-Fatihah dan memohon agar Allah memberikan yang terbaik buat kami sekeluarga.
Terima kasih Allah. Terima kasih semua.
[nota] Anak saya disihatkan Allah setelah 3 malam berada di hospital. Saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas doa-doa saudara semua. Yakinlah bahawa saudara semua diberikan Allah rahmat di atas doa-doa yang dilafazkan.
Durrotun Nasihah kembali seperti biasa, riang, aktif, banyak tanya itu ini dan saya sangat bersyukur kerana di usia umur 2 tahun 9 bulan, beliau selalu berzikir ‘laillah haillallah Muhammadur Rasulullah” ketika asyik bermain dan suka ucapkan “terima kasih Allah”.
Popularity: 3% [?]
Comments
10 Responses to “Wad 77 Hospital Columbia Asia”
Leave a Reply




May 31st, 2009 @ 3:31 pm
Kasihan Durrotun.
Semoga Allah sembuhkan Durrotan dan mempermudahkan segala urusan ibu dan ayah Durrotun sekeluarga. Amin.
June 1st, 2009 @ 8:15 am
Ya Allah yang maha pengasih lagi penyanyang engkau berikanlah kekuatan dan kesabaran kepada ibu dan ayah Nur Durrotun Nasihah atas ujian ini dan permudahkan urusan mereka serta sembuhkanlah sakit anaknya. AMIN
June 1st, 2009 @ 2:52 pm
Ya Allah, Engkau sembuhkanlah Nur Durrotun..tabahkan hati ibubapanya menghadapi dugaan ini.
June 1st, 2009 @ 3:47 pm
salam…semoga nur durrotun tabah dan ibu bapanya juga tabah hadapi
ujian ini…saya juga mengalami jangkitan tekak dan hampir2 membahayakan paru2…kerana demam sejak isnin lepas..alhamduliilah…baru sembuh jumaat lalu….semoga allah menyembuhkan sakitnya….amin
June 1st, 2009 @ 3:56 pm
salam…maaf,cuma rasa terpanggil utk berkongsi ilmu..encik fuad…cuba (kalau mahu..tak mahu..tidak mengapa)sediakan air masak/mineral yg sudah diselawatkan/bacaan yasin/ayat2 suci al quran…beri minum,sapu pada seluruh badan..bermula dari kepala…niatkan utk buang kepanasan badan..jauh dari bahang api neraka…lepas tu amalkan ayat2 kursi,3 qul…sapu dari kepala ke kaki…maaf,kalau tak berminat/tersinggung…saya cuma terpanggil berkongsi pengalaman..daripada demam dan jangkitan minggu lepas…saya tahu, encik fuad lebih maklum daripada saya mengenai penyembuhan
sakit melalui ayat2 suci al-quran..saya doakan puteri encik sembuh…insya-allah..
June 2nd, 2009 @ 9:44 am
Salam En Fuad,
Didoakan moga puteri En Fuad segera sembuh dari demam yg dialaminya. Sebagai ibu, saya juga tahu betapa sedih dan sayunya kita bila berhadapan dengan anak yg tengah sakit begini, kalau boleh biarlah kita yg menggantikan tempatnya. Kepada Allah sahaja kita berserah dan berdoa moga disembuhkan segera anak En Fuad. Sesungguhnya Allah Maha Penyembuh
June 2nd, 2009 @ 9:50 am
semoga berada dlm ingatan yg terpelihara kpd Allah..dikurangkan derita sakitnya..n disembuhkan dgn segera..innalillahiwainna ilaihi rajiun..
June 2nd, 2009 @ 10:58 pm
setiap penyakit adalah ujian keatas kita..maka pada NYA jugalah kita memohon agar disembuhkan moga2 saudara Fuad dan isteri tabah…
June 4th, 2009 @ 1:39 am
salam en fuad dan isteri….
bagaimana puteri encik?semoga diizinkan Allah akan sembuhnya…amin…
June 8th, 2009 @ 11:25 am
Salam,
Semoga Nur Durratun Nasihah lekas sembuh .
InsyaAllah.