Blog Ini Menggunakan Hosting 10GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kepentingan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Tuntutan Allah

19 May 2009 | 2 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

VN:F [1.9.3_1094]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 0.0/5 (0 votes cast)

Saya mempunyai beberapa sahabat yang belum mempunyai rezeki anak setelah berkahwin lebih daripada 5 tahun. Mereka sering bercerita dengan saya hal bagaimana usaha mereka untuk mendapatkan anak. Namun segala rezeki adalah di tangan Allah.

Saya menerangkan kepada mereka tentang tuntutan Allah terhadap hambaNya di dalam sesuatu perkara. Allah menuntut sesuatu perkara ke atas kita tidak sama untuk setiap perkara. Apakah maksudnya?

Saudara,

Sesetengah perkara, Allah menuntut sesuatu daripada kita untuk mendapatkan perkara yang kita inginkan. Seperti contoh, untuk mendapatkan anak, Allah menuntut sesuatu yang perlu kita lakukan untuk Allah  dan tuntutan itu mungkin lebih daripada orang lain lakukan. Begitu juga dengan rezeki.

Seseorang perlu bekerja keras kerana ingin mencari sesuap nasi tetapi untuk mendapat anak, orang tersebut tidak perlu bersusah payah seperti sahabat-sahabat saya tadi. Ini dapat dilihat di kalangan orang yang agak susah kehidupannya dari segi material tetapi mempunyai anak yang ramai.

Namun sahabat-sahabat saya pula tidak perlu bekerja keras untuk mencari sesuap nasi kerana mereka memang diberi oleh Allah jawatan yang baik dan menerima gaji yang lumayan setiap bulan.

Persoalannya, apakah Allah tetap tidak memberikan rezeki yang banyak pada orang yang kurang rezeki material dan juga tidak memberikan anak kepada sahabat-sahabat saya tadi?

Kita tidak mampu untuk mengetahui tuntutan Allah terhadap sesuatu perkara. Oleh itu kita perlu kembali kepada Allah. TANYALAH pada Allah apakah tuntutan yang perlu kita lakukan untuk mendapatkan sesuatu hajat kita. Bertanya pada Allah inilah yang jarang kita lakukan apabila kita buntu di dalam menyelesaikan masalah kehidupan kita. Kita sedaya upaya ke sana ke sini bertanya pakar untuk menyelesaikan masalah kita.

Tidak salah bertanya pakar namun biarlah dengan panduan yang diberikan oleh Allah. Untuk mendapatkan panduan tersebut, kita perlu TANYA Allah, berkomunikasi dengan Allah. Allah akan mengaturkan segala-galanya untuk kita, inshaAllah. Allah akan gerakkan hati kita untuk berjumpa dengan siapa, bagaimana cara menyelesaikan masalah yang kita ada dan sebagainya.

Disamping itu kita boleh berdoa sebegini (cth untuk yang berhajat untuk mendapatkan anak):

“Ya Allah seandainya memiliki anak itu adalah baik untuk diri aku, isteri/suamiku, saudara mara dan seluruh alam ini; seandainya memiliki anak itu membuatkan aku dan isteri/suami lebih taat, lebih dekat dengan diriMu ya Allah, maka ya Allah kau berikanlah anak yang sihat, sempurna kejadiannya dan anak yang soleh dan solehah. Kami memerlukan anak sebagai zuriat untuk mewarisi diri kami. Untuk menghiburkan kami sekeluarga ya Allah.

Ya Allah, tunjukkanlah jalan-jalan untuk kami memiliki anak ya Allah. Maafkanlah kami kerana sebelum ini kami berusaha tanpa meminta bantuanMu ya Allah. Kami membuat pilihan perubatan tanpa bertanya kepadaMu terlebih dahulu ya Allah.

Ya Allah, tunjukkanlah kami jalan yang terbaik untuk kami memiliki anak ya Allah. Tunjukkanlah kami tuntutan-tuntutanMu yang perlu kami lakukan untuk memiliki anak ya Allah.

Tetapi ya Allah, seandainya memiliki anak itu akan menyusahkan hidup kami, membuatkan keluarga kami bermasalah, membuatkan kami lebih jauh daripadaMu ya Allah, membuatkan kami lupa diriMu ya Allah, maka ya Allah hilangkan perasaan kami untuk memiliki anak ya Allah. Hiburkanlah kami dengan jalan-jalan yang terbaik di sisiMu ya Allah. Gantikannya dengan sesuatu yang dapat menghiburkan hati kami ya Allah. Terima kasih ya Allah, terima kasih.”

Jawapan yang Allah kasi adalah seperti jawapan yang saya jelaskan di dalam artikel Jawapan Allah (klik untuk baca). Aturan kerja Allah adalah halus. Aturan kerja Allah tidak mampu kita fikirkan. Maka kita serahkan kepada Allah dan PASTI, samada Allah memberikan kita anak atau tidak, yang pasti adalah Allah akan lapangkan jiwa/hati kita dengan bebanan yang kita pikul.

Disamping itu, Komunikasilah dengan Allah sentiasa kerana dengan banyak mengingati Allah dan berada dekat dengan Allah, Allah akan menuntun jalan kita agar melakukan pilihan di dalam hidup kita ini dengan pilihan yang terbaik di sisiNya. Semua yang terbaik di sisi Allah PASTI terbaik untuk kita.

Sedarilah dan rasailah dengan sebenar-benarnya kepentingan Allah SWT di dalam kehidupan kita.

VN:F [1.9.3_1094]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 0.0/5 (0 votes cast)

Popularity: 3% [?]

Comments

2 Responses to “Tuntutan Allah”

  1. june
    May 20th, 2009 @ 3:14 am

    Salam…sy sgt setuju dengan artikel ni dan sebelum2 ni..kita x boleh lari dari berkomunikasi dengan tuhan setiap waktu. Siapalah kita tanpa pertolonganNya, siapalah kita tanpa bantuanNya… Berdoalah, berkomunikasilah denganNya agar pilihan kita sama dengan pilihanNya…agar Dia sentiasa mendorong kita kepada perkara yang membawa kebaikan hidup di dunia dan di akhirat sana…Lahaulawalaquwataillah…

  2. diana
    August 19th, 2009 @ 12:06 pm

    salam , terima kasih allah kerana temukan saya dgn web ini dan artikel ini, saya memang memerlukan doa seperti ini memandangkan saya menunggu agak lama untuk mendapat zuriat, mungkin ada salah dan silap tetapi dengan adanya doa ini moga dapat membimbing saya supaya dapat berdoa dengan betul , terima kasih allah, terima kasih fuadlatip semoga dimurahkan rezeki..

Leave a Reply





  • Jadual Latihan Solat Khusyuk

  • Komunikasi

    Hanya mesej yang tiada kaitan dengan artikel. Jika ada kaitan, sila komen di artikel. Terima kasih.


    ShoutMix chat widget
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Maklumbalas Terkini

  • Artikel Terkini

  • Arkib

  • Popular Keyword

    bahagia banyak masalah berserah dekat dengan Allah didik anak cara islam fuad latip gelisah hidup bertuhan ilmu ingat Allah Jiwa Positif jiwa super kesedaran khusyuk solat komunikasi komunikasi dengan Allah kuasa jiwa law of atrraction lembutkan hati anak lembutkan hati isteri lembutkan hati suami masalah anak masalah besar masalah jiwa masalah rumahtangga masalah suami isteri minta izin motivasi Motivasi Diri motivasi kekal pasar ramadhan pasrah puasa ramadhan redha rela sedar solat solat khusyuk spritual suami ego super affiliate super minda super sedar teknik SEO
  • Profil

    Mohd Fuad Bin Haji Abdul Latip
    Fakulti Kejuruteraan Elektrik
    Universiti Teknologi MARA
    40450 Shah Alam
    Selangor
    fuadlatip[at]gmail.com


  • Blog Rating

    Average blog rating:

    4.7