Syarahan Intelektual Siri III
15 May 2009 | 9 Komen |
Cetak Artikel
InshaAllah, esok (sabtu 16 Mei 2009) saya akan memberikan Syarahan Intelektual Siri III di UiTM Johor bertajuk “Komunikasi dengan Allah: Jiwa Positif dan Hidup BerTuhan”.
Saya bukanlah orang yang arif dan tidak pernah mendapat pendidikan agama secara formal di universiti di dalam bidang agama.
Sekadar memperolehi ilmu secara tidak formal daripada ustaz-ustaz (di kampung dan di bandar), trainer serta mereka yang kita sangka orang biasa tetapi banyak ilmu agamanya. Oleh kerana amal itu yang penting, dan dilaksanakanĀ Alhamdulillah semua ilmu yang diperolehi dapat dirasai dan dijiwai.
Apa yang ingin saya kongsikan adalah kaedah yang dipelajari telah memberi manafaat kepada diri saya, keluarga dan sahabat-sahabat.
“Janganlah kamu menyampaikan ilmu jika ilmu tersebut tidak memberikan manafaat kepada diri kamu sendiri”.
Komunikasi dengan Allah merupakan satu asas untuk diri kita bukan sekadar merasai tetapi terus memiliki rasa cinta pada Allah. Cinta yang hakiki dan abadi yang mampu menggerakkan kita menjadi insan yang mempunyai jiwa yang positif di dalam kita hidup berTuhan iaitu kita bersaksi tidak ada tuhan melainkan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW adalah Rasul Allah.
Syarahan intelektual siri III ini BUKANLAH syarahan MOTIVASI tetapi ia adalah satu LATIHAN (training).
Adakah motivasi gagal? Tidak dan Ya.
Motivasi juga berjaya tetapi motivasi HANYA mampu mengubah mereka yang sudah berada di tahap yang tinggi untuk berubah. Mereka yang mempunyai minda bawah sedar yang telah kuat untuk mencapai sesuatu perubahan. Tetapi bagaimana dengan kita yang masih banyak fikiran negatif? Adakah kita mampu berubah dengan motivasi? Pastinya tidak mampu.
Kerana itu kita memperlukan LATIHAN di mana di dalamnya ada cara-cara atau kaedah yang efektif untuk dilakukan bagi memastikan semua antara kita, tidak kira berada di tahap mana mampu berubah. Samada kita merupakan orang sememangnya sangat jauh dengan Allah atau kita sentiasa berada dekat dengan Allah, kaedah atau cara yang efektif inshaAllah dapat membantu untuk kita kembali kepada fitrah diri kita.
Syarahan Intelektual Siri III adalah sebuah MINI LATIHAN. Di dalam masa 2 jam, peserta akan dilberi kefahaman di awalnya dan latihan di akhirnya untuk mendapatkan pengalaman yang sebenar.
Ia berdasarkan pengalaman diri saya sebagai orang biasa yang merasakan diri bebas terbelenggu dari tekanan kehidupan. Kerana itu saya sangat teruja untuk berkongsi dengan saudara semua di laman blog ini apa yang saya lalui dan dengan aturan Allah, syarahan intelektual siri III menjemput saya untuk berkongsi kaedah yang efektif untuk membolehkan diri kita sentiasa ingat Allah setiap saat, inshaAllah.
Semoga diri kita semua sentiasa dilindungi dan diberi rahmat kasih sayang oleh Allah.
Popularity: 2% [?]






