Blog Ini Menggunakan Hosting 10GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kepentingan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Pemantapan Jiwa #3: Pulang Dengan Kejiwaan

27 May 2009 | 8 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

VN:F [1.8.0_1031]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 2.0/5 (1 vote cast)

Pulang dengan kejiwaan merujuk kepada pulang ke rumah selepas bekerja atau pulang dari sesuatu tempat.

Saya sentiasa mengingatkan isteri saya agar apabila pulang ke rumah, pulanglah dengan penuh kejiwaan. Apakah makna penuh dengan kejiwaan?

Rumahku Syurgaku telah lama diperkenalkan. Namun ramai antara kita tidak merasakannya kerana pulangnya kita ke rumah tidak penuh dengan kejiwaan. Kepulangan kita cukup sekadar sebagai rutin harian yang perlu balik ke rumah setiap hari selepas selesai tugas-tugas di luar.

Saudara,
Marilah kita sama-sama memastikan diri kita benar-benar rindu pada mereka yang ada di rumah sebelum kita pulang ke rumah. Kita mengingati semula wajah orang-orang yang kita sayangi yang berada di rumah.

Berkomunikasilah dengan Allah agar untuk memohon rasa rindu dalam hati kita semasa pulang ke rumah. Jika masih tidak lagi terasa rindu, kita boleh melahirkannya dengan melihat gambar-gambar bersama anak dan isteri yang ada di dalam komputer untuk mengenang kembali saat-saat gembira bersama mereka.

“Ya Allah, Tuhan yang menggenggam segala rindu, Tuhan yang menggenggam segala cinta dan sayang, ya Allah, aku memohon rasa rindu pada isteri dan anakku yang berada di rumah agar hatiku gembira untuk pulang ke rumah ya Allah. Berikan aku rasa bersemangat untuk pulang ke rumah ya Allah.

Janganlah jadikan kepulangan aku ini hanya sekadar rutin harian untuk pulang, ya Allah. ya Allah, aku memohon keharmonian dalam keluargaku ya Allah. Kau kekalkanlah keharmonian ini sampai bila-bila ya Allah. Terima kasih Allah, terima kasih.”

Setiap hari saya akan pulang dengan penuh kejiwaan. Saya berasa tidak sabar berjumpa dengan anak dan isteri. Saya ingin peluk mereka setibanya saya di rumah. Saya tidak mahu pulangnya saya ke rumah hanya sekadar rutin harian yang perlu pulang ke rumah selepas tugas di luar selesai.

Di dalam perjalanan, fokus saya hanyalah ingin bergembira dengan anak dan isteri di rumah. Saya ‘off’ segala kerja di pejabat dan masalah yang ada dengan berkomunikasi dengan Allah. Saya ‘on’ perasaan rindu dan sangat teruja untuk berjumpa dengan anak dan isteri.

Salah satu perkara yang saya ingatkan isteri saya adalah WAJIB menyambut suami pulang dengan membuka pintu dan berikan senyuman. Wajib juga mengajak anak bersama-sama menyambut ayah pulang walaupun ia masih kecil. Biarlah suami berasa gembira apabila tiba di rumah dengan sambutan yang mententeramkan jiwa.

Saya memang melakukan sejak berkahwin lagi. Saya tunjukkan contoh pada isteri saya walaupun saya adalah suami tetapi saya tetap akan menyambut isteri dan anak pulang ke rumah, membuka pintu dan berikan senyuman. Bersalam, berpelukan dengan isteri dan anak. Bagi saya  syurga yang berada di rumah adalah bermula dari muka pintu lagi.

Jika ada perkara yang tidak puas hati sesama kami, kami akan luahkan sahaja pada Allah SWT. Tidak perlu luahkan kepada pasangan kerana sedikit sebanyak pasti hati pasangan akan terguris. Jika luahkan pada Allah SWT, pasti tiada hati yang terguris atau terasa.

Hanya Allah SWT mengetahui jalan yang terbaik untuk memperbetulkan hubungan antara saya isteri dan anak jika terdapat ketidakpuasan hati. Maka jalan terbaik serahkan 100% pada Allah dengan luahan.

Kelemahan yang ada pada setiap kami adalah ketentuan Allah. Nasihat Luqman Al-Hakim mengatakan terimalah kelemahan pasangan dengan sabar kerana ia adalah yang ditentukan oleh Allah. Setiap ketentuan Allah, pasti merupakan yang terbaik untuk kita.

Komunikasi berbentuk luahan akan membuatkan jiwa berasa lega dan sangat tenang.  Inilah jawapan yang pertama Allah berikan iaitu memperolehi ketenangan dan merasai ketidakpuasan terhadap pasangan cumalah perasaan ego diri masing-masing. Hubungan suami isteri dan anak menjadi sangat harmoni kerana segala-gala ketidakpuasan hati telah diserahkan kepada Allah SWT.

Keyakinan bahawa Allah SWT akan memberikan yang terbaik untuk kami sekeluarga telah dapat menjadikan Rumahku adalah Syurgaku (syurga dunia). Mudah-mudahan keharmonian tersebut terus bertambah saban hari sehingga ke hari tua kami.

Saudara,
Kisah saya di atas bukanlah menunjukkan saya ini orang yang bagus. Saya bukan orang yang banyak ilmu agamanya. Ilmu yang sedikit yang saya ada, saya amalkan. Apa yang saya rasa memberikan kebaikan kepada saya dan selagi tidak melanggar hukum agama, saya teruskan. Jika ia manafaat kepada saya, saya ceritakan. Mana tahu ia juga bermanafaat buat saudara.

Dengan ilmu agama yang sedikit, apalah yang saya mampu lakukan untuk membimbing anak dan isteri saya. Melainkan saya lakukan sesuatu yang mudah tetapi dapat memberikan kesan ke dalam jiwa anak dan isteri. Kesan ketenangan dan kesejahteraan yang diizinkan Allah.

Pulang dengan kejiwaan merupakan satu perkara yang mudah di mana ia dapat memberikan ketenangan kepada kami sekeluarga. Allah telah tunjukkan jalanNya setelah saya meminta kepadaNya bagaimana ingin gembira setiap kali pulang ke rumah.

Saudara,
Mulai hari ini, pulanglah ke rumah dengan penuh kejiwaan. Lakukanlah dan saudara pasti akan berasa satu perasaan yang cukup harmoni yang saudara tidak pernah rasakan hadir dalam hati saudara. InshaAllah segala keserabutan, keletihan dan segalanya akan hilang. Yang ada adalah ketenteraman, kebahagiaan dan ketenangan. Inilah anugerah Allah SWT yang sentiasa memberikan nikmat seawalnya apabila pulang ke rumah jika kita pulang ke rumah penuh dengan kejiwaan atas nama Allah.

Jika terdapat ketidakpuasan hati kepada pasangan atau juga ditempat kerja sebelum pulang ke rumah, mengadulah pada Allah SWT ketika di dalam perjalanan pulang ke rumah. Luahkan segala fikiran beta yang penuh dengan negatif kepada Allah SWT. Allah Maha Positif pasti akan mententeramkan jiwa kita lalu fikiran negatif pasti akan terhapus atas izin Allah.

Sekali lagi saya ajak saudara semua agar pulanglah ke rumah dengan penuh kejiwaan. Janganlah sekadar menjadikan pulang kerana hanya sekadar rutin harian yang mana kita memang perlu pulang ke rumah setiap hari.

Semoga kelurga saudara semua sentiasa tenang, harmoni dan bahagia serta sentiasa mendapat redha Allah SWT.

Note: Didiklah anak-anak juga agar pulang ke rumah dengan penuh kejiwaan.

p/s Setiap hari, sebelum pulang ke rumah, saya dan isteri akan berchatting sekejap untuk mengucapkan salam dan memesan agar pulang dengan berhati-hati. Kami sama-sama tahu pukul berapa kami akan pulang. Saudara lakukan dan lihatlah kesannya. Menarik!!!

VN:F [1.8.0_1031]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 2.0/5 (1 vote cast)
Pemantapan Jiwa #3: Pulang Dengan Kejiwaan2.051

Popularity: 1% [?]

Comments

8 Responses to “Pemantapan Jiwa #3: Pulang Dengan Kejiwaan”

  1. anis
    May 27th, 2009 @ 10:15 am

    Salam..syukur saya membaca artikel ini..Allah jualah yang menentukan segalanya. Terima kasih saudara..menitik air mata ni bila baca saudara dan isteri hanya mengadu pada Allah sekiranya tidak puashati dengan pasangan. Tapi bukan kah kita perlu berusaha untuk menjernihkan suasana antara pasangan..Allah akan balas atas usaha kita..betul ke?

    Saya selalu berzikir dan buat macam saudara bila saya menghadapi suasana yang saya tidak sukai..berkomunikasi dan mengadu pada Allah..sama ada dengan pasangan atau teman sekerja atau apa saja..tapi saya selalu berfikir…cukupkah dengan mengadu sahaja pada Allah?

    Contohnya bila suami dan anak-anak tak nak tolong saya bila saya sedang sibuk mengurus rumahtangga..saya mengadu pada Allah..Ya Allah sedihnya hati ku ini..aku sangat letih tapi tiada siapa mahu membantu..tiada sapa nak hulur tangan..dan saya menangis..saya tanya pada diri saya..kenapa saya tak nak cakap pada suami atau anak-anak (anak saya semua lelaki) untuk bantu saya..tapi saya tau mereka pun letih macam saya setelah seharian bekerja (saya pun kerja), bersekolah pagi dan petang..saya tak tau nak buat macam mana…saya teruskan berzikir dan mengadu pada Allah..saya sentiasa bersangka..inilah keadaan yang terbaik untuk saya dari sisiNya..betul ke apa yang saya fikir ni..

    Fuad Latip
    Terima kasih Allah, terima kasih puan Anis.

    Memendam perasaan sememangnya tidak baik. Biasanya saya berkomunikasi begini:

    “Ya Allah, geramnya aku pada isteri aku ni ya Allah. Aku dah kasitau tapi dia tak nak dengar lagi. Ya Allah, aku mohon kepadaMu agar Kau tenteramkanlah hatiku ya Allah. Kau buangkan perasaan geram aku ni ya Allah. Lagi pun bukan besar sangat salah dia tu ya Allah. Tapi rasa geram aku ni merungsingkan aku ya Allah. Kau buangkanlah rasa geram ni ye ya Allah. Jangan langsung ada dalam fikiran aku ni rasa geram ni ye ya Allah. Takut pulak nanti aku terpendam. Susah jadinya pula nanti ya Allah.
    Kemudian Engkau detikkanlah di hatinya supaya faham apa yang aku maksudkan ye ya Allah. Kalau apa yang aku suruh tu terbaik untuk dirinya, kau fahamkanlah dia ye ya Allah. Tapi kalau yang ada ini lebih baik, biarkan dia macam tu je ye ya Allah. Terima kasih Allah, terima kasih.”

    Saya terus akan berkomunikasi sambil buat kerja.

    Tapi bukan kah kita perlu berusaha untuk menjernihkan suasana antara pasangan..Allah akan balas atas usaha kita..betul ke?

    Ye betul. Bukankah ini merupakan satu pilihan? Jika terasa sangat nak bercakap dan luahkan pada pasangan, minta pada Allah. Bukankah kita perlu meminta pada Allah sebelum membuat pilihan?
    “Ya Allah, aku dah tak tahan lagi ni ya Allah. Aku kena lepaskan juga perasaan aku ni ya Allah. Tapi ya Allah, Kau jagalah diri aku ye ya Allah. Jangan sampai terlebih-lebih pula. Kau bukakanlah pintu hati mereka untuk dengar apa yang aku cakapkan ni ye ya Allah. Sesuai tak aku nak cakap waktu ni ya Allah. Kalau tak sesuai Kau buatlah sesuatu agar aku tak berjaya nak cakap ya Allah. Tapi kalau sesuai, Kau lindungilah kami semua daripada Syaitan dan Nafsu amarah ye ya Allah. Terima kasih Allah, terima kasih.

  2. FBI
    May 27th, 2009 @ 7:06 pm

    Salam. This is a very good advice Saudara Fuad. Hopefully it will benefit all the married people out there. From my point of view, they do need A LOT OF HELP!!! :D

  3. RANIA
    May 29th, 2009 @ 11:28 am

    salam…
    bagus jika dipraktikkan ketika menahan marah atau inginkan sesuatu daripada pasangan..sebab..bila kita berkomunikasi dgn allah…sekurang2nya..insya-allah ade jawapan sentiasa…kdg2,kita tak tau apa yg kita mahu dari pasangan kita..apakah mampu diberikannya atau tidak..mengguris hati ke tidak…wallahualam..jadi, lebih baik kita bertanya pada Allah Yang Maha Pakar akan segalanya…terima kasih encik Fuad..

  4. intan
    May 29th, 2009 @ 10:12 pm

    ..bestnya entry ni..rasanya tak pernah dengar dan sesuatu yg perlu kepada setiap pasangan hidup hari ini – betul tu FBI!! sebab saya masih tak faham kenapa ada pasangan boleh bercinta 5 tahun dan kawin baru 2 tahun dah nak bercerai…selain dari byk2 berSABAR ialah kaedah seperti ini..terima kasih Allah Ya Tawwab, berilah ilmu2 yg bermanfaat kepada En Fuad dan beliau akan berkongsi dgn kami yg sentiasa ingin dekat padaMu…amin..

  5. Nora
    May 31st, 2009 @ 10:30 am

    Salam..
    Terima kasih kerana berkongsi ilmu ini…saya sangat tersentuh…insyaAllah akan cuba praktikkan…mudah2an membawa lebih kebahagiaan buat kami sekeluarga…saya juga doakan agar anak saudara segera sembuh…tabahlah…ini semua ujian dariNya…tentu ada hikmah disebaliknya…insyaAllah.

  6. Mohamad Yazid Baharudin
    June 4th, 2009 @ 4:09 pm

    Assalamualaikum wbt.

    Rumah seperti sebuah MASJID. Ketika masuk rumah mulakanlah dengan kaki kanan dan ketika keluar rumah mulakanlah dengan kaki kiri. : )

  7. Mohd Fairuz
    June 5th, 2009 @ 5:37 pm

    salam en.fuad,
    entry yng menarik…insyaallah…sesuai untuk diamalkan oleh yang bakal mendirikan rumah tangga..terima kasih atas perkongsian ini..

  8. andha
    June 10th, 2009 @ 3:01 am

    assalamualikum

    baiti jannati,karna saya blum berumah tangga jai insyaalah akan saya amalkan nanti n skrg rumah orang tua dan kost saya anggap surga. makasih entry nya pak…….

Leave a Reply





  • Tambah Icon

  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Komunikasi

    Hanya mesej yang tiada kaitan dengan artikel. Jika ada kaitan, sila komen di artikel. Terima kasih.


    ShoutMix chat widget
  • Maklumbalas Terkini

  • Artikel Terkini

  • Arkib

  • Popular Keyword

    bahagia berserah didik anak cara islam fuad latip gelisah hidup bertuhan ilmu ingat Allah Jiwa Positif jiwa super kesedaran khusyuk solat komunikasi komunikasi dengan Allah kusyuk solat law of atrraction lembutkan hati anak lembutkan hati isteri lembutkan hati suami living at the present masalah anak masalah rumahtangga masalah suami isteri minta izin motivasi Motivasi Diri motivasi kekal pasar ramadhan pasrah pn ainon puasa ramadhan redha rela sedar sifoo pts solat solat khusyuk spritual super affiliate super minda super sedar teknik SEO travelog haji yoshiro nakamatsu
  • Profil

    Mohd Fuad Bin Haji Abdul Latip
    (Islamic NLP Practitioner)
    Pensyarah Kanan
    Fakulti Kejuruteraan Elektrik
    Universiti Teknologi MARA
    40450 Shah Alam
    Selangor
    fuadlatip[at]gmail.com


  • Blog Rating

    Average blog rating:

    4.5