Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kehambaan Diri dan KeTuhanan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Pemantapan Jiwa #2: Terima Kasih

20 May 2009 | 4 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

“Terima kasih” satu ucapan yang mempunyai jiwa yang tersendiri. Apabila kita memberi ucapan terima kasih kepada seseorang dengan penuh ikhlas, ia akan mewujudkan persekitaran yang cukup menyenangkan diri kita. Ia sebuah penghargaan. Ia sebuah tanda keikhlasan daripada penerima kepada pemberi. Ia melibatkan kasih sayang samada kasih seorang isteri dan suami, anak dan ibu bapa mahupun sesama sahabat.

Begitu juga apabila kita menerima ucapan terima kasih yang penuh ikhlas daripada seseorang. Kita terasa lapang dada dengan ucapan yang diberikan ke atas kita. Kita berasa segala apa yang kita telah lakukan dihargai. Kita cukup gembira ketika itu. Tambahan pula yang memberi ucapan itu adalah orang yang kita sayangi.

Namun ada lebih tinggi sebuah penghargaan dan keikhlasan di dalam ucapan terima kasih ini iaitu apabila diucapkan untuk yang Maha Pencipta, Maha Pemberi, Maha Segala-galanya. Kesyukuran kita kepada Allah yang disertai dengan ucapan terima kasih bersama dengan perasaan rendah diri sebagai hamba bukan sahaja sebuah penghargaan kepada Allah SWT. Tetapi ucapan tersebut juga memberikan kelapangan dan ketenangan dalam diri yang mengucapkannya. Allah SWT menjawab ucapan terima kasih kita tanpa kita sedari dengan memberikan jiwa/hati kita ketenangan dan kelapangan.

Saudara,
Seketika nanti, cubalah sebut dengan penuh rendah diri dan perlahan-lahan “ya Allah, Terima kasih ya Allah, terima kasih sebab…..(nyatakan sebab), terima kasih Allah, terima kasih”. Diam sejenak dan rasailah respon daripada Allah SWT di dalam jiwa kita. Sebut berulang kali sambil mengingati kenikmatan yang Allah telah berikan kepada kita. Sebutkannya berulang kali sehingga kita merasakan cukup ucapan terima kasih kita pada Allah.
[note] Untuk rasa rendah diri, sila lihat di sini iaitu latihan menundukkan ego.

Saudara,
Selalulah ucapkan “terima kasih Allah” dengan perlahan-lahan walaupun nikmat yang dimiliki itu kecil pada pandangan kita. Kita sering terlupa mengucapkan terima kasih Allah ketika kita masih lagi diberi peluang untuk merasai nikmat Allah.

Allah tidak meminta apa-apa daripada kita. Malah Allah memberi banyak lagi nikmat apabila kita mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT. Ucapkanlah terima kasih Allah ketika mandi, selepas buang air kecil/besar, ketika dapat berehat, ketika sampai ke destinasi, ketika bangun tidur, ketika apa sahaja kerana semua itu nikmat yang masih Allah berikan.

Ajarkanlah anak-anak kita agar sentiasa memberikan ucapan terima kasih kepada Allah SWT setiap kali mereka mendapat sesuatu. Biarlah mereka merasai kelapangan dan ketenangan hati setelah mereka memberikan ucapan terima kasih kepada Allah SWT.

Ketika bermain bersama anak , “Kakak, ucap terima kasih pada Allah. Terima kasih Allah. Allah baik kan. Allah kasi kita main. Seronok kan kita main.  Terima kasih Allah sebab kasi kakak main, sebab kasi ayah main sama. Terima kasih Allah, terima kasih”.

Inilah kata-kata yang selalu saya berikan kepada anak saya. Tidak kira dalam keadaan apa pun, ketika makan, mandi, hendak tidur, bangun tidur, menyusu botol, pakai baju, naik kereta, jalan-jalan dan sebagainya, pasti saya akan ingatkan anak saya untuk sentiasa ucapkan Terima Kasih pada Allah SWT. Biarlah ia jadi satu amalan sekeluarga yang penuh dengan kejiwaan ketika menyatakan ucapan terima kasih Allah SWT itu.

Semoga anak-anak kita bersama diri kita mempunyai jiwa yang mantap. Jiwa yang sentiasa ingat Allah SWT. Jiwa yang sentiasa berterima kasih pada Allah SWT. Ucapan terima kasih Allah adalah ucapan yang terbaik di dalam komunikasi dengan Allah SWT.

[note] Saya bersama anak dan isteri menonton rancangan Bersamamu di TV3. Saya berharap anak saya bersyukur dengan apa yang dimilikinya dan mempunyai perasaan simpati pada orang lain. Banyak ucapan “Terima kasih Allah” yang keluar dari mulut anak saya ketika menonton.

Alhamdulillah. Terima kasih Allah, terima kasih. Terima kasih sebab kasi kami gembira, terima kasih sebab berikan sifat mengasihani dan simpati dalam diri anakku ya Allah. Terima kasih Allah, terima kasih.

Popularity: 11% [?]

Incoming search terms:

Facebook Comments

  • Bengkel JPHBT

  • Kemaskini di FB JPHBT

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Ya Allah Kau kurniakan kepada kami pendamping yang terbaik, pernikahan yang berkah, rumahtangga yang sakinah, keturunan yang soleh dan solehah.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Arkib

  • Popular Keyword