Jawapan Allah
16 May 2009 | 22 Komen |
Cetak Artikel
Saya pernah memberitahu seorang kenalan berkenaan dengan komunikasi dengan Allah ketika membuat pilihan ketika ingin makan tengah hari. Saya kata, memilih lauk merupakan satu pilihan. Maka mintalah pada Allah sebelum kita memilih lauk apa yang baik untuk kita makan.
“Ya Allah, lauk mana yang sedap untuk aku makan ni ya Allah. Lauk ayam ni pun best jugak ni ya Allah. Hmmm..lauk ikan bakar ni pun ok. Mana yang best ni ya Allah. Tolonglah ya Allah. Pilihkan yang terbaik di sisiMu untuk diriku ya Allah. Terima kasih ya Allah”
Kenalan tersebut terus berkata kepada saya, “Huh! kalau Allah tak beri jawapan, tak makanlah kita“.
Disebabkan beliau merupakan kenalan baru, saya hanya tersenyum.
Saudara,
Apabila kita berkomunikasi dengan Allah ketahuilah bahawa jawapan daripada Allah bukanlah berupa kata-kata seperti halnya berbicara dengan sesama manusia. Jawapan Allah bukanlah berupa kata, suara ataupun tulisan.
Misalnya kita mengalami kesulitan kewangan. Jika kita memohon rezeki kepada Allah, TIDAK serta merta ada sejumlah wang di sebelah kita atau ada orang datang memberikan sejumlah wang atau muncul gambaran yang menyatakan di manakah terdapat harta atau wang.
Yang biasanya terjadi adalah beban di dada dan kekalutan di fikiran yang timbul akibat masalah kewangan tersebut diangkat terlebih dahulu oleh Allah. Allah menghilangkan rasa resah gelisah di hati.
Sesaat setelah kita selesai berdoa, kita tetap tidak memiliki wang tetapi hati kita terasa lapang. Beban masalah seolah-olah hilang begitu saja.
Dengan fikiran yang tenang dan lapang, ilham akan lebih mudah diterima. Hati yang lapang membuat wajah bersinar, menyenangkan orang yang memandang.
Seterusnya secara perlahan-lahan, bertahap dan pasti, rezeki datang dari arah yang tidak disangka-sangka. “Tangan-tangan” Allah bergerak sedemikian dan ia sangat halus sehingga ketika masalah tersebut telah dapat di atasi, kita sering lupa bahwa kita pernah berdoa kepada Allah untuk itu.
Jawapan ketika kita memilih makanan tadi bukanlah datang dalam bentuk suara ataupun tulisan. Allah akan memberikan kita rasa ingin sangat untuk makan lauk yang ada di dalam pilihan kita. Itulah ilham yang diberikan oleh Allah SWT sebagai respon ke atas komunikasi kita kepada Allah di dalam minta izinNya.
[note]: Saya menulis dari Naza Hotel Johor Bahru. Berehat bersama isteri dan anak setelah menyampaikan Syarahan Intelektual di UiTM Johor
Popularity: 6% [?]
Comments
22 Responses to “Jawapan Allah”
Leave a Reply




May 16th, 2009 @ 5:14 pm
Salaam saudara Fuad.
Selamat beristirehat bersama keluarga.
Saudara,
Saya ingin bertanya sedikit. Dalam proses berkomunikasi dengan Allah ni, saya sedang berusaha untuk mempraktikkannya dan Alhamdulillah, saya rasa ada peningkatan. Tapi masalah saya, komunikasi saya ini hanya berkesan apabila bersendirian. Apabila saya berada bersama orang lain, terkadang saya “terlupa” pula untuk “stay in contact” with Allah.
Macam mana tu?
Dalam situasi lain pulak, kadang-kadang saya sibuk berkomunikasi dengan Allah, orang bercakap/menegur saya pun saya tak perasan.
Mungkin cara saya ni ada salah kat mana-mana?
Fuad Latip:
Terima kasih Allah kerana ilmu yang sedikit ini mampu membuatkan saudara lain mengingati diriMu ya Allah.
Saudara Yukay,
1. Komunikasi dengan Allah jangan dipaksa. Jangan tertekan jika terlupa berkomunikasi dengan Allah. InshaAllah, lama kelamaan ia akan menjadi biasa.
Komunikasi dengan Allah adalah bertujuan untuk mengingati Allah. Saya yakin, saudara sudah banyak mengingati Allah hari ini di dalam setiap apa yang saudara lakukan berbanding sebelum ini. Inilah kesan berkomunikasi dengan Allah di mana kita sentiasa merasakan Allah itu sentiasa dekat dengan kita (hakikatnya Allah memang dekat) dan kita berasa seolah-olah Allah sentiasa melihat kita (hakikatnya memang Allah sentiasa melihat kita).
2. Apabila kita berkomunikasi dengan Allah, secara automatiknya kita akan khusyu’. Proses berfikir menjadi kurang di dalam keadaan yang tidak diperlukan berfikir. Maka kita akan lebih tenang. Jiwa yang dekat dengan Allah akan menguatkan jiwa.
Jalan Penyelesaian
Komunikasi untuk memohon daripada Allah agar mampu untuk sentiasa mengingati Allah. Mohon juga agar Allah sedarkan ketika kawan menegur.
“ya Allah, aku ingin mengingatiMu sepanjang masa ya Allah. Tetapi aku ini lemah ya Allah. Aku ini tak berdaya. Ingatkanlah diriku untuk mengingatiMu sepanjang masa ya Allah. Aku tenang jika aku ingat Engkau ya Allah. Tetapi ya Allah, kalau ada orang tegur aku ya Allah, sedarkanlah aku ya Allah. Aku bimbang jika dikatakan sombong ya Allah. Tetapi jika mengingatiMu ketika kawan menegur aku itu lebih baik di sisiMu ya Allah, maka teruskanlah aku mengingatiMu ya Allah. Terima kasih ya Allah. Terima kasih.”
May 16th, 2009 @ 6:12 pm
Sejak semalam lagi saya berjinak-jinak dan membaca dengan penuh minat isi kandungan blog saudara. Amat menarik dan semakin merangsang saya untuk terus membacanya.
May 16th, 2009 @ 10:36 pm
Semenjak membaca entri2 kat sini..KN rasa semakin terdapat peningkatan diri ini untuk sentiasa berkomunikasi dengan Allah SWT. Terima kasih Fuad..Semoga Allah mempermudahkan segala urusan hidup saudara.
Fuad Latip
Terima kasih Allah kerana memberikan kenikmatan berkomunikasi denganMu ya Allah.
KN, Alhamdulillah. Saya yakin peningkatan diri tersebut adalah kita lebih banyak mengingati Allah berbanding sebelum ini di dalam setiap perkara yang kita lakukan.
Kongsikan bersama sesiapa sahaja tentang komunikasi dengan Allah sebagai zakat ilmu. Mudah-mudahan mereka yang lain juga turut memperolehi peningkatan diri.
Terima kasih kerana mendoakan saya. Ameen.
May 17th, 2009 @ 6:56 am
Alhamdulillah,
Difahamkan program di UiTM Segamat mendapat sambutan yang baik…
Sudah 2x saya ‘terlepas’ peluang untuk ke sana di saat2 akhir – yang tentu sekali ada hikmah di sebaliknya!
Allah Maha Pengatur.
Salam. hjSab2
http://www.MDESJ.net
Fuad Latip
Terima kasih Allah kerana menjayakan program di UiTM Segamat tempoh hari.
Tuan Hj,
Kejayaan program kerana ramai orang di sana berkomunikasi dengan Allah.
InshaAllah suatu hari nanti pasti akan berpeluang. InshaAllah.
May 17th, 2009 @ 8:59 am
“Ya Allah, cepatnya engkau memperkenankan doaku”-nik nur madihah, ‘catatan hati nik nur madihah’..
masya’Allah..
seusia muda adik nik sudah biasa berkomunikasi dengan Allah..
seusia mudanya juga sdh mempunyai keyakinan yg kuat atas rahmat dan janji Allah..
terima kasih ya Allah..alhamdulillah..masih diberikan peluang berkomunikasi denganMu..walaupun di usia hujung begini..
alhamdulillah..terima kasih tuan..
“selamat hari guru”
May 17th, 2009 @ 9:22 am
Alhamdulillah.
Terima kasih saudara Fuad.
Semoga saudara Fuad sekeluarga dan kita semua, khususnya pembaca blog ini akan termasuk dalam golongan yang abrar. Amin.
May 17th, 2009 @ 1:17 pm
Salam saudara Fuad n isteri,
Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu, Syukur Allah menggerakkan hati untuk ke Segamat bersama keluarga walau jarak yang dilalui agak jauh. Moga ilmu yang diperolehi dapat di amal dan insyaallah dapat dikongsi bersama anak didik di sekolah, Alhamdulillah.
Fuad Latip
Kak Ma,
Terima kasih pada Allah kerana menggerakkan Kak Ma sekeluarga hadir. Terima kasih kepada Kak Ma dan keluarga kerana sudi mendengar. Jika ia bermanafaat kepada diri kita, sebarkanlah kepada yang lain. Jika tidak, cukuplah sekadar menjadikan ia sebagai ilmu dan pengalaman kepada kita.
Semoga Kak Ma dan keluarga mendapat kenikmatan merasai nikmat mencintai Allah dan seterusnya memiliki ketenangan yang sebenar.
Cinta Allah bukan hanya untuk para wali tetapi ia milik semua hamba Allah. Bukan ada syarat untuk memiliki rasa mencintai Allah. Hanya perlu memohon kepada Allah, inshaAllah Allah akan beri.
Namun kekadang Allah menuntut sesuatu daripada kita seperti perlunya ibadah yang banyak untuk memiliki rasa cinta pada Allah. Semua itu akan Allah pimpin dan gerakkan hati untuk melakukan ibadah yang banyak tadi kerana Allah tetap memberi apa yang dipohon oleh hambaNya.
Sentiasa ingat dan sebut nama Tuhanmu. Semoga berjumpa di lain masa. InshaAllah.
May 18th, 2009 @ 1:34 am
Assalamualaikum,
Sejak mengikuti blog Sdr Fuad, Alhamdulillah saya berusaha mengamalkan komunikasi dengan Allah sepertimana yg sdr terangkan. Saya turut berkongsi dengan suami dan teman2 setakat yg saya mampu. Subhanallah.. walaupun baru lebih kurang sebulan mengamalkannya, rasanya telah banyak pengalaman yang berkesan di hati saya dalam proses berkomunikasi dengan Allah, membuat saya lebih yakin dengan setiap langkah dan keputusan yg saya ambil.
Yang paling menyentuh hati ialah apabila kali pertama saya mempraktikkkan latihan menundukkan ego. Subhanallah.. saya tak dapat gambarkan betapa indahnya perasaan itu, melalui tulisan. Apa yang boleh saya katakan, saya sangat rindu untuk merasakannya selalu.
Cuma saya tidak dapat merasakan perasaan yg sama setiap kali saya mempraktikkannya. Perasaannya tak begitu mendalam berbanding kali pertama. Mungkin kerana kurang fokus, atau terlalu memaksa diri. Tapi saya tahu, ia memerlukan usaha berterusan. Mungkin Allah bagi saya rasa perasaan itu pada kali pertama, supaya saya terus berusaha untuk mendekatiNya (walau hakikatnya Allah memang sentiasa dekat).
Saya berdoa Allah bukakan hati lebih ramai pembaca mengikuti blog ini. Dan saya doakan Allah terus memberi ilham dan kekuatan utk sdr Fuad terus berkongsi dengan kami..
Teringin saya mengikuti syarahan Sdr Fuad. Ada ke buat di area Selangor/KL? Macamana saya nak tahu ya?
Fuad Latip
Terima kasih Allah kerana memberikan rasa nikmat cinta kepadaMu kepada Puan Sumie.
Puan,
Jika ada masa, inshaAllah boleh berjumpa saya di pejabat. Bawalah teman-teman. Kita boleh sembang-sembang. Saya suka bersembang dan berkongsi hal-hal ini. Boleh buat temujanji. InshaAllah minggu ini saya tidaklah sibuk sangat. Sibuk dengan meeting sahaja. Jika ada masa, inshaAllah boleh bertemu dan bersembang-sembang.
May 18th, 2009 @ 2:36 am
Salam ,
Alhamdulillah, Allah telah memilih kami untuk hadir ke syarahan di UITM.
Sesungguhnya syarahan tersebut memang membuka mata hati kami yang buta selama ini dan amat bermanfaat buat kami. Akan kami sebar2 kan ilmu ini .Setelah habis syarahan tersebut, kami berbincang-bincang sekeluarga untuk mempraktikkan ilmu komunikasi dgn Allah.
Semoga usaha saudara di redhai ALLAH SWT dan teruskan menulis di blog ini. Perkongsian di blog ini sgt bermanfaat, insyaALLAH.
JZKK
Fuad Latip
Terima kasih Allah kerana menggerakkan hati Saudara Johanne. Terima kasih kerana syarahan tersebut telah memberi manafaat kepada beliau. Terima kasih.
Saudara Johanne,
Terima kasih kerana sudi hadir. Alhamdulillah, mana-mana ilmu yang baik itu, jadikan amalan. Semoga saudara sekeluarga sentiasa berada di puncak cinta Allah dan memiliki ketenangan yang hakiki. Ameen.
May 18th, 2009 @ 3:35 am
Salam solidariti, saudara Fuadlatip.
Syukur hanya kepada Allah Rabb Al-Jalil, Maha Adil, Maha Penentu..
Akhirnya saya bersama keluarga diizinkan Tuhan mendengar sendiri secara live Sesi Perkongsian Ilmu saudara tempoh hari..penuh Manfaat..amat Signifikan..sangat Praktikal..
Mengingati Allah seringkali saya jumudkan hanya dalam Solat dan Doa’ shj, namun dengan kaedah ‘Modul Fuadlatip’ saya kini bertekad demi mengingati-Nya..setiap kali secara sedar dan siaga..juga saya amat tertarik dan mula bersetuju dengan Konsep Komunikasi dengan Tuhan-Istikharah..moga kita selalu dipimpin-Nya dalam setiap keputusan hidup..
Semoga Allah berkati saudara, dipanjangkan Umur, diluaskan Rezeki, diganjarkan dengan sebaik-baik Ganjaran yang layak dari-Nya..
Lookin’ Forward For More..Insya Allah.
(Presint 4, Putrajaya)
Fuad Latip
Terima kasih Allah kerana memberikan manafaat kepada puan yang mendengar.
Puan,
Teirma kasih kerana sudi hadir. Segala-galanya adalah kehendak Allah dan semuanya adalah ilmu yang datangnya dari Allah. Saya hanya sekadar medium perantara Allah dan puan di dalam menerima ilmu tersebut.
InshaAllah. Jiwa positif dan Hidup BerTuhan akan mula dirasai dengan sepenuhnya. Alhamdulillah.
May 18th, 2009 @ 3:52 am
Salam,
Saya juga berterimakasih kepada Allah kerana mengizinkan saya dan empat orang pelajar saya mengikuti syarahan En. Fuad.
Alhamdulillah. Moga kami dapat mempraktikkan dalam kehidupan
harian. Moga perasaan kasih, cinta, sayang dan rindu kepada Allah sentiasa mekar di hati kami dan mereka yang di sekeliling kami.
Cuma `part` akhir mengenai khusyuk dalam solat itu , nak minta
En. fuad ulas lagi. Mungkin dimasa akan datang.
terima kasih En Fuad atas semua perkongsian ilmu secara langsung dan semasa di alam blog ini. Terima kasih Allah kerana menemukan kami dengan En Fuad.
Fuad Latip
Terima kasih ya Allah. Terima kasih kerana mengaturkan semua ini terjadi ya Allah. Terima kasih.
Puan ‘Atikah,
Terima kasih kerana sudi hadir bersama 4 anak murid. Semoga ada manafaatnya dengan ilmu yang sedikit yang saya ada itu.
Tentang solat khusyuk ini, saya tidak sempat untuk jelaskannya dalam syarahan tersebut. Sebenarnya solat itu adalah komunikasi dengan Allah. Di dalam komunikasi itulah ada rasa ketuhanan dan kehambaan. Maka komunikasi sahaja selain membaca ayat-ayat yang diperlukan di dalam solat. Ketika rukuk dan sujud, banyakkan komunikasi dengan Allah. Cakap sahaja pa yang nak cakap. Tidak perlu diatur ayat untuk berkomunikasi. Apa sahaja yang terlintas, cakap sahaja pada Allah.
Lakukan juga latihan menundukkan ego. Masalah tidak khusyuk adalah kerana kita tidak tundukkan ego kita sebelum kita memohon pada Allah. Lalu permohonan kita tidak bersungguh.
Ingat dan sebut nama Allah selalu.
May 18th, 2009 @ 7:46 am
Walaupun akak tak dtakdirkan untuk berada d majlis itu..akak tumpang rasa nikmat berada dlm maljis ilmu ..
Komunikasi dgn Allah tak perlu ada streamyx..its WIRELESS
Fuad Latip
Terima kasih Allah. Terima kasih kak Noli.
May 18th, 2009 @ 3:22 pm
Salaam Tuan Fuad.
Tidak adakah rakaman syarahan intelektual tersebut yang boleh dikongsi bersama?
May 19th, 2009 @ 12:20 am
[...] dan Hidup BerTuhan Menyedari dan Merasai Kepentingan Allah SWT Di dalam Kehidupan « Jawapan Allah ↑ Grab this Headline AnimatorTuntutan [...]
May 21st, 2009 @ 3:20 am
Allah sangat dekat dan saya sangat percaya………….. setiap detik Allah melihat dan memberi bantuan…….
Selangkah kita bergerak kearahnya …. Allah menyambut dengan berlari……..
Komunikasi dengan Tuhan memberi ketenangan dan membantu melalui hidup ini walaupun penuh berliku. InsyaAllah setiap malam akan datang siang…. gelap akan timbul terang… itu janji Allah
July 2nd, 2009 @ 9:45 am
salaam
ya, hanya Dia yang paling memahami kita dan paling mengetahui sejarah dan masa depan kita; dan paling dekat dengan kita. Ya Rahman Ya Raheem
terima kasih
salaam
July 13th, 2009 @ 7:37 am
Aslkm wbt kepada tuan dan semua yang mengikuti blog ini….
Tumpang seronok mendengar / membaca komen dari semua saudara / sahabat di blo ini…
Sedikit coretan rasa “cemburu” kerana tidak dapat hadir ke majlis ILMU ALLAH itu…Juga rasa “rugi” kerana terlepas kelas “solat khusyuk” oleh ustaz..(maaf, lupa namanya…).
Demi ALLAH yang mengetahui dan memiliki setiap sesuatu…moga hasratku ini diperkenankan oleh MU ya ALLAH suatu hari ini. HambaMU ini inginkan “promotion” iman MU, ya ALLAH
Juga kepada semua saudara muslimin dan muslimat saya….Engkau perkenankanlah Ya ALLAH…
July 13th, 2009 @ 6:11 pm
Alhamdulilah & Terima kasih Allah kerana mengerakkan hati saya untuk melihat blog ini. Di kala saya tercari2 ilmu bagaimana untuk menjadi positif & redha menerima ketentuan Allah.
Terima Kasih saudara Fuad kerana menulis ilmu yang amat bermanfaat untuk dikongsi dgn semua orang. Ia amat bermakna bagi saya & akan saya praktikkan apa yang di ajar disini.
Semoga Allah memberi ganjaran kepada saudara sekeluarga.
July 31st, 2009 @ 8:32 am
Terima kasih Ya Allah, terima kasih tuan, terima kasih semua.
August 5th, 2009 @ 2:05 pm
Salam,
Terima kasih Allah kerana menemukan hamba-Mu yang lemah ini dgn blog saudara Fuad ini.
Terima kasih Allah kerana memberi peluang untuk hamba-hamba-Mu mencari ilmu, menambah ilmu dan membuka hati yang berilmu untuk berkongsi ilmu.
Terima kasih Allah!!!
November 11th, 2009 @ 3:29 pm
Assalamualaikum En. Fuad, bagaimana untuk memastikan ilham di dalam hati kita betul – betul datang dari Allah atau cuma fikiran kita yang menurut nafsu semata- mata? Contohnya seperti keadaan saya sekarang di mana saya sedang bekerja dalam bidang yang kurang diminati….jadi saya berkomunikasi dengan Allah tunjukkan apa yang terbaik untuk saya di masa akan datang kerana sudah semestinya apa yang dilakukan saya sekarang ini tidak ikhlas…jadi, datanglah ilham untuk saya menyambung pengajian dalam bidang yang diminati….masalahnya,adakah ilham itu benar2 dtg dari Allah S.W.T untuk jalan yg terbaik disisiNya?
December 23rd, 2009 @ 9:25 pm
sangat memberi kesedaran.
saudara nak tanya kan…bagaimana meningkat keyakinan diri dan tidak merasa lemah dengan kelebihan org lain??
Harap saudara dapat memberi pendapat dan kalau boleh ada doa untuk tingkatkan keyakinan diri???