Blog Ini Menggunakan Hosting 10GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kepentingan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Wad 77 Hospital Columbia Asia

31 May 2009 | 10 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

VN:F [1.8.0_1031]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 0.0/5 (0 votes cast)

Saya dan isteri berada di Wad 77, Hospital Columbia Asia Bandar Puteri Puchong kerana Nur Durrotun Nasihah telah di masukkan ke hospital di atas sebab jangkitan kuman di tekak  dan paru-paru beliau. Beliau demam mulai isnin lepas lagi. (rujuk entri ini).

Semoga saudara semua dapat menyedekahkan Al-Fatihah dan memohon agar Allah memberikan yang terbaik buat kami sekeluarga.

Terima kasih Allah. Terima kasih semua.

[nota] Anak saya disihatkan Allah setelah 3 malam berada di hospital. Saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas doa-doa saudara semua. Yakinlah bahawa saudara semua diberikan Allah rahmat di atas doa-doa yang dilafazkan.

Durrotun Nasihah kembali seperti biasa, riang, aktif, banyak tanya itu ini dan saya sangat bersyukur kerana di usia umur 2 tahun 9 bulan, beliau selalu berzikir ‘laillah haillallah Muhammadur Rasulullah”  ketika asyik bermain dan suka ucapkan “terima kasih Allah”.

VN:F [1.8.0_1031]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 0.0/5 (0 votes cast)

Popularity: 1% [?]

Pemantapan Jiwa #3: Pulang Dengan Kejiwaan

27 May 2009 | 8 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

VN:F [1.8.0_1031]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 2.0/5 (1 vote cast)

Pulang dengan kejiwaan merujuk kepada pulang ke rumah selepas bekerja atau pulang dari sesuatu tempat.

Saya sentiasa mengingatkan isteri saya agar apabila pulang ke rumah, pulanglah dengan penuh kejiwaan. Apakah makna penuh dengan kejiwaan?

Rumahku Syurgaku telah lama diperkenalkan. Namun ramai antara kita tidak merasakannya kerana pulangnya kita ke rumah tidak penuh dengan kejiwaan. Kepulangan kita cukup sekadar sebagai rutin harian yang perlu balik ke rumah setiap hari selepas selesai tugas-tugas di luar.

Baca Selanjutnya…

VN:F [1.8.0_1031]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 2.0/5 (1 vote cast)

Popularity: 1% [?]

3 Sebab Kekayaan

26 May 2009 | 6 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

VN:F [1.8.0_1031]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 5.0/5 (1 vote cast)

Kekayaan dunia merupakan impian setiap manusia. Jika ditanya pada saya samada mahukah kekayaan dunia atau tidak, dengan jujur saya mahukannya. Namun saya juga mahukan kekayaan akhirat. Jika perlu dipilih salah satu, pastinya kita mahukan kekayaan akhirat yang kekal selama-lamanya.

Kekayaan yang ingin saya bincangkan kali ini bukanlah sekadar kaya harta benda, tetapi segala kenikmatan yang Allah berikan kepada kita hari ini. Kita perlu tahu 3 jenis kekayaan atau kenikmatan yang Allah SWT berikan kepada kita agar kita tidak terleka.

Ujian yang paling hebat adalah ujian kekayaan dan kesenangan memiliki nikmat yang Allah SWT berikan. Di kala kita kaya dan senang kita sering lupakan Allah. Tetapi kita akan sangat dekat dengan Allah di kala kita susah, sakit dan mempunyai masalah.

Baca Selanjutnya…

VN:F [1.8.0_1031]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 5.0/5 (1 vote cast)

Popularity: 2% [?]

Kasih Sayang Seorang Ayah

25 May 2009 | 11 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

VN:F [1.8.0_1031]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 2.0/5 (2 votes cast)

Nur Durrotun Nasihah tidak ke sekolah (nursery) hari ini. Beliau demam. Kesihatan beliau telah menyebabkan saya (ayah) tidak dapat pergi ke UiTM Pulau Pinang hari ini atas urusan kerja. Saya seharusnya ada di UiTM Pulau Pinang pada 25 – 27 Mei ini untuk  memberi kursus kepada staff UiTM PP berkaitan dengan Outcomes Based Education (OBE). Kita merancang dan Allah juga merancang. Allah telah menetap dan mengatur segalanya.

Isteri pula agak sukar untuk mendapat cuti setelah bertukar kerja tahun lalu dari Universiti Multimedia, Cyberjaya ke MIMOS. Cara pengiraan cutinya berlainan sekali.

Sebenarnya saya perlu pergi ke UiTM bersama Timbalan Dekan Akademik. Saya bersyukur mempunyai seorang timbalan dekan yang memahami. Beliau juga sebenar salah seorang “Professor Akhirat” saya. Beliau banyak ilmu tentang Jiwa Positif dan Hidup berTuhan (JPHBT). Banyak juga artikel yang saya kongsikan di sini hasil perbincangan saya dengan beliau tentang JPHBT.

***

Kasih sayang seorang ayah. Saya menulis artikel ini kerana saya yakin pasti ramai ayah yang berada di luar sana sibuk dengan kerja. Alasan yang biasa diberi adalah “kerja yang dilakukan ini juga untuk keluarga”.

Baca Selanjutnya…

VN:F [1.8.0_1031]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 2.0/5 (2 votes cast)

Popularity: 2% [?]

Pemantapan Jiwa #2: Terima Kasih

20 May 2009 | 4 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

VN:F [1.8.0_1031]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 0.0/5 (0 votes cast)

“Terima kasih” satu ucapan yang mempunyai jiwa yang tersendiri. Apabila kita memberi ucapan terima kasih kepada seseorang dengan penuh ikhlas, ia akan mewujudkan persekitaran yang cukup menyenangkan diri kita. Ia sebuah penghargaan. Ia sebuah tanda keikhlasan daripada penerima kepada pemberi. Ia melibatkan kasih sayang samada kasih seorang isteri dan suami, anak dan ibu bapa mahupun sesama sahabat.

Begitu juga apabila kita menerima ucapan terima kasih yang penuh ikhlas daripada seseorang. Kita terasa lapang dada dengan ucapan yang diberikan ke atas kita. Kita berasa segala apa yang kita telah lakukan dihargai. Kita cukup gembira ketika itu. Tambahan pula yang memberi ucapan itu adalah orang yang kita sayangi.

Namun ada lebih tinggi sebuah penghargaan dan keikhlasan di dalam ucapan terima kasih ini iaitu apabila diucapkan untuk yang Maha Pencipta, Maha Pemberi, Maha Segala-galanya. Kesyukuran kita kepada Allah yang disertai dengan ucapan terima kasih bersama dengan perasaan rendah diri sebagai hamba bukan sahaja sebuah penghargaan kepada Allah SWT. Tetapi ucapan tersebut juga memberikan kelapangan dan ketenangan dalam diri yang mengucapkannya. Allah SWT menjawab ucapan terima kasih kita tanpa kita sedari dengan memberikan jiwa/hati kita ketenangan dan kelapangan.

Baca Selanjutnya…

VN:F [1.8.0_1031]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 0.0/5 (0 votes cast)

Popularity: 2% [?]

Artikel Seterusnya »
  • Tambah Icon

  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Komunikasi

    Hanya mesej yang tiada kaitan dengan artikel. Jika ada kaitan, sila komen di artikel. Terima kasih.


    ShoutMix chat widget
  • Maklumbalas Terkini

  • Artikel Terkini

  • Arkib

  • Popular Keyword

    bahagia berserah didik anak cara islam fuad latip gelisah hidup bertuhan ilmu ingat Allah Jiwa Positif jiwa super kesedaran khusyuk solat komunikasi komunikasi dengan Allah kusyuk solat law of atrraction lembutkan hati anak lembutkan hati isteri lembutkan hati suami living at the present masalah anak masalah rumahtangga masalah suami isteri minta izin motivasi Motivasi Diri motivasi kekal pasar ramadhan pasrah pn ainon puasa ramadhan redha rela sedar sifoo pts solat solat khusyuk spritual super affiliate super minda super sedar teknik SEO travelog haji yoshiro nakamatsu
  • Profil

    Mohd Fuad Bin Haji Abdul Latip
    (Islamic NLP Practitioner)
    Pensyarah Kanan
    Fakulti Kejuruteraan Elektrik
    Universiti Teknologi MARA
    40450 Shah Alam
    Selangor
    fuadlatip[at]gmail.com


  • Blog Rating

    Average blog rating:

    4.5