Blog Ini Menggunakan Hosting 10GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kepentingan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Khusyuk Solat #1

11 April 2009 | 8 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

VN:F [1.9.3_1094]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 5.0/5 (2 votes cast)

Solat merupakan ibadah yang penting kerana solat ini akan mempengaruhi tingkah laku seseorang mukmin. Solat juga menjadi ibadah utama yang akan dinilai oleh Allah SWT di Padang Masyar nanti.

Sebelum mengetahui bagaimana mencapai khusyuk dalam solat, seharusnya kita memahami

Apakah makna solat?
Mengapa Islam mementingkan solat?
Bagaimana solat mampu mengubah sikap atau perilaku seorang mukmin?
Apakah khusyuk?
Dan barulah kita akan membincangkan bagaimana mencapai tahap khusyuk.

Apakah solat?
Masalah kita di dalam khusyuk ini adalah kerana kita tidak pernah mengambil tahu apakah sebenarnya solat itu. Mengapa islam mengambil berat tentang solat? Adakah ia sekadar hanya kaedah untuk Allah menilai manusia samada baik atau tidak? Adakah ia hanya satu ujian untuk kita membuktikan yang kita ini taat pada perintah Allah?

Solat adalah satu ibadah yang mengandungi dua perkara iaitu ketuhanan dan kehambaan. Ibadah solat ini seharusnya memberikan perasaan ke dalam diri jiwa mukmin itu rasa ketuhanan Allah SWT dan rasa kehambaan diri manusia itu. Jika ini tidak dirasai, maka gagallah ibadah solat ini.

Solat juga merupakan satu meditasi teragung untuk umat manusia.  Meditasi atau taffakur adalah kaedah untuk memantapkan jiwa. Semasa meditasi kita sebenarnya merendahkan gelombang fikiran sehingga tahap seminimum mungkin. Ia bermakna kita mengurangkan proses berfikir. Ia bertujuan untuk memberi ketenangan kepada kita disamping memantapkan jiwa dan melemahkan nafsu.

Bagaimana mengurangkan proses berfikir dapat melemahkan nafsu?
Sesuai dengan sifat Nafsu, ia akan sentiasa mempengaruhi akal fikiran untuk melakukan kejahatan. Maka dengan cara merendahkan fikiran, nafsu gagal mempengaruhi fikiran.

Merendahkan fikiran atau mengurangkan proses berfikir berlaku ketika kita KHUSYUK. Apabila khusyuk di dalam solat, kita hanya memikirkan hanya Allah SWT. Kita hanya memikirkan dua perkara iaitu ketuhanan Allah SWT dan kehambaan kita kepada Allah SWT.

***
Segala tingkah laku kita ini dikawal oleh fikiran
(baca di sini). Dengan kata lain, jasad kita ini dikawal oleh fikiran. Sebab itu di dalam keadaan yang banyak berfikir, nafsu amat mudah mengawal fikiran sesuai dengan keinginan nafsu yang pelbagai.

Fikiran pula mempunyai kelemahan kerana semua informasi yang diterima oleh fikiran ini berlaku pemesongan (distortion) dan mungkin ada yang terpadam (deletion) akibat dari penapis luaran dan dalaman. Maka keupayaan kita untuk mengetahui Realiti Sebenar terbatas. (sila rujuk artikel realiti fikiran dan realiti sebenar)

Contohnya, jika saudara melihat makanan yang dihias cantik, saudara mungkin berasa ingin makan makanan tersebut. Tetapi sesudah merasa makanan tersebut, barulah saudara tahu makanan itu tidak sedap seperti yang disangka.

Lihatlah kelemahan fikiran pada peringkat awal tadi iaitu tidak mengetahui realiti sebenar makanan itu tidak sedap. Kelakukan kita memakan makanan tadi hanyalah kerana keinginan yang dilahirkan oleh nafsu lalu fikiran yang lemah menilai realiti sebenar hanya mengikuti sahaja.

Sebab itu kita perlu banyak ilmu di dalam hidup ini. Ilmu yang banyak akan dapat menilai baik buruk sesuatu keinginan yang dilahirkan oleh nafsu.

***
Nafsu pula sentiasa membawa manusia ke arah kejahatan. Tidak ada nafsu baik sebenarnya.

“Dan tiadalah Aku berani membersihkan diriku; Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang Yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(Yusuf: 53)

Tingkatan nafsu yang banyak diperkatakan adalah sebenarnya merujuk kepada keupayaan nafsu mempengaruhi fikiran. Bukan terdapatnya nafsu baik. Mereka yang mempunyai jiwa yang kuat dan rahmat oleh Allah adalah mereka yang terselamat daripada hasutan nafsu. Sekali lagi bukan kerana mereka mempunyai nafsu yang baik kerana nafsu ini bersifat jahat.

Sebagai contoh, nafsu amarah. Nafsu amarah adalah tingkatan nafsu ketika nafsu mampu mempengaruhi akal fikiran keseluruhannya. Jasad ini seolah-olah telah dikawal oleh fikiran yang telah dipengaruhi nafsu.

Begitu juga dengan tingkatan nafsu yang lain. Nafsu tetap jahat. Cuma sejauh mana ia dapat mempengaruhi fikiran itulah merupakan tingkatan nafsu yang selalu dibincangkan.

***
Apabila kita melakukan solat (taffakur) kita dapat mengurangkan fikiran dan secara langsung nafsu gagal mempengaruhi diri kita (jasad). Ingat, diri kita dikawal oleh fikiran. Apabila kita kurang berfikir, bermakna nafsu gagal mengarahkan jasad melakukan keburukan atau kejahatan.

Ringkasnya: Jasad di kawal oleh fikiran. Semasa solat fikiran kurang kerana kita hanya ingat Allah SWT (khusyuk). Nafsu hanya mempunyai sedikit fikiran yang boleh digunakan untuk mengawal jasad. Maka nafsu gagal untuk menyuruh manusia membuat kejahatan. Inilah dikenali sebagai nafsu yang telah dididik.

Sebenarnya nafsu yang dididik adalah nafsu yang telah lemah. Tapi ia masih jahat. Bukan nafsu yang dididik menjadi nafsu baik. Ia telah lemah sahaja.

Sebolehnya kita ingin membuang terus fikiran atau dengan nama lain mengosongkan fikiran dan secara langsung membuang terus nafsu. TETAPI mana mungkin kita dapat mengosongkan fikiran kerana  kita WAJIB mengingati Allah sepanjang masa.

Nafsu juga diperlukan kerana kita perlu ada keinginan untuk makan minum, melakukan sesuatu dan pelbagai lagi. Apa yang kita boleh lakukan adalah sekadar mengurangkan proses berfikir dan secara tak langsung nafsu akan menjadi lemah. Barulah keinginan kita boleh dikawal atau dengan nama lain kita mampu mengawal nafsu.

Apakah khusyuk dalam solat?
Bagaimana mencapai khusyuk dalam solat?
Bagaimana solat menguatkan jiwa?

Bersambung….

VN:F [1.9.3_1094]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 5.0/5 (2 votes cast)
Khusyuk Solat #1, 5.0 out of 5 based on 2 ratings

Popularity: 7% [?]

Comments

8 Responses to “Khusyuk Solat #1”

  1. nunwowro
    April 12th, 2009 @ 11:12 am

    alhamdulillah..terima kasih byk2..
    “maka Dia mengilhamkan kepadanya (jiwa) kejahatan dan ketaqwaan, sungguh beruntung org yg menyucikannya,sungguh rugi org yg mengotorinya” s.asy-syams:8-10
    sambungannya dinanti..

  2. Honeytar
    April 21st, 2009 @ 3:13 pm

    Satu entri yg memerlukan bacaan yg perlahan dan berulang2…

    Terima kasih sdr Fuad.

  3. Sumie
    April 27th, 2009 @ 4:07 am

    Alhamdulillah. Saya bersyukur Allah pertemukan saya dengan blog ni.
    Terima kasih sdr Fuad atas perkongsian yg sangat bermanfaat. Hanya Allah yg mampu membalas segala usaha saudara..

  4. Khusyuk Solat #2 | Jiwa Positif dan Hidup BerTuhan
    April 28th, 2009 @ 5:17 am

    [...] dan Hidup BerTuhan Mohd Fuad b. Hj. Abdul Latip @ Fuad Latip @ Manmoncang @ Poad « Khusyuk Solat #1 ↑ Grab this Headline AnimatorKhusyuk Solat [...]

  5. Abdullah
    May 1st, 2009 @ 10:02 am

    Alhamdulillah kerana Allah swt mengurniakan kita nikmat akal dan fikiran dan masih lagi mampu membaca artikal yang amat manfaat ini.
    Terima kasih saudara diatas perkongsian ilmu Allah swt ini.
    Minta izin untuk copy dan sebarkan kepada sahabat2 yang lain.
    Terima kasih.
    Semoga kita istiqomah didalam perjuangan kita menegakkan Agama Islam yang runtuh ini.
    Teruskan usaha saudara yang sangat bermanfaat ini.

    Solat,Amal,Hidup dan Mati kita hanya untuk Allah swt.
    Allahu Akhbar 3x….!!!!

  6. Mun
    July 17th, 2009 @ 10:48 am

    alhamdulillah..!
    trima kasih kerana kongsi ilmu yg sgt brmanfaat ni.
    teruskan sebar ilham saudara sebegini…

  7. Rashid
    September 26th, 2009 @ 9:25 pm

    Alhamdullillah,
    Solat khyusuk adalah cita-cita. Semoga usaha tuan dirahmati Allah. Saya amat meminati bidang ini. Semoga kita terus mencapainya.

  8. ABDUL JAMIL OSMAN
    January 7th, 2010 @ 12:47 pm

    Banyak buku motivasi yang telah saya baca dari penulisan Dr. Burhanuddin AL Helmi, Prof. Hamka, Dr. Mahathir,Dale Carnegie, Steven R. Corvey ,Anthony Robbins dan banyak lagi yang memenuhi almari,di ruang tamu, di bilik tidur inilah yang merupakan jawapan sebenar dalam memperkasakan minda dan jati diri umat Islam iaitu dengan merapatkan diri dengan Allah semua jawapan kehidupan akan terjawab untuk diamalkan sepanjang kita mengharungi kehidupan di atas dunia ini. Terima Kasih. Didoakan usaha saudara akan diberi ganjaran sebanyak-banyak DI DUNIA DAN AKHIRAT.Amin Ya Rabbal Alamin.

Leave a Reply





  • Jadual Latihan Solat Khusyuk

  • Komunikasi

    Hanya mesej yang tiada kaitan dengan artikel. Jika ada kaitan, sila komen di artikel. Terima kasih.


    ShoutMix chat widget
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Maklumbalas Terkini

  • Artikel Terkini

  • Arkib

  • Popular Keyword

    bahagia banyak masalah berserah dekat dengan Allah didik anak cara islam fuad latip gelisah hidup bertuhan ilmu ingat Allah Jiwa Positif jiwa super kesedaran khusyuk solat komunikasi komunikasi dengan Allah kuasa jiwa law of atrraction lembutkan hati anak lembutkan hati isteri lembutkan hati suami masalah anak masalah besar masalah jiwa masalah rumahtangga masalah suami isteri minta izin motivasi Motivasi Diri motivasi kekal pasar ramadhan pasrah puasa ramadhan redha rela sedar solat solat khusyuk spritual suami ego super affiliate super minda super sedar teknik SEO
  • Profil

    Mohd Fuad Bin Haji Abdul Latip
    Fakulti Kejuruteraan Elektrik
    Universiti Teknologi MARA
    40450 Shah Alam
    Selangor
    fuadlatip[at]gmail.com


  • Blog Rating

    Average blog rating:

    4.7