Blog Ini Menggunakan Hosting 10GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kepentingan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Puncak Cinta

24 March 2009 | 3 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

VN:F [1.9.3_1094]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 4.5/5 (2 votes cast)

Dahulu saya risau apabila diri menghadapi masalah. Tertekan dan gelisah. Kadang kala sehinggakan saya begitu jahil dengan menyalahi Allah dengan sesuatu masalah yang ditimpakan ke atas saya.

Disamping tertekan, kepala ini juga ligat mencari jalan penyelesaian. Namun selalunya cukup sukar untuk menemukan jalan penyelesaian kerana diri ini inginkan penyelesaian yang segera. Akhirnya kepala makin pening. Migrain. Perasaan marah mula timbul pada sesiapa pun.

Itu dahulu. Beberapa tahun yang dulu sebelum mengenali JIWA POSITIF dan HIDUP BERTUHAN yang sebenar.

Puncak Cinta
Apakah puncak cinta? Bagaimana kita mengetahui bahawa diri kita telah berada di puncak cinta?

Saudara,
Semasa kita bercinta dengan pasangan kita, kita bermula dengan kenal mengenali. Kemudian suka menyukai. Kemudian barulah timbul perasaan cinta secara perlahan-lahan. Hari demi hari. Puncak cinta berada ketika diri bukan sahaja tidak boleh melupakan pasangan walau sesaat pun, tetapi sehingga tahap sanggup berkorban apa sahaja. Rela menyerahkan jiwa dan raga.

Disebabkan oleh kita hidup berTuhan, maka untuk membenarkan penyerahan secara total kepada pasangan iaitu penyerahan jiwa dan raga, maka sudah pasti kita gembira dan bersetuju untuk hidup bersama sebagai pasangan suami isteri yang sah. Ketika ini kita berada di puncak cinta dan berterusan berada di puncak cinta. Kita sanggup menyerahkan segala-galanya kepada pasangan kita.

Harta kita adalah harta bersama. Suka dan duka adalah perasaan bersama. Cita-cita dan impian adalah misi dan visi bersama. Semuanya menjadi hak bersama. Suami sanggup berkorban apa sahaja demi isteri tercinta. Isteri juga sebegitu. Jiwa dan raga, zahir dan batin diserahkan kepada pasangan kerana diri sudah berada di puncak cinta.

Puncak Cinta Dengan Allah
Tetapi bagaimana pula puncak cinta kita dengan Allah? Adakah kita telah merasai puncak cinta dengan Allah setelah kita bersama Allah sejak dari rahim ibu lagi sehingga kini? Aduh! Sudah beberapa dekad kita hidup, tapi kita masih belum berada di puncak cinta dengan Allah.

Puncak cinta dengan Allah apabila kita yakin 100% dengan Allah. Kita menyerahkan 100% segala-galanya pada Allah. Segala-galanya kerana Allah. Kita sanggup berkorban demi untuk Allah.

Apakah kita sudah mencapai puncak cinta Allah? Bagaimana jika masalah datang kepada kita? Resah? Gelisah? Tertekan?

Diri kita lebih suka mengadu kepada pasangan dan kawan-kawan apabila mempunyai masalah. Seharusnya Allah adalah tempat pertama kita mengadu. Kita harus yakin bahawa setiap masalah itu datangnya daripada Allah dan HANYA ALLAH YANG MAMPU MENYELESAIKAN masalah kita. TIDAK ADA YANG LAIN.

Bagaimana jika tiba-tiba di pertengahan bulan, duit belanja di bank telah habis? Apatah lagi duit yang tinggal di dalam poket? Adakah kita akan jadi tidak keruan? Apakah kita sudah lupa bahawa segala apa yang ada di langit dan di bumi dan di antarnya adalah milik Allah? Apakah kita lupa sehinggakan tidak akan bergerak satu zarah pun tanpa izin Allah?

Komunikasilah dengan Allah memohon agar jiwa ini mendapat rasa CINTA kepada Allah. Komunikasilah pada Allah jika ada masalah yang menimpa. Dan percaya dan yakinlah bahawa Allah akan memberikan jalan penyelesaian kepada masalah kita tadi. Kita berserah pada Allah dan berusaha. Usaha itu juga adalah ilham dari Allah. Di situlah jalan penyelesaian yang Allah tunjukkan kepada kita.

“Ya Allah, Tuhan yang memiliki langit dan bumi dan di antaranya. Apa yang ada di langit dan di bumi dan di antaranya tunduk dan patuh pada diriMu sama ada suka atau terpaksa ya Allah. Hebatnya diriMu Allah. Aku hamba yang lemah. Hamba yang tidak mempunyai kekuatan. Hamba yang tidak tahu menyelesaikan masalah yang datang. Ya Allah, Engkaulah yang memberikan masalah kepada diriku. Hanya Engkau yang tahu jalan penyelesaiannya ya Allah. Ya Allah, aku kekeringan duit ya Allah.

Ilhamkanlah aku jalan bagaimana untuk aku mencari duit dan rezeki ya Allah. Tunjukilah aku kemahiran yang aku ada ini kepada jalan yang boleh aku gunakan untuk mencari rezeki ya Allah. Ya Allah, sesungguhnya tidak ada lain melainkan Engkau yang mampu memberikan rezeki kepada diriku dan keluargaku ya Allah.

Ya Allah yang memiliki segala rezeki dari dulu sehingga bila-bila. Hanya Engkau Tuhan yang mengatakan jadi dan sesuatu itu pasti terjadi.”

***
Komunikasi atau doa tidak semestinya formal. Luahkan segala-galanya apa yang difikir, dilihat, didengar dan dilakukan tidak kira di mana berada dan bila-bila masa.

Jika kita benci atau marah pada seseorang, kita komunikasi sahaja dengan Allah.

Contoh isteri terasa dengan suami:
Contoh 1:
“Ya Allah, aku terasa dengan suamiku ya Allah. Aku penat-penat masak tapi dia sikit pun tak nak puji aku ya Allah. Walaupun aku tau seharusnya aku tidak mengharapkan pujian tapi perasaan aku sekarang ini hendak sangat dipuji. Ilhamkanlah pada dia untuk memujiku ya Allah. Supaya sejuk hati aku ini ya Allah.”

Contoh 2:
“Ya Allah aku penat buat kerja tapi suami aku seronok tengok TV ya Allah. Dia tak kesiankan pada aku ke ya Allah. Ya Allah timbulkanlah semangat dalam diri suamiku untuk menolong aku ya Allah. Aku pun penat juga. Aku pun nak tengok TV juga. Tapi dia tak nak tolong aku kemas rumah ni ya Allah.”

Contoh suami terasa dengan isteri:
Contoh 1:
“Ya Allah, aku penat balik kerja ni, dia tak nak langsung sambut aku ya Allah. Aku tau dia juga penat balik kerja, tapi aku perlu disambut ya Allah. Aku nak isteri aku ni gembirakan aku ya Allah.’

Contoh 2:
“Ya Allah, aku tegur isteri aku ni, tapi dia tak nak dengar ya Allah. Dia lawan lagi cakap aku ya Allah. Ya Allah geramnya aku ya Allah. Geramnya aku. Ya Allah sabarkanlah hati aku ni ya Allah. Sejukkanlah hati aku ni ya Allah. Walaupun dia tak nak dengar sekarang, Kau masukkanlah apa yang aku tegurkan itu ke dalam hati dia ya Allah. Moga-moga suatu masa nanti dia sedar ya Allah.”

Saudara boleh cakap apa sahaja dengan Allah walaupun perkara negatif. Rujuk artikel di sini. Allah itu MAHA POSITIF. Apabila kita mengadu dan bercakap perkara-perkara negatif, Allah akan mencampakkan positif ke dalam hati kita. Kerana itu jika kita mengadu pada Allah ketika marah, inshaAllah dengan cepatnya marah kita akan reda dan hilang.

Jika kita berada di puncak CINTA dengan Allah, pasti selepas kita mengadu pada Allah, kita tidak akan memikirkan lagi perkara tersebut. Kita yakin bahawa Allah akan membantu kita. Di sinilah konsep penyerahan secara total (Total Surrender).

Komunikasi yang paling mudah adalah TUKARKAN ‘MIND CHAT” KITA KEPADA KOMUNIKASI DENGAN ALLAH. Setiap saat kita akan mind chat ketika berada di beta. Maka daripada kita bercakap dengan diri sendiri, bukankan lebih baik kita berkomunikasi apa yang difikirkan dengan Allah?

VN:F [1.9.3_1094]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 4.5/5 (2 votes cast)
Puncak Cinta, 4.5 out of 5 based on 2 ratings

Popularity: 7% [?]

Comments

3 Responses to “Puncak Cinta”

  1. ady
    March 25th, 2009 @ 12:54 am

    Salam Sdra Fuad,

    Secara kebetulan, ketika saya membaca entri kali ini, kedengaran bersama lagu nasyid daripada Nazrey Raihan, ‘PadaMu harapanku subur kembali”.Aduh syahdunya….terasa betapa baiknya Allah kepada kita.Betapa menggunung pun dosa-dosa kita,tetapi rahmatNya melangit luas.Ya..jika kita kerap berkomunikasi dengan Allah insyaallah hati kita akan sentiasa tenang,hidup kita akan diatur Allah.Sehebat manapun ujian dan masalah menimpa, insyaalah akan terbentang jalan penyelesaian dan ita akan nampak betapa cantiknya aturan Allah,betapa baiknya Allah kepada kita,manusia yang serba lemah ini.

    Begini lirik lagu tersebut.

    Wahai tuhanku yang esa
    Bila kenangkan QaharMu
    rasa gerun di hatiku
    kerana takutkan seksaMu
    Hambamu rasa, berputus asa
    siapakah dapat bersihkan diri
    dari segala dosa yang memburu
    setiap hari setiap ketika

    Tika mengenang GhafarMu
    putus asa tiada lagi
    semangatku pulih semula
    harapanku subur kembali
    ujian menimpa menekan di jiwa
    tak sanggup meneruskan perjuanganku
    MehnahMu itu menghapus dosaku
    mengganti hukumanMu di akhirat

    Bila kenangkan QaharMu
    rasa gerun di hatiku
    kerana takutkan seksaMu
    Hambamu rasa, berputus asa
    siapakah dapat bersihkan diri
    dari segala dosa yang memburu
    setiap hari setiap ketika

    Diwaktu mengenang rahmatMu
    terasa diri kurang bersyukur
    padaMu harus ku memohon
    moga syukurku bertambah
    alangkah sukarnya mendidik nafsuku
    yang tidak melihat kebenaranMu

    Ya Allah Tuhanku bantulah hambamu
    dalam mendidik jiwaku ini

  2. afislaughter
    March 25th, 2009 @ 8:12 am

    Sy sungguh kagum dgn entri ini..Sememangnyer kita xlari dr memohon pertolongan dari Allah.Sebagai seorang plajar..sememangnyer kita ingin utk berjaya dlm hidup…tetapi dugaan dan cabaran yg menimpa,kadang2 membuatkan kita mudah menyerah kalah.
    Diharap penulis dpt memberi tips2 utk berjaya dlm hidup berkonsepkan tuhan..

  3. Honeytar
    March 25th, 2009 @ 9:05 am

    Sdr Fuad,

    Ingin saya berkongsi cerita semasa saya masih seorang pelajar di UK dulu. Masa tu saya dah takde biasiswa, memang kena kerja kalau nak sambung belajar atau balik Msia tanpa membawa kelulusan apa2 pon. Saya nekad mahu habiskan belajar setelah beristikharah pada Allah.

    Masa tu thn 1990 & UK was badly hit by Gulf War. Memang susah sgt nak dpt kerja dimana2 pon. Habis satu Oxford St tu dari hujung ke hujung jalan saya masuk kedai carik kerja. Memang tak da opening kerja langsung.

    Ada kawan saya, sepasang suami isteri , galakkan saya ‘work fr home’ buat kerja menjahit baju. Kilang akan hantar & ambil hasil kerja kita tiap2 hari. Kitia tunggu je kat rumah. Kita cuma kena beli industrial sewing machine (yg laju gila, bukan mcm mesin jahit portable tu).

    Ya Rabbi, saya tak pernah pegang mesin jahit pon kat Msia, tak pernah jahit sehelai baju kecuali seekor soft toy, yg main2 jahit tangan. Memang tak pernah ambil DS (Domestic Science) di sekolah. Memang tak pernah belajar menjahit.

    Namun gerak hati saya kuat mengatakan “I should give it a try”. Lalu saya invest GBP250 membeli mesin jahit industri tersebut (dgn baki simpanan yg hanya tinggal beberapa GBP).

    Maka pakcik kilang pon bagi sehelai baju contoh yg nak dijahit & bagi saya percubaan 30helai (yg sudah dipotong) utk dijahit. Saya terpaksa belek & belek baju tersebut & figure out how to stitch them together.

    Memang benar, masaalah itu Allah yg bagi, Dia jugalah yg menyelesaikannya. Entnah macam mana, Allah bagi saya kepandaian utk faham bagaimana baju itu dicantum. Part mana yg disambung dulu, part mana dijahit kemudian. Dgn kata lain, Dia beri saya anugerah membuat kerja2 tangan dgn mudah. Saya tiada masalah menyiapkan baju2 yg diberi. Tak kira pattern apa pon, Alhamdulillah saya boleh hasilkan kerja yg sangat kemas. Pernah baju yg saya jahit dijual di Marks & Spencer!

    Pendapatan yg saya dpt sama jumlah jika saya keluar kerja dikedai luar. Saya buat kerja ni dekat setahun juga sambil tu pergi kelas dalam 3x seminggu. Kerja full-time & study part-time.

    Yes, macam fairytale, it is a happy ending. Dapat juga habis belajar. :)

    Moral of the story, sentiasa bercerita pada Allah setiap apa yg kita lalui (susah atau senang) & bermohonlah pada Allah apakah jalan yg terbaik utk kita ambil.

    Sorry terpanjang pulak komen kali ini.

Leave a Reply





  • Jadual Latihan Solat Khusyuk

  • Komunikasi

    Hanya mesej yang tiada kaitan dengan artikel. Jika ada kaitan, sila komen di artikel. Terima kasih.


    ShoutMix chat widget
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Maklumbalas Terkini

  • Artikel Terkini

  • Arkib

  • Popular Keyword

    bahagia banyak masalah berserah dekat dengan Allah didik anak cara islam fuad latip gelisah hidup bertuhan ilmu ingat Allah Jiwa Positif jiwa super kesedaran khusyuk solat komunikasi komunikasi dengan Allah kuasa jiwa law of atrraction lembutkan hati anak lembutkan hati isteri lembutkan hati suami masalah anak masalah besar masalah jiwa masalah rumahtangga masalah suami isteri minta izin motivasi Motivasi Diri motivasi kekal pasar ramadhan pasrah puasa ramadhan redha rela sedar solat solat khusyuk spritual suami ego super affiliate super minda super sedar teknik SEO
  • Profil

    Mohd Fuad Bin Haji Abdul Latip
    Fakulti Kejuruteraan Elektrik
    Universiti Teknologi MARA
    40450 Shah Alam
    Selangor
    fuadlatip[at]gmail.com


  • Blog Rating

    Average blog rating:

    4.7