Blog Ini Menggunakan Hosting 10GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kepentingan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Pengurusan Marah

30 March 2009 | 15 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

VN:F [1.9.3_1094]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 5.0/5 (2 votes cast)

Saya pernah berasa marah yang teramat sangat beberapa tahun yang dulu sehingga tahap memaki hamun dan sebagainya. Tetapi Alhamdulillah masih di dalam kawalan di mana tidak sampai bertumbuk dan bergaduh.

Itu beberapa tahun dahulu. Sehingga kini marah-marah kecil tetap ada terutama geram kepada pemandu-pemandu yang ramai tidak mempunyai EQ iaitu memahami perasaan orang lain. Dengan kata lain yang susah sangat untuk bertolak ansur.

Sesetengah orang mudah untuk marah. Ada yang sehingga tahap marah yang mampu mendorong kepada tindakan fizikal yang luar kawalan. Ini amat membimbangkan.

Marah saya banyak kepada anak (lebih kepada geram) dan pelajar. Marah pada anak bukanlah sehingga tahap menengking atau memukul. Kekadang Ia lebih kepada meninggikan sedikit suara agar anak saya akan membuat tindakan segera di dalam sesuatu perkara.

***
Marah pada pelajar adalah marah mendidik. Bukan juga berbentuk maki hamun. Hanya meninggikan suara. Namun kekadang jiwa ini dicabar dan ketika itu mampu dibatu apikan syaitan. Perasaan marah pada pelajar yang malas atau membuat kerja sambil lewa kekadang berada di tahap yang mampu mengundang tindakan fizikal seperti menghentak meja atau sehingga rasa ingin saja halau mereka keluar dari bilik saya.

Alhamdulillah, perasaan marah mampu dikawal dengan mudah dan kesannya cukup pantas untuk kembali bertenang.

***
Apakah yang biasa disarankan ketika kita sedang marah?

Bersabar? Persoalannya bukan mudah untuk bersabar. Bersabar adalah satu perasaan yang berlawanan dengan marah. Mana mungkin dalam keadaan kita marah, kita boleh bersabar. Lalu bagaimana?

Bagaimana saya mengawal kemarahan?
Saya telah membiasakan diri untuk tidak lagi melakukan “mind chat” atau bercakap dengan akal fikiran saya sendiri. Segala apa yang saya lakukan, saya fikir, saya dengar, saya rasa, saya lihat, akan saya cakapkan kepada Allah SWT.

Ketika saya marah, saya akan bercakap pada Allah segala apa yang saya rasa ketika itu. Saya tidak melawan rasa marah saya. Tetapi saya luahkan rasa marah saya pada Allah. Allah itu Maha Positif. Saya yakin dengan meluahkan rasa marah pada seseorang dengan berkomunikasi kepada Allah, Allah akan berikan kesabaran kepada saya. Saya tidak perlu melawan marah untuk sabar. Tetapi rasa sabar itu dianugerahkan Allah terus ke dalam jiwa saya dengan luahan yang saya lakukan.

Ketika memandu:
“Ya Allah, geram betullah kereta sebelah ni ya Allah. Aku dah kasi signal, dia tak nak kasi aku masuk laluan dia ya Allah. Kalau aku buat kurang ajar nanti baru dia tahu ya Allah. Takpelah ya Allahkan. Sabarjelah Ya Allah. Ya Allah, Payah kalau perangai orang jenis takde EQ ni.”

Kesannya, pasti jadi lebih sabar.

“Ya Allah, kereta ni kurang ajar betullah ya Allah. Geramnya aku ya Allah. Aku buat kurang ajar nanti baru tau. Tapi buat apa kan ya Allah. Biarlah dia ya Allah. Buat apa aku peningkan kepala fikirkan pasal dia kan ya Allah. Dia nak jadi apa, lantak dialah ya Allah”

Ketika geram dengan pelajar yang malas

Ya Allah, kenapalah budak ni malas sangat ya Allah. Kenapalah dia ni buat kerja main-main. Dia ni malas betullah ya Allah. Aku geram kat dia ni ya Allah. Kalau ikutkan aku, aku gagalkan je ya Allah.

Malas betul dia ni ya Allah. Rasa macam nak halau je dia ni dari bilik aku ni ya Allah. Menyampah betul aku tengok muka dia ni ya Allah.

Eeeee……geramnya ya Allah. Ahhhh….lantak dialah ya Allah. Malas dah aku nak layan budak jenis yang macam ni ya Allah. Lantak dialah ya Allah nak jadi apa. Aku dah tak sanggup lagi nak tolong dia ni ya Allah. Biarlah dia ya Allah. Nak belajar ke tak nak ke, dia punya pasallah ya Allah. Aku malas dah nak pening-pening kepala jaga budak macam ni ya Allah.

Kau bantulah aku ya Allah. Kau buatlah sesuatu, kasi budak ni rajin ke, sedar diri ke. Lembab betul aku tengok dia ni ya Allah. Kasi dia ni cerdas ya Allah.

Macam-macam saya luahkan pada Allah ketika saya marah dan geram. InshaAllah marah dan geram ketika itu akan hilang dengan cepat. Selalu yang berlaku saya akan siap mendoakan pelajar itu agar jadi rajin, sedar diri atau dengan nama lain berubah jadi pelajar yang bertanggungjawab.

***
Ketika kita marah seseorang, adalah sesuatu yang amat penting untuk kita memalingkan muka kita ke arah lain. Rasulullah SAW telah berpesan agar kita  memalingkan muka kita ketika kita marah.

Kenapa? Apabila kita marah, kita berada di fikiran bawah sedar di mana fikiran tidak dapat mengawal diri. Ketika ini, jika kita marah sambil melihat muka orang yang kita marah (seperti contoh anak atau isteri/suami) kita telah menanamkan wajah mereka sebagai orang yang membuatkan kita marah tanpa disedari. Kita telah memprogramkan fikiran kita tanpa sedar.

Maka setiap kali melihat wajah mereka, walaupun pada ketika itu kita tidak marah, ia boleh membawa kita kepada perasaan marah disebabkan informasi yang telah tersimpan menyatakan bahawa kita mesti berasa marah apabila melihat wajah mereka.

Kerana itu Rasulullah SAW menasihatkan kita sejak beribu tahun yang dulu lagi untuk memalingkan muka ketika marah. Ada juga nasihat Rasulullah SAW meminta kita duduk ketika marah. Semuanya adalah berkaitan dengan otak kita.

***
Komunikasi dengan Allah mampu mententeramkan jiwa saya daripada perasaan marah disamping saya dapat mengelakkan diri dari sakit migrain atau sakit jantung.

Praktikkan komunikasi dengan Allah apa yang dilakukan, difikirkan, didengarkan, dilihat, dicakapkan dan lain-lain. Jika kita berada di dalam situasi apa pun, perkara pertama dan utama yang kita ingat adalah komunikasi dengan Allah walaupun ketika tindakan luar kawal seperti perasaan marah jika kita biasa menggantikan ‘mind chat’ kita kepada komunikasi dengan Allah.

InshaAllah.

VN:F [1.9.3_1094]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 5.0/5 (2 votes cast)
Pengurusan Marah, 5.0 out of 5 based on 2 ratings

Popularity: 14% [?]

Comments

15 Responses to “Pengurusan Marah”

  1. nsa
    March 30th, 2009 @ 11:21 pm

    Alhamdulillah….semakin saya mengikuti blog ini..semakin saya faham, bagai terang lagi disuluh…

    Alhamdulillah..alhamdulillah….Terima kasih guru (kerana sesiapa yang mengajar kita perkara yang baik, adalah seorang GURU)

    Saya berdoa agar guru akan buka “seminar” di Shah ALam…Insya’ALLAH, saya juga memohon kepada ALLAH agar dapat mengikutinya dan berpeluang mempelajari ILMU ALLAH ini dengan lebih baik dan penuh manafaat.

  2. ariee
    March 31st, 2009 @ 4:21 am

    assalamualaikum..

    alhamdullillah,satu tip yang sangat baik..
    semoga kita sama-sama sentiasa berkomunikasi & minta pertolongan dengan Allah dalam apa jua sekali pun..

    “wahai orang2 yang beriman, jika kamu menolong agama Allah,nescaya Allah akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”(S.Muhd:7)

    terima kasih..

  3. Honeytar
    March 31st, 2009 @ 5:15 pm

    Memang betul sdr Fuad, memalingkan muka adalah sangat efektif.
    Dan memang benar yg agak sukar bersabar ketika marah. Namun apabila kita terus berkomunikasi dgn Allah, maka Allah bantu utk tenangkan hati kita.

    Saya pernah bekerja dgn seorang BP (boss perempuan) yg sudah terkenal dgn sikap marah yg kadang2 tak masuk diakal. Pernah sekali dia menengking saya at the top of her voice (sampai satu ofis boleh dengar) kerana saya tak produce report yg menunjukkan “profit figure in Trial Balance” seperti yg dikehendakinya.

    Semua akauntan tahu yg there is no such thing as “profit figure in Trial Balance”. Tak mungkin boleh kita menjana “profit figure” dalam “Trial Balance” kita. It’s impossible to produce! Dah lah dia salah & minta benda yg tak betul, kita pulak diherdiknya. Saya cuba terangkan perkara yg benar pada dia, cuba nak explain dgn baik. Tapi lagi kita cuba explain, lagi kuat suaranya menengking kita. Dia tetap insist apa yg dia nak. Saya buat bodoh dan terus ke meja saya. Tak guna berbincang dgn manusia yg bodoh lagi sombong.

    Masa tu, saya terus cerita pada Allah, “YaAllah, buruknya perangai makcik ni! Adakah jenis ini manusia yg akan kau humban dlm neraka? Manusia ni selalu tengking2 & sakitkan hati staf nya (…dan byk lagi saya terus mengomel2 pada Allah….) Ya Allah, aku dah nak berenti esok lusa, kau bantulah aku utk mengharungi dugaan ini 2 hari lagi, YaAllah kuatkanlah hatiku dan kurniakan aku kesabaran yg tinggi. Kau tunjuklah jalan pada dia supaya dia sedar akan sikap angkuhnya”.

    Sepanjang petang tu, Allah bagi hati saya tenang saja. Muka saya masih maintain senyum. Saya cuma fokus yg saya cuma ada dua hari saja lagi sebelum berhenti (saya sudah bagi notis berhenti sebulan sudah) .

    Nak jadi cerita, keesokkan harinya, boss tu dtg lambat kerana kereta mewah yg di parking dlm pagar rumahnya dimasuki pencuri. Dia lupa kunci kereta dan tertinggal dompet didalam kereta itu. Maka hilanglah dompetnya berserta segala IC, kad2 kredit & kad bank.

    Saya mendengar berita itu dgn perasaan terkedu, seolah2 Allah berkata pada saya “setiap perbuatan buruk akan dibalas oleh Aku, in CASH !!! “. Saya menjadi insaf. Allah Maha Mendengar!

  4. sab2
    April 1st, 2009 @ 1:29 am

    Tuan,

    …saya link N3 ini ke blog saya. Semoga memberi manfaat kepada yang mencarinya. terima kasih.

    salam hjSab2

    Fuad Latip:
    Terima kasih banyak-banyak.

    *Mulanya fikir…apakah dianya N3. Oh…rupanya entry (N3) :D

  5. Ahmad Fauzi
    April 1st, 2009 @ 5:48 am

    Saudara Fuad. Anda memang positif sekali dalam menghadapi berbagai masalah dalam hidup ini. Saya memang terkesan dengan cara awak untuk mengatasi masalah tersebut yang terus lagi Allah Swt. Sememangnya kita mesti berpandagangan positif kepada Allah swt sebab mengikut ustaz segala yang baik itu berasal dari Allah dan yang buruk itu dari manusia.

  6. pedagangIT
    April 1st, 2009 @ 6:03 am

    bila kita ambik air sembahyang dan solat …dah ok dah

  7. cden
    April 1st, 2009 @ 12:29 pm

    Tahniah, satu teknik yg boleh diamalkan selain cara yang nabi ajar.Tapi kekadang terlepas juga ‘jotos’…habis lebam dahi anak orang. dah emak ,bapak dia cari cari kita. temenung panjang dibuatnya. baru bertanya pada diri. kenapalah cari penyakit.

  8. Razman
    April 1st, 2009 @ 1:50 pm

    Hmmm. Info yang sangat menarik.
    Terima kasih. Saya sendiri pun selalu
    mencari cara-cara mengatasi rasa marah yang keterlaluan.

  9. pakteh
    April 8th, 2009 @ 1:43 am

    ya… saya dapat lagi ilmu yg sungguh berguna ketika marah. nak cuba juga praktik apa yg diajar… moga-moga boleh hilangkan marah. Terima Kasih kepada fuadlatip.com

  10. Ayu
    April 8th, 2009 @ 5:42 pm

    Info yang baik.

    Nak tegur sikit kat post ni Rasulullah diikuti SWT. Mungkin saudara Fuad terlepas pandang. Subhanahu wa ta’ala tu pujian maha puji Allah yang maha tinggi khusus untuk Allah.

    Fuad Latip:
    Terima kasih. Lemahnya diri saya ini. Telah saya betulkan.

  11. mamaleez
    April 11th, 2009 @ 3:07 pm

    Sdr Fuad,semenjak saya mengikuti blog ni, byk perkara yg kecil yg malas nak saya fikir menjadi manis dan dpt diikuti dgn baiknya terutamanya dlm mendidik anak2 yg sedang memebesar! lemah semangat dan hilang sabar.. Alhamdulillah seronok saya mendapat petunjuk Nya dan masih terus berbicara!

    Terima kasih semoga Sdr Fuad dpt nikmat kesihatan yg baik agar dpt memberi seterusnya!

    Fuad Latip:
    Alhamdulillah. Sesungguhnya yang baik itu adalah datang daripada Allah SWT.

    InshaAllah. Ameen.

  12. suhaila
    April 21st, 2009 @ 2:58 pm

    salam en fuad..

    saya rasa tak selesa malam ni..perasaan berkecamuk, perniagaan saya tak menjadi..marahnya saya pada diri saya..saya lepaskan pada anak..
    malam ni jugak saya terpanggil utk baca blog en fuad…dan alhamdulillah
    artikel ini menjadi penenang saya dan sya share info ni dalam blog saya..thanx appreciate the knowledge…suhaila

  13. Faiz
    May 4th, 2009 @ 8:29 am

    Salam’alaik…

    Allahuakbar…!

    Sejak akhir2 ini saya slalu marah-marah krn pelbg masalah datang satu demi satu… plbg ujian & dugaan yg diberikan Allah swt kpd saya…

    Hari ini, saya trbuka hati utk melihat2 blog tuan Fuad, dan trlihat tajuk posting ‘Pengurusan Marah’…

    Alhamdulillah… saya dpt mempelajari sesuatu hari ini, insyaAllah saya mmpraktikkan & mengamalkannya…

    Smoga saya sentiasa dpt brhubung dgn Allah swt dgn cara ini…

    Syukran, jazakAllah khair…

    Illa mardhatillah.

  14. njbm
    June 9th, 2009 @ 4:48 pm

    Assalamualaikum… Saya selalu marahkan anak sy yg berusia 3 thn.. sy tahu dia masih kecil dan x fhm apa lg.. pantang dia buat perangai, terus saya tengking dan pukul.. hinggakan dia macam x suka kat sy.. Saya marah sbb sy sayangkan dia.. sy x mau apa yg dia buat tu akan jejaskan kesihatan dia… contohnya dia suka mkn gula-gula.. bole di katakn tiap2 hari… sy takut kndungan gula dlm bdn dia tggi… bila sy larang, lg menjadi-jadi dia buat… mmg la, nama lg budak.. tp perasaan marah sy ni yg x dpt nk d kawal…. mulai hari ni sy akn praktikkan apa yg saudara fuad paparkan dlm blog ni… mudah2an Allah memberi kesabaran kpd saya….

  15. ida lara
    July 6th, 2010 @ 10:45 pm

    di kala hati sedang marah tdrjumpa laman ini jutaan terima kasih ustad

Leave a Reply





  • Jadual Latihan Solat Khusyuk

  • Komunikasi

    Hanya mesej yang tiada kaitan dengan artikel. Jika ada kaitan, sila komen di artikel. Terima kasih.


    ShoutMix chat widget
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Maklumbalas Terkini

  • Artikel Terkini

  • Arkib

  • Popular Keyword

    bahagia banyak masalah berserah dekat dengan Allah didik anak cara islam fuad latip gelisah hidup bertuhan ilmu ingat Allah Jiwa Positif jiwa super kesedaran khusyuk solat komunikasi komunikasi dengan Allah kuasa jiwa law of atrraction lembutkan hati anak lembutkan hati isteri lembutkan hati suami masalah anak masalah besar masalah jiwa masalah rumahtangga masalah suami isteri minta izin motivasi Motivasi Diri motivasi kekal pasar ramadhan pasrah puasa ramadhan redha rela sedar solat solat khusyuk spritual suami ego super affiliate super minda super sedar teknik SEO
  • Profil

    Mohd Fuad Bin Haji Abdul Latip
    Fakulti Kejuruteraan Elektrik
    Universiti Teknologi MARA
    40450 Shah Alam
    Selangor
    fuadlatip[at]gmail.com


  • Blog Rating

    Average blog rating:

    4.7