Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kehambaan Diri dan KeTuhanan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Pengalaman Komunikasi Dengan Allah #1

25 March 2009 | 4 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Saya suka jikalau saudara semua mahu berkongsi dengan saya pengalaman komunikasi dengan Allah. Saya suka membacanya dan semakin saya baca, semakin bertambah semangat saya mendaki untuk berada di Puncak CINTA Allah kerana kekadang saya terjatuh di dalam pendakian ke Puncak CINTA Allah ini. Semoga diri ini terus stabil berada di Puncak CINTA Allah.

Saya ingin kongsikan bersama pengalaman Puan Hanita (http://tokli.blogspot.com) bersama saudara semua.

Sdr Fuad,

Ingin saya berkongsi cerita semasa saya masih seorang pelajar di UK dulu. Masa tu saya dah takde biasiswa, memang kena kerja kalau nak sambung belajar atau balik Msia tanpa membawa kelulusan apa2 pon. Saya nekad mahu habiskan belajar setelah beristikharah pada Allah.

Masa tu thn 1990 & UK was badly hit by Gulf War. Memang susah sgt nak dpt kerja dimana2 pon. Habis satu Oxford St tu dari hujung ke hujung jalan saya masuk kedai carik kerja. Memang tak da opening kerja langsung.

Ada kawan saya, sepasang suami isteri , galakkan saya ‘work fr home’ buat kerja menjahit baju. Kilang akan hantar & ambil hasil kerja kita tiap2 hari. Kitia tunggu je kat rumah. Kita cuma kena beli industrial sewing machine (yg laju gila, bukan mcm mesin jahit portable tu).

Ya Rabbi, saya tak pernah pegang mesin jahit pon kat Msia, tak pernah jahit sehelai baju kecuali seekor soft toy, yg main2 jahit tangan. Memang tak pernah ambil DS (Domestic Science) di sekolah. Memang tak pernah belajar menjahit.

Namun gerak hati saya kuat mengatakan “I should give it a try”. Lalu saya invest GBP250 membeli mesin jahit industri tersebut (dgn baki simpanan yg hanya tinggal beberapa GBP).

Maka pakcik kilang pon bagi sehelai baju contoh yg nak dijahit & bagi saya percubaan 30helai (yg sudah dipotong) utk dijahit. Saya terpaksa belek & belek baju tersebut & figure out how to stitch them together.

Memang benar, masaalah itu Allah yg bagi, Dia jugalah yg menyelesaikannya. Entah macam mana, Allah bagi saya kepandaian utk faham bagaimana baju itu dicantum. Part mana yg disambung dulu, part mana dijahit kemudian. Dgn kata lain, Dia beri saya anugerah membuat kerja2 tangan dgn mudah. Saya tiada masalah menyiapkan baju2 yg diberi. Tak kira pattern apa pon, Alhamdulillah saya boleh hasilkan kerja yg sangat kemas. Pernah baju yg saya jahit dijual di Marks & Spencer!

Pendapatan yg saya dpt sama jumlah jika saya keluar kerja dikedai luar. Saya buat kerja ni dekat setahun juga sambil tu pergi kelas dalam 3x seminggu. Kerja full-time & study part-time.

Yes, macam fairytale, it is a happy ending. Dapat juga habis belajar. :)

Moral of the story, sentiasa bercerita pada Allah setiap apa yg kita lalui (susah atau senang) & bermohonlah pada Allah apakah jalan yg terbaik utk kita ambil.

Sorry terpanjang pulak komen kali ini.

Terima kasih Puan Hanita dengan perkongsian pengalaman ini.

Popularity: 10% [?]

Facebook Comments

  • Bengkel JPHBT

  • Kemaskini di FB JPHBT

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Milikilah kesedaran tertinggi agar kita mampu memiliki rasa kehambaan yang mendalam kepada Allah SWT sebagai asas terhadap ibadah yang dilakukan. Berserahlah kepadaNya untuk memiliki ketenangan hidup di dunia dan akhirat. "Ya Allah gantilah kegelisahan di hati ini dengan ketenangan yang membahagiakan. Terima kasih Allah, terima kasih".
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Arkib

  • Popular Keyword