Blog Ini Menggunakan Hosting 10GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kepentingan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Mengapa Jiwa Positif?

21 March 2009 | 2 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

VN:F [1.8.0_1031]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 0.0/5 (0 votes cast)

FIKIRAN->KEPERCAYAAN->ATTITUDE->PERASAAN->TINDAKAN/KELAKUKAN

Blog ini bertajuk jiwa positif dan hidup berTuhan. Mengapa jiwa positif? Di kala hampir seluruh motivasi menyarankan agar berfikir dengan fikiran positif, saya lebih suka dan mengatakan bahawa fikiran positif tidak cukup untuk diri kita di dalam menjalani kehidupan yang pelbagai ragam. Kita memerlukan JIWA YANG POSITIF.

Mari kita buktikan bahawa JIWA yang positif adalah kunci utama untuk berjaya di dalam kehidupan kita terutama hidup berTuhan sebagai muslim dan muslimah.

Apakah yang mengawal tindakan dan kelakuan kita?  PERASAAN kita. Setiap tindakan dan kelakuan kita adalah mengikut perasaan kita. Ia hadir daripada minda bawah sedar (perasaan) dan kemudian hadir ke minda sedar kita. Perasaan ke atas sesuatu perkara akan memberi kesan ke atas tindakan dan kelakuan kita. Perasaan akan mempengaruhi kualiti kerja kita.

Bagaimana kelakuan kita jika kita tidak suka pada seseorang? Bagaimana kerja yang kita lakukan jika kita tidak minat untuk lakukan? Bagaimana ibadah kita jika kita merasa CINTA kepada Allah? Semua perasaan ini datang dari minda bawah sedar di mana kita tidak memaksa perasaan ini untuk dirasa. Ia hadir sendiri tanpa dipaksa.

Kita lebih bersemangat melakukan sesuatu yang kita suka. Kita akan melakukan dengan baik sesuatu yang menjadi minat kita. Kita lebih menumpukan perhatian kepada orang yang kita sayang kerana perasaan sayang itu. Kita akan menjauhi orang yang kita tidak suka kerana perasaan tidak suka itu.

Seterusnya, dari mana perasaan ini hadir? Jika kita mengetahui perasaan ini hadir, bukankah kita boleh sentiasa memastikan perasaan yang baik-baik sahaja wujud dalam diri kita?

Perasaan terbina, terhasil, dikawal dan dipengaruhi oleh ATTITUDE kita. Apakah attitude? Attitude adalah pandangan fisiologikal kita terhadap sesuatu. Ia dibentuk oleh jaringan neuron yang telah terbina di dalam otak kita disebabkan oleh corak pemikiran kita terhadap sesuatu perkara. Apabila elektrokimia tercetus di dalam otak kita, segala informasi akan terhantar di jaringan-jaringan neuron ini. Ia akan membentuk perasaan yang berbeza mengikut pandangan kita.

Setiap daripada kita mempunyai pandangan terhadap sesuatu yang berbeza-beza. Ia disebabkan oleh penapis luaran dan penapis dalaman yang pernah saya terangkan dahulu. Disebabkan pandangan kita ini, ia membentuk attitude di dalam diri kita. Seterusnya ia akan membentuk perasaan mengikut pandangan diri kita sendiri.

Pandangan yang baik akan menjadi seseorang sentiasa melihat peluang yang baik di dalam kehidupan dan diri mereka. Tetapi persolannya kini, dari mana Attitude ini terbina? Ia BUKAN KEBETULAN.

Attitude terbina disebabkan oleh KEPERCAYAAN. Apabila kita mempercayai sesuatu, maka ia akan membina satu pandangan fisiologikal di dalam diri kita iaitu attitude. Seperti contoh, jika saudara mempercayai ibu dan bapa saudara merupakan orang yang baik, maka sudah pasti attitude kita terhadap mereka juga baik. Seterusnya kita akan berasa sayang, cinta dan senang dengan ibu bapa kita. Lalu kelakuan kita kepada mereka juga adalah baik.

Bagaimana kepercayaan ini wujud? Kepercayaan ini wujud disebabkan oleh corak pembentukan jaringan neuron kita. Dengan kata lain, bagaimana hubungan di antara neuron ini terbentuk mewujudkan kepercayaan kita. Bahagian perhubungan neuron ini dikenali sebagai neurode. Ia disebabkan oleh tindakbalas elektrokimia hasil daripada FIKIRAN kita.

FIKIRAN kita membentuk corak jaringan neuron. Setiap daripada kita berbeza fikiran. Sebab itu kita mempunyai kepercayaan yang berbeza-beza. Fikiran kita dipengaruhi oleh persekitaran, rakan-rakan, keluarga dan sebagainya. Fikiran kita diganggu dengan penapis luaran dan dalaman yang wujud pada diri kita.

Jika kita simpulkan keseluruhannya, FIKIRAN akan mewujudkan KEPERCAYAAN. KEPERCAYAAN kepada sesuatu akan mewujudkan ATTITUDE atau PANDANGAN FISIOLOGIKAL dalam diri kita. Dengan pandangan ini, ia akan mewujudkan PERASAAN dan akhirnya PERASAAN ini akan mempengaruhi TINDAKAN dan KELAKUAN kita.

***
Kita bincangkan pula tentang fikiran yang membentuk kepercayaan. Bagaimana sebenarnya kepercayaan ini terbentuk dengan lebih terperinci.

Apabila kita berfikir, maka jaringan neuron akan terbentuk di dalam otak kita. Neuron ini bersifat plastik. Jika kita memikirkan sesuatu perkara maka jaringan neuron terbentuk. Ia kembali terputus jika kita tidak memikirkan lagi perkara tersebut. Sebab itu jika kita sentiasa memikirkan sesuatu berulang kali (AFFIRMATION) kita akan mengingati sesuatu itu lebih lama. Begitu juga jika kita menghafal sesuatu. Jika kita selalu mengulanginya, kita akan terus mengingati perkara itu. Jika kita tidak lagi mengulanginya, lama-kelamaan kita akan lupa.

Jika kita seringkali mengingati atau mengulangi memikirkan sesuatu, neuron yang terbentuk semakin kukuh. Analoginya adalah seperti padang rumput yang kita setiap hari merentasinya. Pasti ada denai yang wujud di atas padang rumput tersebut bukan? Jika kita melaluinya setiap hari, maka denai tersebut makin jelas kelihatan. Jika kita tidak lagi melaluinya, lama-kelamaan, pasti denai tersebut dipenuhi rumput kembali.

Sebab itulah kita sentiasa diminta untuk melakukan AFFIRMATION. Kita juga diminta untuk mengingati atau memikirkan perkara-perkara yang positif sahaja. Inilah yang selalu dikatakan oleh pakar motivasi agar kita hendaklah diminta untuk BERFIKIRAN POSITIF.

***
MENGAPA JIWA POSITIF?
Jika FIKIRAN mampu menghasilkan TINDAKAN atau KELAKUAN yang baik dengan menggunakan affirmation, mengapa perlunya JIWA?

Pertama:

Saudara,
Pernahkah saudara alami di mana dikala saudara ingin memikirkan sesuatu secara positif tetapi suara hati saudara tetap terus mengatakan negatif. Semakin saudara cuba, semakin kuat suara hati terus negatif.

Contohnya, jika saudara duduk di dalam gelap seorang diri, saudara mungkin akan berasa takut. Jika saudara cuba memikirkan secara positif untuk tidak takut, tetapi ia terlalu sukar kerana saudara terus berasa takut disebabkan oleh suara hati yang mengatakan takut. Ini bermakna fikiran tidak mampu merubah perasaan dengan sepenuhnya.

Maka di sini fikiran positif semata-mata tidak mampu menjadikan diri kita benar-benar berani di dalam situasi di atas.

Seperti juga masalah orang yang merokok. Orang yang merokok agak sukar untuk berhenti hanya dengan berfikiran positif. Mengapa? Di kala fikiran diulangi memikirkan untuk berhenti, tetapi selalunya perasaan rasa ingin merokok menjadi semakin bertambah. Maka mereka gagal berhenti merokok disebabkan FIKIRAN dan JIWA TIDAK SEKATA. Mereka akan menjadi lebih tertekan di sebabkan ketidaksekata ini.

Begitu juga jika kita sedia mempunyai rasa tidak suka kepada seseorang. Sukar untuk kita buangkan perasaan itu walaupun berulangkali kita melakukan affirmation mengatakan kita suka pada orang yang kita tidak suka itu. Akhirnya kita akan tertekan disebabkan oleh fikiran tidak sekata dengan perasaan yang hadir dari jiwa.

Perkara yang sama tentang merubah daripada malas ke rajin. Kita diminta oleh pakar-pakar motivasi untuk sentiasa berfikiran positif untuk berjaya. Untuk mencapai kejayaan kita mesti jadi rajin. Hakikatnya kita memang tahu di mana orang yang rajin pasti akan berjaya. Tetapi bagaimana untuk merubah daripada malas ke rajin. Tatkala fikiran terus mengulangi kata-kata positif untuk rajin, tetapi lumrahnya diri kita sukar untuk membuang rasa malas. Kenapa sukar? Kerana fikiran dan jiwa tidak sekata.

Kedua:

Fikiran kita seringkali mempunyai masalah disebabkan oleh penapis luar dan dalam. Kita tidak mengetahui hakikat sesuatu perkara kecuali Allah SWT. Kita seringkali berfikir sesuatu itu baik untuk kita tetapi hakikatnya mungkin tidak baik. Lalu kita melakukan pilihan Qada’ atau takdir yang salah.

Maka kita memerlukan JIWA yang mana hadirnya suara hati dan juga gerak hati. Gerak hati yang diperlukan adalah gerak hati yang suci. Yang datangnya daripada Allah SWT.

***
Disebabkan oleh dua perkara ini, kita memerlukan JIWA YANG POSITIF. Hebatnya JIWA ini kerana apabila JIWA ini menjadi positif pasti FIKIRAN juga akan menjadi positif.

JIWA yang CINTAKAN Allah SWT 100% akan percaya 100% dan 100% bergantung pada Allah. Apabila CINTA pada Allah tidak berbelah bahagi, pasti Allah akan menunjukkan pilihan-pilihan yang terbaik ke atas Qada’-Qada’ yang diberi olehNya. Dan setiap Qada’ itu Allah berikan Qadar yang terbaik untuk kita.

Milikilah JIWA YANG POSITIF di dalam Hidup berTuhan. Tidak ada yang lain selain Allah SWT yang mampu menjadikan JIWA kita JIWA YANG POSITIF. Komunikasilah pada Allah agar diri kita sentiasa dekat dengan Allah. Mohonlah kepada Allah agar jiwa ini sentiasa positif.

VN:F [1.8.0_1031]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 0.0/5 (0 votes cast)

Popularity: 2% [?]

Comments

2 Responses to “Mengapa Jiwa Positif?”

  1. nunwowro
    March 24th, 2009 @ 10:57 pm

    tiada daya upaya kt membuat manfaat utk diri sendiri mahupun org lain..
    dgn rahmat n kasih sayang Allah km mohon dgn sangat..
    fikiran yg +ve..emosi yg +ve..jiwa yg +ve..ameen..
    alhamdulillah..terima kasih byk2

  2. Khusyuk Solat #1 | Jiwa Positif dan Hidup BerTuhan
    April 11th, 2009 @ 11:05 am

    [...] Segala tingkah laku kita ini dikawal oleh fikiran (baca di sini). Dengan kata lain, jasad kita ini dikawal oleh fikiran. Sebab itu di dalam keadaan yang banyak [...]

Leave a Reply





  • Tambah Icon

  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Komunikasi

    Hanya mesej yang tiada kaitan dengan artikel. Jika ada kaitan, sila komen di artikel. Terima kasih.


    ShoutMix chat widget
  • Maklumbalas Terkini

  • Artikel Terkini

  • Arkib

  • Popular Keyword

    bahagia berserah didik anak cara islam fuad latip gelisah hidup bertuhan ilmu ingat Allah Jiwa Positif jiwa super kesedaran khusyuk solat komunikasi komunikasi dengan Allah kusyuk solat law of atrraction lembutkan hati anak lembutkan hati isteri lembutkan hati suami living at the present masalah anak masalah rumahtangga masalah suami isteri minta izin motivasi Motivasi Diri motivasi kekal pasar ramadhan pasrah pn ainon puasa ramadhan redha rela sedar sifoo pts solat solat khusyuk spritual super affiliate super minda super sedar teknik SEO travelog haji yoshiro nakamatsu
  • Profil

    Mohd Fuad Bin Haji Abdul Latip
    (Islamic NLP Practitioner)
    Pensyarah Kanan
    Fakulti Kejuruteraan Elektrik
    Universiti Teknologi MARA
    40450 Shah Alam
    Selangor
    fuadlatip[at]gmail.com


  • Blog Rating

    Average blog rating:

    4.5