Kawan Lama Dan Luahan
23 March 2009 | 5 Komen |
Cetak Artikel
Saya berjumpa dengan kawan lama yang baru dari UK. Kawan lama dan isteri beliau sama-sama buat PhD di UK dan Alhamdulillah kini sudah bergelar Doktor (PhD). Isteri beliau masih ada lagi 2 tahun untuk menyiapkan PhD. Bermakna beliau akan berangkat ke UK kembali setelah urusan visa baru siap.
Saya kenal beliau dan isteri beliau sejak 10 tahun yang lalu. Mereka berkongsi cerita tentang membuat PhD di UK. Kebetulan ketika makan tengah hari tadi berjumpa pula dengan pensyarah UiTM yang sedang menyiapkan PhD di UiTM ini. Lagi bertambah pengalaman yang dapat dikongsi bersama.
Mereka bercerita. Yang perempuan, menangis di hadapan penyelia menjadi seperti satu kemestian. Isteri saya juga pernah bercerita yang beliau juga banyak kali menangis selepas berjumpa penyelia semasa menyiapkan PhD beliau dahulu.
Alhamdulillah kata kawan yang sedang menyiapkan PhD di UiTM ini lagi, penyelia beliau seorang yang positif. Penyelia beliau memang meminta anak muridnya melepaskan segala kesedihan kepada penyelia. Apabila semuanya sudah lega, pasti kerja menjadi lebih baik.
Namun di akhir pertemuan itu, saya berkongsikan sedikit tentang JIWA POSITIF.
Saya beritahu ada satu cara yang paling berkesan kalau kita lemah semangat. Walaupun saya belum menghadapinya saat-saat atau pengalaman membuat PhD ini, namun inshaAllah saya yakin bahawa segala apa yang terbuku di hati, dikepala dan segalanya akan lega kalau kita lakukan perkara ini. (Pengalaman PhD saya akan bermula Julai 2009 ini. InshaAllah)
Saya kata pada mereka, LUAHKAN SEGALA-GALANYA KEPADA ALLAH. Masalah kita sekarang ini adalah kerana kita meluahkan segala-galanya ketika solat dan dalam doa sahaja. Luahkan segala-galanya ketika kita sedang buat kerja, buat research dan sebagainya.
Saya beri contoh pada kawan-kawan saya luahan yang biasa saya lakukan semasa buntu membaca research paper:
“ya Allah, kenapa susah sangat ni ya Allah. Kenapa aku tak faham-faham ya Allah. Susahnya nak faham ilmu Mu ni ya Allah. Hebatnya ilmuMu ni ya Allah. Takpelah ya Allah. Aku nak rehat sekejap ya Allah. Lepas ni, kalau aku baca balik, kasi aku faham ye ya Allah. Aku nak siapkan research ni ya Allah. Aku ni guna duit rakyat ya Allah. Kalau research aku tak siap, aku ni bersalah pada rakyat ya Allah. Bantu aku ye ya Allah. Terima kasih ya Allah.”
Saya juga seringkali melakukannya apabila saya di dalam masalah. Alhamdulillah saya akan rasa lega. Lega kerana dapat menyerahkan segala-gala pada Allah.
“Ya Allah, badan aku tak sihat ya Allah. Aku pening kepala ya Allah. Tapi kerja banyak ya Allah. Ya Allah macam mana nak buat ni ya Allah. Aku buntu ya Allah. Ya Allah, aku biarkan dululah kerja ni ye ya Allah. Bila sembuh nanti, aku buat semula ya Allah. Kau bantu sembuhkan aku ye ya Allah. Kau bantu kasi aku dapat buat kerja dengan cepat dan terbaik ye ya Allah. Terima kasih ya Allah. Aku sayang diriMu ya Allah. Aku cinta pada diriMu. Tiada lain selain Engkau yang mampu menolong diriku ya Allah. Terima kasih ya Allah, terima kasih ya Allah, terima kasih.“
Kawan saya tersenyum dan mengucapkan terima kasih dengan perkongsian tersebut. Nampak gembira di riak wajah mereka. Alhamdulillah syukur.
Popularity: 3% [?]
Comments
5 Responses to “Kawan Lama Dan Luahan”
Leave a Reply




March 23rd, 2009 @ 7:54 pm
Salam Sdra Fuad,
Saya suka contoh-contoh berkomunikasi dengan Allah yang diberikan.Walaupun simple tetapi sangat membantu untuk mengamalkan berkomunikasi dengan Allah setiap saat.Ramai orang TAHU perlunya komunikasi dengan Allah tetapi belum dapat meRASAinya.Semoga cerita-cerita sdra Fuad dapat membantu untuk kita meRASA-RASA rahmat dan kasih sayang Allah.Insyaallah.
March 24th, 2009 @ 1:03 am
Assalamualaikum,
Betul kata ady. Ada perbezaan antara tahu,faham dan amalkan komunikasi dgn Allah ni..ibarat cawan yg nak isi air bersih, kenalah di kosongkan serta dibasuh dulu..
Kita nak benda yg baik ni kenalah di’bersihkan’ dulu jika tidak byk masalah yg akan timbul.
March 24th, 2009 @ 12:57 pm
Saya juga sedang buat PhD di Univ Birmingham UK, memang tak dinafikan, it is not easy aplagi dgn anak 5 org tanpa pembantu.
Email me if you have any enquiries.
March 24th, 2009 @ 2:49 pm
Pengalaman saya yang tak seberapa ini juga mengajar saya menjadi seorang yang lebih mendekati Allah (masih tak sempurna). Ketika mengharungi alam pembelajaran PhD kita keseorangan, jadi pada siapa perlu kita mengadu segala sakit, susah, payah nya kita untuk mendapatkan sesuatu yang kita inginkan? Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya mengenai Hambanya. Bermula dengan bismilah…sudahi dengan alhamdulilah, mudahan kita akan tambah berjaya.
Semoga kita semua yang berhati mulia akan mendapat keberkatan, keredhaan dan kejayaan daripada Allah swt. Amin
March 24th, 2009 @ 10:49 pm
menangis kita..
sekali bila terputus hubungan dgn Allah mula menjalin dgn manusia..
kemudian sekali lagi kita akan menangis..bila dpt berjumpa dgn ‘guru’ krn d situ kt dpt bertemu semula dgn Allah..
mdh2n meningkatnya ilmu berkadar terus dgn rasa tunduk n takut krn kagum n kasih kpd Allah..
alhamdulillah..terima kasih byk2..semoga tercapai segala yg dicitakan