Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kehambaan Diri dan KeTuhanan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Zakat Ilmu

13 February 2009 | 16 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Saudara,

Sudahkah saudara semua menunaikan zakat ilmu?

Memang benar zakat ilmu adalah zakat yang jarang dibincangkan. Tetapi sebenarnya ia adalah sesuatu yang wajib ke atas setiap umat islam lebih-lebih lagi kepada mereka yang banyak ilmu.

Masalah Umat Islam Hari Ini
Kita sedari bahawa keruntuhan tamadun Islam adalah kerana kurangnya ilmu di kalangan umat islam. Ia berlaku akibat daripada cengkaman fahaman materialism yang ditanam ke dalam setiap jiwa umat islam.

Kefahaman materialism ini menular sehingga ke tahap amat kronik di zaman ini apabila setiap perkara mestilah dilakukan berasaskan material. Material diyakini bahawa ia adalah satu-satunya yang mampu membawa kepada kebahagian. Akibatnya jiwa umat islam semakin hari semakin jauh dengan kepercayaan bahawa hanya Allah sahaja yang mampu memberikan kebahagiaan.

Disebabkan fahaman material ini, maka setiap perkongsian ilmu mestilah dibalas dengan material. Ilmu menjadi bahan jual beli yang tidak terkawal sehinggakan setiap ilmu wajib dibayar. Menyedihkan lagi apabila alasan yang sering dimainkan adalah “jika ilmu diberi percuma, orang tidak akan menghargai ilmu“. Fahaman ini merupakan fahaman materialism yang sangat mendukacitakan.

Tidak salah perkongsian ilmu dibayar tetapi ia haruslah selari dengan kehendak Islam. Perkongsian ilmu dibayar sekadar menampung kos-kos sesuatu majlis ilmu diadakan dan sedikit imbuhan sebagai nafkah pencarian pemberi ilmu.

Masalah Kekurangan Ilmu
Masalah ini berlaku disebabkan oleh fahaman materialism yang mempercayai bahawa harta benda sahaja yang mampu memberikan kebahagiaan. Maka pencarian ilmu bukanlah satu perkara yang utama di dalam kehidupan.

Fahaman materialism ini amat merbahaya kerana telah terbukti ia mampu meruntuhkan zaman keagungan umat Islam suatu ketika dahulu. Ia perlu diubah oleh tidak lain dan tidak bukan oleh umat Islam sendiri.

Satu caranya adalah melalui ZAKAT ILMU atau PERKONGSIAN ILMU.

Apakah Zakat Ilmu?
Seseorang yang berilmu adalah orang yang kaya kerana ilmu juga merupakan harta benda yang tidak ternilai harganya. Kenapa setiap yang berharta perlu berzakat?

Allah menjadikan rezeki setiap daripada kita berbeza-beza. Allah memberi kelebihan kepada mereka yang berharta di mana dengan harta yang banyak, maka lebih mudah mendapat keredhaan Allah melalui cara bersedekah. (Yang kurang berharta boleh mendapatkan keredhaan Allah dengan pelbagai cara yang diajar oleh Al-Quran dan Sunnah).

Mereka yang berharta merupakan orang-orang yang diuji oleh Allah dengan ujian yang berat. Ujian kesenangan adalah ujian yang paling berat di mana telah terbukti ramai yang gagal melepasi ujian ini. Sebab itu saya katakan bahawa jika kita mendapat kesenangan dan kita berjaya melepasinya, inshaAllah redha dan rahmat Allah adalah dekat sekali.

Allah menurunkan rezeki kepada umat manusia berbeza-beza. Ini kerana Allah inginkan manusia yang mempunyai harta memberikan beberapa peratus dari harta mereka untuk dikongsikan bersama dengan orang lain. SEBAB ITU, APABILA KITA BERHARTA, KITA PERLU INGAT BAHAWA ORANG LAIN ADA HAK BEBERAPA PERATUS KE ATAS HARTA KITA. Ini kerana Allah memberikan rezeki orang lain MELALUI diri orang yang berharta.

Ilmu juga harta. Setiap orang mempunyai ilmu. Allah memberikan ilmu kepada kita dengan kadar yang berbeza-beza. TujuanNya adalah agar manusia ini saling kenal mengenali dan dapat mengeratkan silaturahim di dalam proses perkongsian ilmu.

ILMU WAJIB DIZAKATKAN atau dengan kata lain WAJIB DIKONGSI. Jika kita berilmu, sekurang-kurangnya kita memberi zakat ilmu ini kepada anak-anak kita, kawan-kawan kita dan orang-orang yang berhampiran dengan kita.

MASALAH UMAT ISLAM yang dikongkong dengan fahaman materialism adalah KEDEKUT ILMU. Kedekut ilmu adalah termasuk di dalam golongan orang yang tidak mahu memberikan ZAKAT ILMU. Disebabkan fahaman materialism ini maka umat Islam akhirnya miskin ilmu. Hanya ilmu-ilmu yang formal sahaja dimiliki itupun disebabkan ilmu itu dibayar.

Ilmu diniagakan dengan harga yang sangat mahal. Akibatnya hanya golongan tertentu sahaja yang mampu memilikinya. Jika kita lihat dizaman keagungan Islam, ilmu ini banyak dikongsi percuma atau dibayar sekadar imbuhan ke atas usaha yang dilakukan oleh pemberi ilmu.

Mulai hari ini, tanamkan di dalam jiwa saudara untuk berkongsi ilmu. Ingat, ILMU WAJIB DIZAKATKAN. Maka berusahalah mencari jalan bagaimana ia boleh dizakatkan.

INGATLAH, HANYA ALLAH YANG MAMPU MEMBERIKAN KEBAHAGIAAN KEPADA KITA. TIADA YANG LAIN.

Penyampai Ilmu ibarat orang yang memberi cahaya kepada jiwa-jiwa yang kegelapan.

Popularity: 10% [?]

Incoming search terms:

Facebook Comments

  • Bengkel JPHBT

  • Kemaskini di FB JPHBT

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Komunikasi dengan Allah SWT menjadikan kita sentiasa berada di dalam keadaan Ihsan. Apakah Ihsan? Anta’budallah ka annaka taraah, fa’illam takun taraah, fa’innahu yaraak. Engkau mengabdi kepada Allah seperti engkau melihatNya. Jika engkau tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Komunikasilah agar kita sentiasa sedar akan Allah SWT sentiasa dekat dengan kita dan melihat apa yang kita lakukan.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Arkib

  • Popular Keyword