Kaulah yang SATU
7 February 2009 | Tiada Komen |
Cetak Artikel
Semoga kita dapat sama-sama menghayati lirik lagu ini dengan penuh keinsafan.
Kaulah Yang Maha Esa
Kaulah Yang Maha Pengasih
Kaulah Yang Maha Penyayang
Tiada hidup tanpaMu
Kaulah Yang Maha Agung
Kaulah Yang Maha Mengetahui
Tuhan dunia akhirat
Tiada aku tanpaMu
Bilaku rasa pilu
Bilaku rasa resah
Bilaku kekosongan
Kau tempatku mengadu
Oh Tuhan yang satu
Engkaulah Tuhan yang satu
Segala puji-pujian
Ku tujukan padaMu… padaMu
Dan hidup dan matiku
Hanyalah untukMu… untukMu
UntukMu…
Ramli Sarip & Raihan
Popularity: 2% [?]
Incoming search terms:
Kunjungan
3 February 2009 | 1 Komen |
Cetak Artikel
Hari ahad yang lalu, bapa mertua dan ibu mertua baru sampai dari Bintulu. Kali terakhir bertemu di Kuching Mac 2008.
Bapa mertua dan ibu mertua adalah orang Melanau Bintulu, Sarawak. Tetapi mereka bertutur menggunakan bahasa Melanau Mukah.
Popularity: 3% [?]
020202
2 February 2009 | 4 Komen |
Cetak Artikel
Nota:
Cerita ini dikongsi untuk kita sama-sama sentiasa berdoa agar berada di samping ibu bapa di saat Allah menjemput mereka kembali selamanya.
Di antara salah satu doa saya yang sentiasa di baca sejak dahulu hingga kini adalah:
“Ya Allah, Tuhan yang Maha Menguasai ke atas tiap-tiap sesuatu, Tuhan yang Maha Mengaturkan segala kehidupan dan kematian, Tuhan yang Maha Mengaturkan segala ketentuan, aku memohon kepadaMu ya Allah, agar aku diberikan kelapangan masa untuk bersama ibu bapa ku ketika mereka berada di saat-saat akhir kehidupan mereka, agar aku dapat menatap wajah mereka buat kali terakhir, agar aku dapat hilangkan rasa rindukan setelah pemergian yang tidak akan kembalinya lagi mereka ke sisi ku ya Allah. Agar aku dapat berasa lapang dada dengan pemergian mereka ya Allah, agar aku dapat mengajar mereka mengEsakan diriMu ya Allah. Ya Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui walaupun sesaat ke hadapan, Tuhan yang Maha Berkuasa segala apa yang ada di langit, di bumi dan segala isinya, Tuhan yang berfirman bahawa Pohonlah kepada Allah, nescaya Allah makbulkan setiap permohonan. Ameen.”
Sebelah petang 1 Februari 2002, Jumaat (7 tahun yang lalu) saya pulang ke rumah kakak saya di Pengkalan Hulu Perak kerana hati sangat rindu pada ayah dan mak. Ayah baru sembuh dari sakit dan semasa itu tinggal sementara dengan keluarga kakak di Pengkalan Hulu Perak.
Popularity: 3% [?]
Cerita Kejayaan
1 February 2009 | 4 Komen |
Cetak Artikel
Metaphor:
“Semasa saya kecil, saya bercita-cita untuk mengubah dunia. Tetapi bila saya membesar, saya merasakan ia sebuah cita-cita yang terlalu besar. Lalu saya menukar cita-cita saya untuk mengubah negara saya.
Namun semakin saya membesar menjadi remaja, saya merasakan ia juga satu cita-cita yang terlalu besar. Maka saya menukar cita-cita saya untuk mengubah bandar kelahiran saya.
Oh, setelah meningkat dewasa saya merasakan ia juga sesuatu yang amat sukar untuk dilaksanakan. Saya perlu menukar lagi cita-cita saya. Kini cita-cita saya ingin mengubah keluarga saya.
Semakin hari semakin meningkat tua, saya rasa terlalu sukar untuk mengubah keluarga. Saya perlu mula mengubah diri saya sendiri.
Jikalah saya bercita-cita sejak kecil dahulu untuk mengubah diri saya sendiri, pasti saya akan berjaya mengubah keluarga saya, bandar kelahiran malah negara saya. Juga mana tahu saya juga mampu untuk mengubah dunia.
Tetapi kini saya sudah tua. Segalanya sudah terlambat.”
Semoga kita dapat pengajaran di atas cerita kejayaan di atas.
Popularity: 3% [?]
Incoming search terms:
- cerita positif (1)







