Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kehambaan Diri dan KeTuhanan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Berkongsi

16 February 2009 | 9 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Sabtu lalu saya ke Melaka. Memenuhi hajat bapa dan ibu mertua untuk ke Melaka sebelum mereka pulang ke Bintulu Sarawak hujung bulan ini. Cuma semalam sahaja di sana.

Setelah pulang, badan saya tidak berapa sihat. Pening kepala hingga ke hari ini, isnin. Jadi saya sepenuh hari berada di rumah. Berada di rumah membuatkan saya mempunyai masa yang banyak untuk bersembang dengan bapa dan mertua saya.

Banyak yang diceritakan termasuk pengalaman mereka membesarkan anak-anak termasuk isteri saya. Sesusah-susah bagaimana arwah ayah saya membesarkan saya, abang dan kakak, rupanya susah lagi bapa dan ibu mertua membesarkan anak-anak mereka.

Mengenangkan bagaimana ibu mertua ingin melahirkan anak sulung sehingga terpaksa menaiki bot berhari-hari, kemudian naik pula motosikal di atas jalan yang tidak sempurna dan sebagainya untuk ke hospital, cukup terasa kesusahannya. Tetapi alhamdulillah semua anak-anak mereka berjaya ke Universiti luar negara dan lebih penting berjaya menjadi anak yang taat pada agama dan ibu bapa.

Sebelah petang ketika saya minum petang bersama bapa dan ibu mertua, saya sempat ceritakan “berkomunikasi dengan Allah“. Cerita ini membuatkan bapa dan ibu mertua saya begitu tertarik. Saya berikan banyak contoh-contoh kepada mereka tentang komunikasi dengan Allah.

Saya ceritakan tentang frekuensi minda. Bagaimana minda yang tenang dan bagaimana minda yang mampu mencapai tahap kusyuk di dalam beribadat.

Oleh kerana mereka pernah pergi menunaikan haji, saya ceritakan tentang mengapa menunaikan haji dapat memberi ketenangan. Mengapa kita melakukan tawaf? Adakah kerana semata-mata mengikut apa yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim? Mengapa kita Tawaf mengelilingi kaabah secara melawan arah jam?

Mereka mula mengenangkan saat-saat mereka menunaikan haji dahulu dan kini dengan memahaminya lebih baik sebab mengapa mereka lakukan rukun haji.

Mereka mengetahui banyak perkara baru tentang komunikasi dengan Allah. Mereka lebih merasakan berbanding saya kerana saya belum mempunyai rezeki untuk menunaikan haji. Tengah mengumpul wang sedaya mungkin.

Komunikasi dengan Allah telah banyak saya kongsikan dengan keluarga. Alhamdulillah ramai yang mula menyedari dan merasakan ketenangan yang diperolehi. Penyerahan jiwa dan raga kepada Allah 100% mula dibina perlahan-lahan dari hari ke sehari.

Semoga suatu hari Allah mentakdirkan kita bersua dan dapat berkongsi cerita. Saya impikan saat-saat ini. InshaAllah.

Popularity: 7% [?]

Facebook Comments

  • Bengkel JPHBT

  • Kemaskini di FB JPHBT

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Kita perlu sedar hidup ini adalah mencabar. Hidup ini memang susah. Hidup ini memang banyak masalah. Kesedaran ini membuatkan kita tahu yang diri kita tidak mampu mengharungi hidup ini tanpa bantuan Allah SWT. Jika kita sedar hidup ini susah, pasti kita akan BERSUNGGUH-SUNGGUH mengharapkan bantuan Allah SWT.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Arkib

  • Popular Keyword