Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan

Formula Kebahagiaan: K(5T)

27 February 2009 | 5 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

FacebookGoogle GmailYahoo MailWordPressTwittermore

K(5T) = Kebahagiaan, formula yang saya gunakan dan Alhamdulillah hati dan jiwa ini sentiasa rasa tenang. Muslim yang hebat dan super adalah muslim yang mempunyai IQ yang hebat, EQ yang mantap dan SQ yang Kukuh.

Saya mengharap agar formula ini terus membuktikan sesiapa yang melakukannya mampu mempunyai IQ yang hebat, EQ yang mantap dan SQ yang Kukuh.

Balutkan semua 5T dengan K = komunikasi dengan Allah.

Formula K(5T) akan saya kupaskan di dalam Syarahan Pengarah UiTM Johor nanti pada 16 Mei, InshaAllah. Atau saudara boleh datang dan bersembang-sembang dengan saya di UiTM Shah Alam.

Incoming search terms:

Frekuensi Gelombang Otak

24 February 2009 | 19 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Frekuensi gelombang otak mempunyai 4 tahap utama iaitu:

1. Sedar (Beta: 15-30Hz)
2. Bawah Sedar (Alpha:9-14Hz)

3. Bawah Sedar (Theta: 4-8Hz)
4. Tidak Sedar (Delta: 1-3Hz)

Frekuensi Otak
Sesetengah buku mengatakan frekuensi otak adalah kegiatan otak di dalam pusingan sesaat. Mungkin ia tidak berapa jelas. Sebenarnya frekuensi ini adalah cetusan elektrokimia yang berlaku di dalam otak apabila kita berfikir. Ia melibatkan neuron otak untuk menghantar signal-signal ketika proses berfikir berlaku. Inilah yang dimaksudkan dengan kadar kegiatan otak iaitu kadar cetusan elektrokimia (signal) dalam masa sesaat yang berlaku di dalam otak. Banyak berfikir, lagi banyak cetusan elektrokimia dan makin laju kadar cetusan per saat (frekuensi).

1. Sedar (Beta: 15-30Hz)
Di tahap ini, kita berada di dalam keadaan sedar. Segala analisis, pilihan dan semua aktiviti yang melibatkan kita berfikir berada di bawah frekuensi beta. Dengan kata lain, apabila kita banyak berfikir secara sedar, kita berada di frekuensi ini.

Tahap fikiran di frekuensi ini merupakan realiti fikiran. Kita akan memikirkan sesuatu itu berdasarkan apa yang kita nampak dan rasakan mengikut daya pemikiran kita ketika itu.

Jika kita memberi arahan kepada mereka yang berada di frekuensi ini, arahan tersebut akan dianalisis terlebih dahulu mengikut pendapat orang yang menerimanya. Sebab itu agak sukar untuk memberi arahan seperti apa yang kita inginkan kepada orang yang berada di frekuensi ini.

Sebab itu ketika kita ingin menasihati seseorang, kita perlu elakkan menasihat mereka ketika mereka berada di dalam keadaan beta.

Contoh yang jelas adalah ketika saudara mula-mula belajar memandu kereta. Saudara pasti berfikir sebelum menekan pedal minyak, pedal break, menukar gear dan sebagainya. Ketika ini pemanduan menjadi agak sukar kerana saudara perlu berfikir sebelum melakukan sesuatu.

2. Bawah Sedar (Alpha: 9-14Hz)
Di tahap ini, kita berada di dalam keadaan bawah sedar atau dengan nama lain sedang dalam keadaan asyik dan fokus. Ini adalah frekuensi terbaik ketika belajar.

Di tahap ini, kita hanya boleh menerima tetapi tidak mampu membuat tindak balas. Semua arahan yang diberikan akan kita ikuti tanpa membuat analisis terlebih dahulu. Jika dirujuk pada artikel Realiti Sebenar dan Realiti Fikiran, kita seolah-olah tiada penapis luar dan dalam.

Tahap ini mempunyai kebaikan dan keburukan. Kebaikan adalah kerana di saat ini, apa yang masuk ke fikiran tidak lagi ditapis oleh fikiran kita. Jika kita memberi nasihat kepada anak dalam keadaan ini, ia terus akan masuk ke dalam fikiran anak kita dan terus diingati.

Jika kita berada di frekuensi ini, kita berada di dalam keadaan tenang dan tenteram. Fikiran tidak celaru dan berserabut kerana otak kita tidak banyak berfikir ketika ini.

Contoh yang jelas adalah ketika kita sudah pandai memandu kereta. Kita tidak perlu berfikir untuk menukar gear, menekan pedal minyak atau menekan break. Kita dapat lakukan tanpa kita sedari. Segalanya berlaku secara automatik.

Keburukan di frekuensi ini adalah, saudara seolah-olah dipukau ketika ini. Orang yang menjalankan pemasaran dan juga jualan dari rumah ke rumah atau di pasar-pasar raya akan cuba menurunkan frekuensi saudara ke tahap ini.

Kemudian apabila saudara sudah berada di tahap ini, saudara tidak berdaya untuk berbuat apa-apa kerana setiap arahan akan saudara ikuti tanpa banyak cerita. Saudara tidak mampu untuk melakukan apa-apa tindak balas sehinggakan saudara tidak sedar menghulurkan segala wang ringgit saudara kepada penjual yang berjaya memukau saudara.

Pastikan saudara berada di dalam keadaan Beta ketika membeli belah atau berada di tempat awam. Jika tidak, saudara akan dipukau di dalam keadaan terjaga.

Saya selalu menurunkan frekuensi anak-anak murid saya ke tahap alpha supaya mereka dapat menerima segala apa yang saya ajar dengan mudah.

Saya juga menggunakan frekuensi ini ketika membaca, membuat penyelidikan dan sebagainya. Saya juga menasihati anak saya (juga isteri) ketika mereka berada di frekuensi ini.

3. Bawah Sedar (Theta: 4-8Hz)
Di tahap ini, kita masih terjaga tetapi kita sangat asyik dan dikatakan khusyuk. Khusyuk di dalam solat seharusnya berada di frekuensi ini. Ketika ini kita tidak mampu menganalisis atau menafsir apa-apa pun.

Jika frekuensi Alpha, kita hanya menerima dan boleh menafsir tetapi tidak boleh memberi tindak balas. Frekuensi Theta pula kita hanya menerima tetapi tidak mampu menafsir apatah lagi untuk memberi tindak balas.

Ketika ini, kita tidak sedar apa yang berlaku disekeliling kita akibat terlalu khusyuk dengan satu perkara. Jika kita bersolat, yang ada ketika ini adalah perasaan CINTA pada Allah dan hanya Allah yang hadir ketika ini. Tiada yang lain.

Sebab itu di zaman Rasullullah, sahabat yang terkena anak panah di betis hanya melakukan solat sunat sahaja disamping sahabat lain mencabut anak panah tersebut. Khusyuknya sehingga tidak berasa apa-apa pun kesakitan.

Jika kita berada di dalam frekuensi ini, kita akan berasa sangat tenang.

4. Tidak Sedar (Delta: 1-3Hz)
Tahap ini merupakan tahap tidak sedar di mana kita berada di dalam keadaan tidur. Namun tidur ini adalah tidur yang dikatakan tidur mati. Kita tidak bermimpi. Tidur yang sangat puas dan cukup. Walaupun mungkin 10 minit tetapi kita akan rasakan cukup segar setelah bangun.

Jika kita tidur tetapi kita bermimpi, kita sebenarnya masih berada di dalam keadaan Beta. Bukan delta. Ini bermakna otak masih berfikir. Sebab itulah datangnya mimpi yang mengarut. Kita menjadi sangat penat apabila bangun jika kita tidur tetapi masih di dalam beta.

Orang yang selalu bersolat di pertiga malam yang menyerahkan 100% jiwa dan raga pada Allah dengan penuh rasa CINTA mampu tidur dalam keadaan delta. Tidur mereka sedikit tetapi puas dan tidak mengantuk di siang harinya. Begitu juga dengan mereka yang sering melakukan tafakur cara Islam.

Penutup
Semua frekuensi ini boleh dicapai dengan cara sengaja atau dengan kata lain mengikut kehendak kita. Ia memerlukan banyak latihan dan kita mampu mencapai di mana saja tahap frekuensi yang kita inginkan.

Sebab itu, apabila kita mampu untuk berada di mana-mana frekuensi, maka dengan mudah kita dapat berada di tahap khusyuk ketika solat.

Khusyuk ketika solat adalah sangat tenang. Sebab itu mereka yang merasainya sentiasa tenang, ceria dan sebagainya.

Komunikasilah dengan Allah agar kita dimudahkan untuk berdaya berada di frekuensi yang kita kehendaki. Banyak sangat kebaikannya. Ketika inilah kita mampu untuk menyerahkan 100% jiwa dan raga kita pada Allah SWT.

Sentiasa ingat dan sebut nama Tuhanmu.

Incoming search terms:

Jalan Yang Lurus

22 February 2009 | 3 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Tunjukilah Kami jalan Yang lurus. Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.
Al-Fatihah Ayat 6-7

Surah Al-Fatihah mempunyai banyak keistimewaannya. Saya belajar cara atau protokol berdoa dan pelbagai lagi dari Surah Al-Fatihah. Fahamilah dengan sejelas-jelasnya apa yang tersirat dan tersurat di sebalik makna surah Al-Fatihah.

Saya ingin membincangkan sedikit berkenaan dengan ayat 6-7. Bukan menafsir. Hanya sekadar pengertian peribadi yang boleh diambil sebagai panduan kehidupan kita.

Hidup kita penuh dengan impian. Kita inginkan segala impian kita menjadi realiti lalu kita berusaha ke arah itu. Saya telah menerangkan di dalam beberapa artikel yang lepas iaitu seharusnya kita memohon kepada Allah dahulu samada segala impian, cita-cita, harapan, azam, objektif dan sebagainya merupakan sesuatu yang terbaik disisi Allah atau tidak.

Baca Selanjutnya…

Ku Mohon Dengan Sangat

19 February 2009 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Ya Allah,
Aku ini insan yang kalah
Balut hati ini yang terbelah, juga terpisah-pisah

Ya Allah,
Hanya pada-Mu aku meminta
Dan, hanya pada-Mu aku memohon..
Mohon dengan sangat

Ya Tuhanku.
Apalagi yang salah didiriku
Bersujudku mohon kepada-Mu
Ampuni dosaku

Ya Tuhanku,
Hanya Engkau yang dapat mengerti
Kesepian yang mencabik diri
Ku tak tahan lagi

Ya Allah,
Jangan biarkan aku terpisah
Terjerat dalam pusaran rindu..
Rahasia kasih-Mu

Ya Allah,
Dia satu di antara seribu
Kumohon jangan pisahkan aku

Alam Semesta Bertawaf

18 February 2009 | 7 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Apakah yang saudara fikirkan dengan melihat gambar-gambar di bawah? Lihatlah arah pusingan semua peristiwa di dalam gambar tersebut. Maha Suci Allah yang menjadikan alam semesta ini penuh dengan makna. Makna yang meminta manusia berfikir.

Setiap yang berputar akan membentuk satu arah arus yang bersudut 90 degree. Fikirkan kejadian ini.


Arah Tawaf Di kaabah


Arah Medan Magnet dan Arus Elektrik. Baca Selanjutnya…

Incoming search terms:

Berkongsi

16 February 2009 | 9 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Sabtu lalu saya ke Melaka. Memenuhi hajat bapa dan ibu mertua untuk ke Melaka sebelum mereka pulang ke Bintulu Sarawak hujung bulan ini. Cuma semalam sahaja di sana.

Setelah pulang, badan saya tidak berapa sihat. Pening kepala hingga ke hari ini, isnin. Jadi saya sepenuh hari berada di rumah. Berada di rumah membuatkan saya mempunyai masa yang banyak untuk bersembang dengan bapa dan mertua saya.

Banyak yang diceritakan termasuk pengalaman mereka membesarkan anak-anak termasuk isteri saya. Sesusah-susah bagaimana arwah ayah saya membesarkan saya, abang dan kakak, rupanya susah lagi bapa dan ibu mertua membesarkan anak-anak mereka.

Baca Selanjutnya…

Zakat Ilmu

13 February 2009 | 16 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Saudara,

Sudahkah saudara semua menunaikan zakat ilmu?

Memang benar zakat ilmu adalah zakat yang jarang dibincangkan. Tetapi sebenarnya ia adalah sesuatu yang wajib ke atas setiap umat islam lebih-lebih lagi kepada mereka yang banyak ilmu.

Masalah Umat Islam Hari Ini
Kita sedari bahawa keruntuhan tamadun Islam adalah kerana kurangnya ilmu di kalangan umat islam. Ia berlaku akibat daripada cengkaman fahaman materialism yang ditanam ke dalam setiap jiwa umat islam.

Baca Selanjutnya…

Incoming search terms:

Tolak Ansur

9 February 2009 | 5 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Saudara,

Di dalam dunia ini, walaupun kita hebat, kita berjawatan besar, kita ketua rumahtangga, kita bos di tempat kerja, kita merupakan ‘ayam tambatan’ organisasi kita, namun kita bukanlah hebat dari semua segi. Kita juga ada kelemahan.

Pepatah ada mengatakan bahawa:

Untuk maju kehadapan, kita perlu lihat orang yang berada di atas kita. Jika kita mahu bersyukur, lihatlah orang yang di bawah kita.

Baca Selanjutnya…

Artikel Seterusnya »
  • FB GROUP JPHBT

  • JPHBT di Android Phone

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Milikilah kesedaran tertinggi agar kita mampu memiliki rasa kehambaan yang mendalam kepada Allah SWT sebagai asas terhadap ibadah yang dilakukan. Berserahlah kepadaNya untuk memiliki ketenangan hidup di dunia dan akhirat. "Ya Allah gantilah kegelisahan di hati ini dengan ketenangan yang membahagiakan. Terima kasih Allah, terima kasih".
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Arkib

  • Popular Keyword