Visualisasi
4 January 2009 | 7 Komen |
Cetak Artikel
Saya tahu kini masyarakat kita sudah mengerti teknik visualisasi dan pengakuan berulang kali (affirmation). Jika kita baca di sana sini orang membicarakan berkenaan dengan hal ini. Teknik ini dikatakan cukup berkesan dan amat baik di dalam proses untuk kita mencapai apa yang kita inginkan.
Namun rata-rata apa yang saya baca sesuatu yang amat membimbangkan. Visualisasi yang dilakukan hanya mengikut apa yang dikatakan oleh buku-buku barat tanpa membuat sebarang pembacaan lain dan juga kajiselidik samada teknik visualisasi yang diketengahkan adalah betul atau tidak menurut islam.
Ada juga yang saya baca mengatakan bahawa VISUALISASI DAN AFFIRMATION YANG BANYAK DIWAR-WARKAN OLEH BARAT ADALAH MINDA SUPER SEDAR. Jangan tertipu dengan semua kenyataan ini. VISUALISASI DAN AFFIRMATION YANG DIKATAKAN ITU BUKAN MINDA SUPER SEDAR. Ia adalah minda bawah sedar.
Visualisasi yang selalu diwar-warkan adalah membayangkan apa yang kita inginkan. Jika kita inginkan kereta mewah (BMW sebagai contoh), kita diajar agar membayangkan kita memandu kereta BMW, menyentuh kereta tersebut, membayangkan rupa bentuk dan rasa ketika memandu.
Jika kita ingin menjadi kaya, kita diminta untuk membayangkan kita mempunyai banyak wang, mempunyai rumah besar, hidup senang dan sebagainya.
Komen saya dari sudut Agama (Hidup BerTuhan):
Visualisasi dan Affirmation banyak dilakukan di dalam banyak program berbentuk Law of Attraction. Ia dikatakan hukum alam. Sebenarnya semua ini adalah hukum Allah. Semua ini akan dapat dicapai atas izin Allah. SEHARUSNYA KITA MEMOHON KEPADA ALLAH.
Membayang dan pengakuan berulang kali MUNGKIN AKAN BERJAYA KERANA ALLAH TIDAK ZALIM KEPADA HAMBANYA. Namun INGAT!! ADAKAH KEJAYAAN YANG DIKECAPI ITU SATU KEJAYAAN YANG TERBAIK DISISI ALLAH ATAU TIDAK? Adakah ia hanya terbaik disisi NAFSU kerana kita TIDAK MEMOHON KEPADA ALLAH. Kita LEBIH PERCAYA DENGAN visualisasi dan affirmation lebih daripada Allah kerana di dalam melakukan visualisasi dan affirmation, kita tidak langsung ingat Allah.
Kita lebih banyak membayangkan benda daripada mengingati Allah. Kerana itu kita lihat ramai yang berjaya memiliki apa yang diinginkan akhirnya akan lupa dengan Allah. Jika menjadi kaya, tidak tahu di mana letaknya Allah.
CARA YANG TERBAIK UNTUK MELAKUKAN VISUALISASI DAN AFFIRMATION:
MAKA CARA YANG BETUL ADALAH, MENGINGATI SESUATU YANG KITA INGINKAN ITU SAMBIL KOMUNIKASI DENGAN ALLAH. Jika perkara itu tidak terbaik disisi Allah pasti Allah akan hilangkan rasa keinginan kita untuk mendapatkan apa yang kita inginkan.
Jika apa yang divisual dan di’affirm’kan merupakan yang terbaik disisi Allah, pasti ia bukan sahaja berjaya dikecapi, malah kita akan menjadi lebih bersyukur kepada Allah. Sikap riak dan takabur pasti tidak wujud di dalam diri kita. Malah bertambah iman kita apabila kita mencapai apa yang kita inginkan.
Komen saya dari sudut Sains (Otak Manusia):
Melakukan visualisasi yang disarankan kebanyakan program amat merbahaya kepada minda bawah sedar. Mengapa saya katakan sedemikian?
Visualisasi yang disarankan banyak program adalah membayangkan sesuatu perkara yang kita inginkan TANPA kita pernah merasainya. Ini amat merbahaya dan akan merosakkan minda bawah sedar dan akhirnya merosakkan keseluruhan minda kita.
Mengapa kita tidak boleh membayangkan atau visualise sesuatu perkara yang kita inginkan sedangkan perkara itu belum pernah kita rasainya?
Menggunakan visualisasi sebegini sebenarnya saudara cuba untuk menipu fikiran bawah sedar saudara. Pada asasnya ia adalah betul. Tetapi disebabkan saudara tidak pernah merasai apa yang anda inginkan, maka penipuan saudara menipu saudara kembali.
Contoh:
Jika saudara ingin memiliki sebuah kereta BMW, maka saudara disarankan agar membayangkan kereta tersebut. Saudara diminta untuk membayangkan saudara sedang memandu kereta BMW dan cuba merasai pemanduan yang saudara bayangkan.
Persoalannya dapatkah saudara merasainya sedangkan saudara TIDAK PERNAH MERASAI RASA MEMANDU KERETA BMW? Saudara sebenarnya merasai memandu kereta saudara yang ada tetapi hanya membayangkan rupa bentuk kereta BMW. Jadi saudara menipu minda bawah sedar saudara.
Jadi bagaimana memperbetulkannya?
Mudah sahaja. Saudara pergi dahulu ke showroom dan minta untuk pandu uji (test drive) kereta BMW yang saudara inginkan. Rasainya lah dengan sebenar-benarnya. Kemudian barulah saudara lakukan visualisasi. Saudara kini benar-benar tahu rasanya memandu kereta BMW yang saudara idamkan. Maka visualise lah sepuas-puasnya.
Ingat!! VISUALISASI HANYA BOLEH DILAKUKAN APABILA SAUDARA PERNAH MERASA SESUATU PERKARA ITU.
Kelemahan Visualisasi
Saya tidak melakukan visualisasi walaupun saya tahu program yang melibatkan LoA ini sejak tahun 2004. Apabila saudara visualisasi sebenarnya saudara mewujudkan banyak fikiran baru. Saudara akan memaksa untuk memikirkan apa yang saudara inginkan. Pada konsepnya saudara rasa ia akan menambahkan semangat saudara. Tetapi malangnya sebenarnya ia akan memberi tekanan kepada saudara.
Saudara tidak akan tenang kerana saudara sentiasa menambah fikiran baru di otak kiri saudara. Visualisasi yang dilakukan bukan menggunakan otak kanan. Ia sebenarnya menggunakan otak kiri. Maka saudara menambah frekuensi BETA dalam fikiran saudara. Saudara telah menambahkan stress ke dalam diri saudara tanpa sedar. Apabila tekanan fikiran meningkat, maka NAFSU mulai menguasai jiwa dan fikiran saudara. Ketika itu, tidak hairanlah ramaiĀ mereka yang berjaya lupa diri dan amat malang lupa kepada Allah SWT.
Cara yang betul
Komunikasi dengan Allah setiap kali saudara inginkan sesuatu. Jangan jemu memohon kepada Allah kerana setiap sesuatu itu akan saudara miliki dengan izinNya. Sambil berusaha mohon lagi dan lagi kepada Allah. Hidup ini merupakan pilihan. Sepanjang masa kita berhadapan dengan pilihan. Allahlah yang Maha Mengetahui mana yang baik. Sepanjang kita berusaha, mohonlah kepada Allah agar berikan suatu tanda agar apa yang kita lakukan itu adalah benar-benar terbaik disisiNya.
Contoh Komunikasi Dengan Allah Untuk Memohon Sesuatu.
Ya Allah, cantiknya kereta BMW ini ya Allah. Aku nak kereta ini ya Allah. Tunjukkanlah aku jalan supaya aku dapat kereta ini ya Allah.
Kalau sudah cukup rezeki untuk memiliki kereta BMW, komunikasi lagi dengan Allah.
Ya Allah, aku dah cukup duit nak beli kereta BMW ini ya Allah. Bagus ke kalau aku beli kereta ini ya Allah. Warna yang mana satu yang menarik ya Allah. Ya Allah, aku nak kereta ini bukan nak bermegah-megah ya Allah. Aku nak guna untuk keperluan aku sahaja. Ya Allah, perlu tak aku beli hari ini ya Allah.
InshaAllah, Allah akan beri jawapan dalam pelbagai bentuk. Samada gerak hati atau bahasa alam. Contohnya, segala pembayaran amat mudah dan licin. Promoter melayan saudara dengan teramat baik. Pelbagai barangan lain atau apa sahaja sebagai hadiah diberi kepada saudara.
Percayalah. Saya banyak sekali merasai dan melihat kekuasaan Allah di dalam hal merealisasikan keinginan kita dan saya juga merasai sesuatu yang Allah halang daripada saya memilikinya dengan pelbagai bahasa alam dan gerak hati. Ini akan menambahkan keimanan kita kepada Allah kerana Allah tunjukkan jelas kepada kita.
Bahasa Alam bukanlah mukjizat. Seperti contoh, saya ingin membeli beg laptop saya baru-baru ini. Saya mohon pada Allah dapat mencari harga yang murah. Alhamdulillah, saya dapat harga beg laptop RM90 pada awalnya. Menarik beg tersebut. Saya risau juga kerana murahnya beg ini dengan jenama yang baik. Saya mohon lagi kepada Allah. Saya kata, ya Allah kalau aku dapat tawarkan harga RM80, saya akan beli beg ini. Perasaan rasa ingin meminta harga serendah RM80 datang tiba-tiba.
Disebabkan semua terjadi dengan keizinan Allah, maka apabila saya minta tawar beg tersebut menjadi RM80, taukeh kedai tu kata, “nanti dulu ok”. Selepas dia mengira-ngira sesuatu dengan kalkulatornya, oklah..RM80 sahaja. Alhamdulillah. Maka saya tahu, dengan izin Allah saya dapat beg laptop yang baru dengan hanya harga RM80 sahaja.
Komunikasilah dengan Allah. Saudara rasailah sendiri manisnya perasaan cinta, kasih dan sayang pada Allah.
Popularity: 8% [?]
Incoming search terms:
Tags: affirmation > komunikasi > law of atrraction > LoA > minda sedar > mindah bawah sedar > visualisasi






