Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kehambaan Diri dan KeTuhanan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Sukarnya BerKomunikasi

27 January 2009 | 9 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Saya menerima beberapa email menyatakan sukarnya untuk berkomunikasi dengan Allah setiap saat. Kekadang lupa untuk berkomunikasi. Bagaimana untuk berkomunikasi dengan Allah di dalam setiap kerja yang kita lakukan? Itulah persoalan yang sentiasa bermain di dalam fikiran pengirim email.

Saya yakin ia juga menjadi persoalan kepada pembaca blog saya ini.

Saudara,

Manusia ini sentiasa berfikir di dalam keadaan sedar. Namun ada juga berfikir ketika tidur. Lebih 80% manusia berfikir di dalam tidur. Walaupun masih tidur, tetapi fikiran mereka masih berada di frekuensi Beta.

Kita sering bercakap secara ‘mind chat’ tidak kira di mana dan dalam apa jua keadaan sedar. Ketika kita bersembang dengan kawan, pasti ada sesuatu yang kita fikirkan.  Ketika kita berkerja, macam-macam kita fikirkan.

Kita akan lebih banyak bercakap seorang diri (mind chat) ketika kita berseorangan. Ketika kita memandu, pelbagai perkara keluar di fikiran kita. Ketika kita membeli belah, pelbagai barangan yang keluar di fikiran kita. Ketika kita menonton, pelbagai perkara terfikir bersama dengan perasaan yang muncul. Ketika kita duduk termenung, lagilah banyak yang difikirkan.

Nah! Mengapa harus bercakap seorang diri? Kini tukarkan apa yang kita fikirkan dan apa yang kita cakapkan seorang diri itu kepada berkomunikasi dengan Allah.

Ketika ini saudara membaca artikel ini, komunikasilah dengan Allah, “Ya Allah, aku sedang membaca apa yang Fuad tuliskan ya Allah. Aku tengah baca berkenaan komunikasi denganMu ya Allah.

Ketika memandu, jika kita terfikir kereta cantik idaman kita, ceritakan pada Allah, ” Ya Allah, cantiknya kereta itu ya Allah. Bestnya ya Allah kalau aku dapat ya Allah. Bilalah aku nak dapat ya Allah. Kalau aku ada duit, adakah manafaat kalau aku beli kereta macam tu ya Allah“.

Jika saya sedang mengajar saya biasa akan berkomunikasi, “ya Allah, aku sedang ajar berkenaan dengan machines ni ya Allah. Fahamkanlah pelajar ini ya Allah. Bukakan hati mereka ya Allah.”

Ketika saya ingin makan di cafe dan memilih lauk, saya akan berkomunikasi, “ya Allah, lauk manalah yang terbaik untuk aku hari ini ya Allah. Sedapnya lauk ayam ni ya Allah. Semoga rasa ini adalah panduan dari diriMu ya Allah“. Kita tidak akan menerima jawapan dari Allah sepertimana jawapan daripada manusia. Tetapi Allah akan berikan di dalam gerak hati kita, inshaAllah.

Komunikasilah dengan Allah apa yang saudara fikirkan, lakukan, dengarkan dan sebagainya. Tukarkan berfikir seorang diri kepada bercakap dengan Allah. Tukarkan ‘mind chat’ kepada berkomunikasi dengan Allah.

InshaAllah saudara akan berasa Allah itu sangat dekat dan sentiasa bersama saudara di mana jua saudara berada dan tidak kira masa. Berdoalah disamping berkomunikasi agar wujudnya rasa CINTA dan SAYANG kepada Allah. Hayatilah kehadiran Allah ketika berkomunikasi.

Popularity: 10% [?]

Incoming search terms:

Facebook Comments

  • Bengkel JPHBT

  • Kemaskini di FB JPHBT

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Iman itu kesedaran. Cinta itu menguatkan kesedaran. Komunikasi itu melahirkan cinta.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Arkib

  • Popular Keyword