Blog Ini Menggunakan Hosting 10GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kepentingan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Protokol Doa

30 January 2009 | 12 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

VN:F [1.9.3_1094]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 4.0/5 (1 vote cast)

Setiap kali saya berdoa, saya jadikan doa buat kekasih sebagai panduan berdoa. Bagi saya doa buat kekasih adalah doa yang terbaik susunan doanya. Doa buat kekasih mempunyai protokol doa iaitu:

1. Tawasul
2. Khusus
3. Sebab/alasan
4. Tawasul
5. Pasrah.

Cuba saudara perhatikan doa buat kekasih di akhir artikel ini dan cuba bacakan sekali. Terasa ketenangan di sana. Saudara boleh ubahkan untuk memohon hajat tertentu yang lain. Setiap doa mesti mengikut protokol.

1.Tawasul
Sebelum memohon perlulah memuji Allah SWT. Allah suka dipuji. Lagi pun memang berhak Allah dipuji kerana rahmat yang Allah berikan kepada kita ini tidak mampu ditandingi.

2. Khusus
Kebiasaan doa adalah terlalu umum seperti, “Ya Allah murahkanlah rezekiku”. Kita menganggap Allah mengetahui apa yang kita inginkan walaupun hakikatnya Allah memang mengetahui. Tetapi sifat kita ini tidak bersungguh di dalam memohon lalu untuk memudahkan diri kita, kita meminta secara umum.

Apabila kehendak dan keinginan kita tidak dimakbulkan, kita menyalahkan Allah. Sedangkan kita lupa doa kita adalah memohon kepada Allah agar murahkan rezeki. Maka nikmat kehidupan dan masih bernyawa juga merupakan rezeki.

Di dalam memohon juga ia mesti mengikut protokol yang lain pula iaitu SMART:

  1. Specific (khusus)
  2. Measurable (boleh dikira)
  3. Achievable (mampu dicapai)
  4. Realistic
  5. Timeline

Di dalam berdoa, kita perlu khusus. Jika ingin meminta duit, sebut sahaja berapa jumlah yang kita inginkan. Jika kita mempunyai 10 keinginan, sebutkan satu persatu tetapi mesti SMART. Jika kita ingin pergi menunaikan haji hujung tahun ini sedangkan wang yang terkumpul baru ada RM100 bagi tujuan ini, adakah ia SMART?

Walaupun bukanlah mustahil kita mampu mencapai tujuan tersebut tetapi seboleh-bolehnya biarlah ia adalah Achievable dan Realistic di dalam Timeline yang kita inginkan.

Sebagai contoh, jika saudara mula mengumpul RM100 untuk pergi haji mulai bulan ini dan bercadang untuk menunaikan haji 2 tahun lagi, kemudian saudara kini sedang menjalankan perniagaan kecil-kecilan dan juga mempunyai sumber pendapatan dari pelbagai sumber, maka ia boleh dikatakan SMART.

Hanya saudara yang tahu samada apa yang saudara inginkan itu memenuhi SMART atau tidak.

3. Sebab/Alasan
Di dalam berdoa, kita perlu ada alasan. Mengapa kita inginkan sesuatu itu. Contohnya jika kita ingin pergi haji, kita perlu beri alasan kenapa kita ingin pergi haji. Walaupun Allah memang mengetahui tetapi jika kita beritahu Allah, maka sebenarnya diri kita akan lebih bersemangat untuk berusaha mencapai tujuan itu dengan bersaksikan Allah yang mendengar sebab dan alasan kita.

4. Tawasul
Di dalam setiap doa, kita hendaklah menyelanginya dengan tawasul. Kita boleh menggunakan firman-firman Allah untuk mengukuhkan permohonan kita seperti berkata “Ya Allah, bukankah Engkau berfirman jika aku berdoa, pasti Engkau makbulkan ya Allah”. Inilah tawasul yang dimaksudkan di protokol ke-4 ini.

5. Pasrah
Menyerahkan 100% kepada Allah doa yang telah dipohon. Jangan tertanya-tanya, bilalah Allah nak makbulkan ni, bilalah Allah nak kasi rezeki ni, bilalah Allah nak buat itu ini. Pasrah bermakna bukan tidak melakukan apa-apa kerja atau usaha, tetapi pasrah menerima samada dimakbulkan atau tidak.

Keizinan Allah di dalam permohonan kita diberi tanpa kita sedari. Yang pasti kita hendaklah terus berusaha dan inshaAllah jika Allah mengizinkan pilihan yang kita buat itu, maka dimudahkan kita di dalam segala urusan. Perniagaan kecil-kecilan kita makin membesar. Jika kita belum pandai doa dan cara mengerjakan haji, ada saja jalan ke arah itu yang Allah berikan.

Contoh di atas adalah satu contoh iaitu hajat mengerjakan haji. Namun protokol itu sama untuk memohon apa sahaja keinginan dan hajat. Kita manusia yang lemah di mana sentiasa mempunyai hajat walaupun hajat yang kecil.

Sepertimana yang biasa saya katakan, HIDUP INI PENUH DENGAN PILIHAN. Masalah utama kita tidak tahu apa akan terjadi walaupun sesaat kehadapan. Sebab itu kita memerlukan Allah SWT yang maha mengetahui agar dapat memberi panduan kepada kita agar pilihan yang dipilih merupakan yang terbaik di sisiNya. Setiap yang terbaik disisi Allah pasti terbaik untuk diri kita.

Saranan
Elakkan berdoa seperti mengarahkan Allah melakukan kerja seperti, “Ya Allah murahkanlah rezeki aku”. Atau “ya Allah, panjangkanlah umur aku”.

Bukankah bunyi doa itu seperti mengarahkan Allah melakukan kerja. Seharusnya doa yang baik adalah dengan meminta permohonan.

“Ya Allah, Yang Maha Pemberi, Yang Maha Mengasihani, Yang Maha Kaya. (Tawasul)….Aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku dimurahkan rezeki …. (sambung dengan permohonan yang khusus)….(beri alasan kenapa memohon)…. Aku ini lemah ya Allah, aku perlukan pertolongan diriMu ya Allah. ….ya Allah Jika keinginan aku ini baik ya Allah,  aku memohon agar Kau makbulkan permohonan aku ini ya Allah. Bukankah Engkau berfirman, jika aku berdoa kepada Engkau, akan Engkau makbulkan permohonanku ya Allah (Tawasul).

Tetapi ya Allah, jika ini bukan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah, maka buangkan keinginan ini dari hati aku ya Allah. Agar aku tidak akan mengingati keinginanan ini lagi ya Allah. Agar aku sentiasa tenang ya Allah. (Pasrah)….. ya Rahman, Ya Rahim. Ameen.

Itu adalah satu contoh doa yang ringkas mengikut protokol doa. Saudara boleh menyusunnya semula dengan lebih baik dengan tawasul yang lebih banyak. Doa yang umum tidak melihatkan kita bersungguh di dalam mendapatkan sesuatu. Maka susunlah doa mengikut protokol doa yang dinyatakan. Semoga segala hajat, impian, keinginan, cita-cita akan dimakbulkan oleh Allah SWT.


Bagi yang sudah berumahtangga, doa untuk kekasih di bawah perlu diubah. Bimbang lain jadinya nanti :D

DOA UNTUK KEKASIH

Dengan nama Allah
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku, tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini…
Ke tepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi ya Allah…
Seandainya telah engkau takdirkan…
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh dari pandangan ku…
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu…
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan…
Adalah yang terbaik buatku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan di akhirat…
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini…
Janganlah engkau biarkan aku bersendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat…
Dan peliharalah kami dari azab api neraka…

Amin… Amin… Amin…Ya rabbal ‘aalamiin…

VN:F [1.9.3_1094]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 4.0/5 (1 vote cast)
Protokol Doa, 4.0 out of 5 based on 1 rating

Popularity: 14% [?]

Comments

12 Responses to “Protokol Doa”

  1. suka menanti
    January 31st, 2009 @ 2:35 am

    Assalamualaikum -…..

    Terima kasih, banyak info yang bermanafaat untuk kali ini.
    Insyaallah akan diamalkan dan diperbaiki amalan dari masa kesemasa. Teruskan berkarya. Semog panjang umur dan mendapat keberkatan dari Ilahi. Amin

  2. pena_sakti
    January 31st, 2009 @ 3:34 am

    Assalamualakum

    Baru kini saya tahu etika berdoa yang sebenar.teruskan memberi panduan agar kehidupan lebih bermakna dan bermatlamat. Terima kasih atas panduan yg diberi.

  3. ady
    January 31st, 2009 @ 3:52 am

    Salam,

    Syukur kepada Allah kerana diizinkanNya mengutip ilmu hari demi hari dari blog ini.Saya semakin menyenangi pengisiannya dan mengamalkan dalam kehidupan.Ya Allah..berilah peluang kepadaku untuk merasa cinta dan kasih kepadaMu lebih dari segalanya.Amin.

  4. kall
    January 31st, 2009 @ 7:59 am

    Terimaa Kasih En Fuad ATAS ATAS aRTIKEL INI.

    Ya Allah teruskan lah Beri kekuatan kepada owner blog ini agar terus berikan artikel berkualiti seperti ini Ya Allah.

  5. shud
    February 2nd, 2009 @ 2:55 am

    Syukur alhamdullilah Allah pertemukan 2 laman web yang amat bermunafat buat saya (1) blog prof.MKI (2) blog tuan..InsyaAllah saya akan lawatinya setiap hari…Semoga Allah limpahkan lebih banyak ilham buat tuan untuk berdakwah….Amin…

  6. yuzs
    February 23rd, 2009 @ 12:40 pm

    Assalamualaikum..
    Baru aku tau.. cara berdoa yg sebenarnya… terima kasih kpd owner blog ni. banyak info yg aku dpt.. Ni 1st time g blog ni..Teruskan usaha anda

  7. nurrul
    February 28th, 2009 @ 4:48 am

    terima kasih krn berkongsi ilmu dlm berdoa. baru hari ini saya tahu cara berdoa yg terbaik. alhamdulillah kerana dipertemukan dgn blog in. teruskanlah mencurah ilmu yg bermanfaat..terima kasih tn.

  8. Nak kembali ke jalan yg benar, (insan yg telah banyak melakukan dosa)
    March 6th, 2009 @ 6:15 pm

    Assalamualaikum,
    Alhamdulillah…. terima kasih kerna beri tunjuk ajar
    kepada saya, saya bersyukur kerna ada insan yg sanggup
    berkongsi ilmu dan bersusah payah nak siapkan artikel nie..
    saya berdoa mudah2an awk panjang umo n murah rezki….

  9. Tangisan Doa | Jiwa Positif dan Hidup BerTuhan
    March 9th, 2009 @ 6:07 am

    [...] 4 Memohon segala apa yang diinginkan daripada Allah. Memohon dengan mengikut protokol doa yang dijelaskan sebelum [...]

  10. syedmansor
    April 20th, 2009 @ 9:20 am

    salam semua…

    alhamdulillah, artikel yg menginsafkan setiap diri yg lalai ketika berdoa…

    mudah2an kita jadi hambaNYA yg sntiasa berdoa dgn tawajjuh dan mrendahkan diri… semakin kita berdoa, kita menerapkan ke dlm diri yg kita adalah lemah, tiada apa2 di sisiNYA… maka pasti Allah akan mengurniakan segalanya tanpa kita ketahui dari arah yg tidak disangka2..

    Teruskan berdoa dan meminta kepada Allah sehinggalah kita jemu meminta tetapi Allah tidak jemu2 utk mdengar & mengabulkan doa kita…

  11. fadzilah abdullah
    August 4th, 2009 @ 10:37 am

    terima kasih dan brsyukur skali ditemukan dengan blog ini
    mudah2an bertambah lg ilmu yang dpt dimunafaatkan bersama

  12. zatadeen
    August 22nd, 2009 @ 1:58 am

    Salam.. mohon izin ambil artikel dari blog tuan,boleh.. sangat bermanfaat isinya..

    JazakilLah.

Leave a Reply





  • Jadual Latihan Solat Khusyuk

  • Komunikasi

    Hanya mesej yang tiada kaitan dengan artikel. Jika ada kaitan, sila komen di artikel. Terima kasih.


    ShoutMix chat widget
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Maklumbalas Terkini

  • Artikel Terkini

  • Arkib

  • Popular Keyword

    bahagia banyak masalah berserah dekat dengan Allah didik anak cara islam fuad latip gelisah hidup bertuhan ilmu ingat Allah Jiwa Positif jiwa super kesedaran khusyuk solat komunikasi komunikasi dengan Allah kuasa jiwa law of atrraction lembutkan hati anak lembutkan hati isteri lembutkan hati suami masalah anak masalah besar masalah jiwa masalah rumahtangga masalah suami isteri minta izin motivasi Motivasi Diri motivasi kekal pasar ramadhan pasrah puasa ramadhan redha rela sedar solat solat khusyuk spritual suami ego super affiliate super minda super sedar teknik SEO
  • Profil

    Mohd Fuad Bin Haji Abdul Latip
    Fakulti Kejuruteraan Elektrik
    Universiti Teknologi MARA
    40450 Shah Alam
    Selangor
    fuadlatip[at]gmail.com


  • Blog Rating

    Average blog rating:

    4.7