Spiritual dan Psychology
19 January 2009 | 2 Komen |
Cetak Artikel
Sebagai seorang pensyarah dan juga ketua keluarga saya memerlukan ilmu Spiritual dan Psychology. Bahkan sememangnya saya amat memerlukan ilmu spiritual sebagai seorang mukmin agar wujud rasa cinta yang tidak tolok bandingnya terhadap Allah SWT.
Sebab itu saya banyak mempelajari kedua-dua ilmu ini sejak beberapa tahun lepas agar saya dapat menjadi seorang pendidik yang dapat melahirkan modal insan yang cemerlang dari pelbagai segi termasuk jiwa yang hebat. Jiwa yang mempunyai rasa cinta kepada Allah sehingga tidak lagi bergantung kepada apa jua selain Allah 100%.
Popularity: 6% [?]
Visualisasi #2
18 January 2009 | Tiada Komen |
Cetak Artikel
Saya pernah menulis berkenaan dengan Visualisasi. Banyak email yang saya terima di mana ramai yang tidak sependapat dengan saya. Lalu saya jelaskan, visualisasi yang saya maksudkan adalah visualisasi yang saudara tidak pernah nampak dan tidak pernah rasa. Lalu kita cuba untuk visualisekan. Inilah yang dimaksudkan oleh saya dalam artikel itu.
Anggapan apa yang saya tuliskan dalam artikel yang lepas tidak sependapat dengan mereka kerana mereka berhujah berdasarkan visualisasi secara umum dan membuat perbandingan dengan apa yang saya katakan. Maka seolah-olah ia mempunyai perbezaan dengan fahaman mereka lalu mengatakan pendapat saya berbeza sedangkan ia adalah sama sahaja.
Popularity: 12% [?]
Penyerahan 100%
15 January 2009 | 8 Komen |
Cetak Artikel
Katakanlah (wahai Muhammad) “Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan sekelian alam”.
Ayat 162 surah al-An’am
Setiap hari sekurang-kurangnya kita akan membaca ayat di atas sebanyak 5 kali. Samada kita menghayatinya atau ketika fikiran kita melayang entah ke mana kerana kusyuk yang tidak kunjung tiba, namun itulah janji kita kepada Allah.
Muslim itu pengikut. Pengikut agama islam atau dengan nama lain penganut. Bezanya dengan mukmin adalah mukmin ini adalah orang yang menyerahkan 100% jiwa dan raga kepada Allah. Muslim itu ramai tetapi mukminnya sedikit sahaja. Mukmin itu melakukan seperti mana dia berkata dan kata-katanya adalah baik-baik belaka.
Popularity: 5% [?]
Allah Menentukan Yang Terbaik
14 January 2009 | 2 Komen |
Cetak Artikel
Sesuatu yang terbaik bagi kita belum tentu terbaik bagi Allah.
Hidup ini adalah pilihan. Setiap apa yang kita lakukan merupakan pilihan.
Ramai di antara kita mempunyai hajat sebagai contoh ingin menjadi kaya dan kita merasakan ia adalah terbaik bagi kita. Setiap hari kita bekerja dan berusaha ke arah itu dengan harapan hajat menjadi kaya itu menjadi kenyataan. Kita melakukan pelbagai cara untuk memotivasikan diri kita ke arah itu. Kita juga melakukan ibadah seperti solat malam, bersedekah dan sebagainya dengan harapan Allah makbulkan hajat kita.
Pernahkah kita fikirkan banyak doa dan permohonan kita kepada Allah yang tidak dimakbulkan? Akhirnya amalan ibadah kita menjadi kurang dari hari ke sehari kerana kita rasa penat melakukan tetapi masih tidak berjaya. Atau mungkin kita sudah berjaya tetapi ibadah pula semakin kurang kerana apa yang kita hajati sudah dimakbulkan.
Mengapa begitu?
Popularity: 7% [?]
Incoming search terms:
Memohon Keizinan Allah
13 January 2009 | 2 Komen |
Cetak Artikel
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Wahai api! Hendaklah engkau menjadi dingin dan selamat terhadap Ibrahim. Mereka hendak memperdayakan Ibrahim dengan dia lalu Kami berkati di dalamnya untuk seluruh alam.”
(Al Anbiyaa’: 69 dan 70)
Seorang pelajar tahun dan semester akhir berjumpa dengan saya untuk berbincang berkenaan dengan projek tahun akhir (Final Year Project @ FYP). Pada mula pelajar ini masuk ke bilik saya, beliau sangat stress. Manakan tidak kerana sudah semester akhir, tetapi masih belum jelas memahami apa yang dilakukan.
Pelajar ini bukanlah pelajar saya semasa semester lepas. Mereka ini adalah pelajar dari UiTM Pulau Pinang yang diarahkan untuk bertukar ke UiTM Shah Alam kerana program ijazah hanya dijalankan di kampus induk sahaja mulai semester ini untuk Fakulti Kejuruteraan Elektrik. Jadi saya diarahkan untuk menjadi co-supervisor sahaja sementara supervisor masih lagi pensyarah di Pulau Pinang.
Popularity: 4% [?]
Incoming search terms:
- keizinan allah (2)
Saudaraku
11 January 2009 | 1 Komen |
Cetak Artikel
Saudaraku,
Laluilah dengan tenang di tengah-tengah keriuhan dan kesibukan pentas dunia ini dan ingatlah bahawa segala ketenteraman lahir dari JIWA yang suci.
Seberapa yang terdaya semaikan benih kemesraan pada setiap insan serta kekalkan semangat muhibah dan berbudilah bahasa setiap masa.
Lahirkan dengan perlahan dan tegas perkara-perkara yang hak.
Dengarlah kata-kata keluhan setiap daripada mereka walaupun membosankan atau jahil. Mereka juga mempunyai kisah hidup pahit manisnya.
Jauhilah mereka yang kasar dan sombong kerana mereka ini adalah pengacau jiwa halusmu.
Jika engkau selalu bandingkan dirimu dengan yang lebih tinggi, mungkin engkau akan rasa kecil dan kecewa. Tetapi ingat, di setiap lubuk dan pelusuk dunia ini ada yang kurang nasib baiknya daripadamu.
Berbanggalah dengan segala titik peluh usaha dan rancangan masa depanmu.
Berhati-hatilah dalam mengatur pekerjaan dan urusanmu kerana dunia ini penuh dengan segala tipu helah.
Janganlah pula engkau selalu mempunyai sangkaan buruk pada setiap sesuatu.
Ramai di antara mereka yang berjuang untuk hidup perlukan keberanian dan pengorbanan. Teruskan hidupmu yang sederhana dan dengan yang terdaya.
Usah hidup berpura-pura.
Ambil pengajaran dari masa silammu.
Tanamkan JIWA keimanan dan isikan ia dengan titisan cahaya ilmu yang suci.
Hargailah dirimu.
Kamu ditakdirkan berada di sini, maka sujudlah kepadaNya dengan HATI yang tenang dan JIWA yang khusyuk.
Berhati-hatilah merintis jalan hidup ini….
bertaffakurlah….
dan berkomunikasilah dengan Allah sepanjang masa.
Fuad Latip 1998
p/s Kata-kata ini selalu menjadi teman motivasi saya sejak saya berada di tahun 2 pengajian pada tahun 1998 dahulu ketika giat aktif di dalam Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya. Ketika itu Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman sebagai Presiden. Kata-kata terus tersemat di hati saya. Kata-kata ini juga dikongsi bersama pelajar-pelajar saya setiap semester. Di dalam kelas dan di tampal di luar bilik saya.
Popularity: 3% [?]
Komunikasi Itu Cinta
7 January 2009 | 1 Komen |
Cetak Artikel
Komunikasi adalah segala-galanya di dalam cinta.
Tanpa komunikasi cinta tidak akan dapat termeterai.
Tanpa komunikasi, rindu tidak akan dapat diubati.
Tanpa komunikasi kasih sayang tidak dapat diberi dan dirasa.
Tanpa komunikasi jiwa sentiasa resah gelisah.
Tanpa komunikasi jiwa menjadi sepi.
Tanpa komunikasi tidak akan wujud rasa cinta.
Tanpa komunikasi, tidak akan ada perkongsian suka dan duka.
Tanpa komunikasi, cinta bertepuk sebelah tangan.
Dengan Komunikasi datangnya Cinta.
Dengan cinta datangnya keasyikan.
Dengan keasyikan datangnya keikhlasan.
Dengan keikhlasan datangnya keyakinan.
Dengan keyakinan datangnya kekuatan.
Dengan kekuatan datangnya semangat.
Komunikasilah dengan Allah apa yang difikirkan.
Komunikasilah dengan Allah apa yang dilihat.
Komunikasilah dengan Allah apa yang didengar.
Komunikasilah dengan Allah apa yang dilakukan.
Komunikasi itu cinta.
Cintakan Allah adalah cinta paling Agung.
Ya Allah, aku ingin sentiasa berkomunikasi dengan diriMu ya Allah.
Aku ingin ceritakan segala-galanya dengan dirimu ya Allah.
Agar wujud rasa cinta kepadaMu dalam jiwaku ya Allah.
Fuad Latip 07/01/09
Popularity: 4% [?]
Semester Akhir (Semester Jan 09 – Apr 09)
4 January 2009 | 7 Komen |
Cetak Artikel
Semester ini adalah semester akhir saya sebelum menyambung pelajaran ke peringkat PhD. Baru untuk mendaki. Umur sudah 32 tahun (tahun ini), baru ingin membuat PhD. Sedangkan isteri sudah masuk 3 tahun memiliki PhD iaitu ketika umur beliau 28 tahun. Tidak mengapa kerana saya mempunyai perancangan sendiri dan ia adalah perancangan kami bersama.
Hari ini hari pertama saya berjumpa pelajar di semester ini setelah saya bercuti minggu lepas. Hari ini masih belum ada kelas. Saya akan selesaikan masalah pendaftaran pelajar. Saya juga akan berikan beberapa nasihat untuk pelajar di bawah nasihat saya sebagai penolong akademik pelajar. Sudah pasti saya akan mengulangi semula nasihat meminta mereka sentiasa berkomunikasi dengan Allah.
Popularity: 5% [?]
« Artikel Terdahulu — Artikel Seterusnya »






