Blog Ini Menggunakan Hosting 10GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kepentingan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Minda dan Otak

29 January 2009 | 7 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

VN:F [1.9.3_1094]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 5.0/5 (1 vote cast)

Aduh! Sudah lama saya ingin menulis tentang minda dan otak ini. Saban hari ingin menulis tentangnya. Tetapi saya lebih suka bercakap. Suka bercerita secara audio dan visual berbanding menulis.

Jika saudara semua tahu betapa hebatnya otak kita yang mempunyai frekuensi-frekuensi yang tertentu pasti semakin kita merasakan bahawa sesungguhnya pemberian Allah nan satu ini amatlah berharga lebih dari apa yang selama ini difikirkan.

Ramai antara kita hanya tahu bahawa otak yang mampu berfikir (yang membezakan manusia dan haiwan) sahaja yang menjadikan manusia itu hebat tetapi masih ramai yang belum tahu corak, cara, sistem kerja otak ini di dalam memproses segala data dan informasi dengan menyimpannya, memproses, menerima dan sebagainya.

Masih ramai lagi yang belum mengetahui kehebatan otak ketika sedar, ketika separa sedar dan tanpa sedar. Malah ramai lagi yang belum mengetahui bagaimana untuk mencapai ke semua tahap-tahap itu dengan kehendak kita. Kita mampu untuk berfikir di dalam frekuensi-frekuensi yang kita hendaki tetapi apa yang berlaku sekarang ini kita hanya ikut sahaja fikiran kita berfikir di mana-mana frekuensi. Bukan kita tetapkan.

Dengan pengetahuan semua ini, kita akan lebih mengetahui bagaimana untuk berasa hampir dengan Allah.  Allah pada hakikatnya sangat hampir dengan kita. Tetapi ramai antara kita tidak dapat merasakannya.

Dengan pengetahuan ini juga, kita akan tahu betapa hebatnya tahap-tahap frekuensi otak ini yang mampu menjadikan kita manusia yang hebat.

Dengan pengetahuan ini, kita mampu memahami konsep Redha dan Tawakal kepada Allah dengan penyerahan jiwa dan raga 100% kepadaNya.

Dengan pengetahuan ini, kita mampu memahami konsep Qada’ dan Qadar dengan baik lalu kita mengetahui jalan mana yang perlu dipilih untuk masa depan kita.

Dengan pengetahuan ini, kita mampu mewujudkan rasa CINTA dan KASIH yang tidak berbelah bahagi kepada Allah SWT.

Dengan pengetahuan ini kita mampu berada di dalam tahap kusyuk ketika melakukan ibadah. Malah sebenarnya kita mampu kusyuk dan fokus dengan segala kerja yang kita lakukan. Kusyuk di salam solat mampu dicapai jika kita memahami dan mengetahui bagaimana cara menurunkan frekuensi otak kita sehingga kita tidak lagi memikirkan perkara-perkara lain selain Allah SWT.

Dengan pengetahuan ini, barulah kita benar-benar memahami bagaimana solat, solat sunat, puasa, haji dan sebagainya memberi kesan kepada ketakwaan kita kepada Allah. Bukan hanya sekadar kita melakukannya dan merasakan kesannya.

Ramai di antara kita melakukannya dan hanya merasakan kesan ibadah yang dilakukan. Tetapi tidak memahami bagaimana semua rasa itu wujud apabila melakukannya. KENAPA  DAN BAGAIMANA SEMUA IBADAH ITU MAMPU MERUBAH JIWA KITA DARI SEGI SAINS DAN AGAMA.

Dengan pemahaman ini, kita mampu mengaplikasikannya ke dalam segala kerja kita kerana semua kerja yang kita lakukan merupakan ibadah kita.

Dengan semua pengetahuan ini, kita akan berasa amat malu kepada Allah dengan keegoan kita, dengan PERMINTAAN KITA YANG KITA MOHON DENGAN CARA YANG CUKUP KURANG AJAR DENGAN ALLAH di dalam doa-doa kita dan juga ibadah kita.

Dengan pengetahuan semua ini, kita tahu bagaimana menjadikan JIWA KITA LEBIH POSITIF dan diharapkan ia adalah Jiwa yang Sejahtera justeru kita akan menjalani hidup ini DENGAN HIDUP BERTUHAN YANG SEBENAR.

Jika saudara TERJUMPA saya, tegurlah saya. Mana tahu ketika itu saya mempunyai masa yang banyak untuk menceritakan semua ini dari sudut sains dan kemudian mengaitkannya dengan hidup berTuhan. Saya suka bersembang dan bercerita berkenaan dengan hal ini kepada sesiapa yang ingin mengetahuinya.

Buat masa ini, jika saudara ingin berjumpa saya, boleh email saya fuadlatip@gmail.com atau telefon pejabat 03-55436107. Kita sembang-sembang ilmiah :D .

Waktu senggang* saya:
Isnin : Pagi dan Petang
Selasa : Petang
Khamis : Petang
Jumaat: Pagi dan Petang

*Mengikut keadaan semasa.

VN:F [1.9.3_1094]
Artikel Bermanafaat?
Rating: 5.0/5 (1 vote cast)
Minda dan Otak, 5.0 out of 5 based on 1 rating

Popularity: 8% [?]

Comments

7 Responses to “Minda dan Otak”

  1. Honeytar
    January 30th, 2009 @ 12:24 am

    Salam sdr Fuad,

    Saya faham yg ianya lebih senang berdiskusi secara lisan dari menulis tapi I would prefer if you could explain it further in writing so that we can re-read it & furthermore it is quite difficult to suit the time schedule. Terima kasih.

  2. Fuad Latip
    January 30th, 2009 @ 3:36 am

    Puan Hanita,

    Sebenarnya saya pernah pusing-pusing mencari restoran hebat tokli. Tapi tak jumpa pula. Lagipun masa itu mahu singgah sebentar untuk breakfast on the way balik ke kampung. Ambil anak saudara di UIA lalu teringatkan restoran tokli. InshaAllah nanti ada masa, kami ke sana. Mencari restoran tokli dan mencuba menu-menu yang lazat.

  3. Honeytar
    February 3rd, 2009 @ 4:46 am

    Sdr Fuad, kalau anda on the way to UIA tu mesti lalu satu tugu besi Keris umno sebelah kiri jalan, terletak sebelum shell/petronas kat MRR/Karak sebelum jalan nak ke UIA. Tok Li berada betul2 di belakang keris itu.

    InsyaAllah lain kali ada rezeki, sampailah tu… Sdr boleh juga refer pada peta GoogleMaps kat blog Tok Li.

  4. Abdul Hadi Mahmud
    February 23rd, 2009 @ 4:49 am

    Assalaimualaikum,
    Boleh En.Fuad kaji tentang sel
    Lagi menemui kebesaran Allah

    T/kasih

    ABADI

  5. zahidan
    October 6th, 2009 @ 8:16 am

    t kasih,harap dapt dibukukan.

  6. BRAINVIT
    January 1st, 2010 @ 7:53 pm

    Jogging Optimasikan Sistem Kerja Otak…

    Sistem kerja otak yang serasi  sangat diperlukan karena otak  mengendalikan semua aspek kehidupan anda. Bagaimana anda bergerak, apa yang anda pikirkan, bagaimana anda bereaksi, kebahagiaan dan sebagainya berasal dari sistem otak anda. Dengan mengoptim…

  7. sistem kerja otak
    January 1st, 2010 @ 7:59 pm

    Dengan mengoptimalkan otak anda, anda dapat mengoptimalkan semua aspek kehidupan anda.

Leave a Reply





  • Jadual Latihan Solat Khusyuk

  • Komunikasi

    Hanya mesej yang tiada kaitan dengan artikel. Jika ada kaitan, sila komen di artikel. Terima kasih.


    ShoutMix chat widget
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Maklumbalas Terkini

  • Artikel Terkini

  • Arkib

  • Popular Keyword

    bahagia banyak masalah berserah dekat dengan Allah didik anak cara islam fuad latip gelisah hidup bertuhan ilmu ingat Allah Jiwa Positif jiwa super kesedaran khusyuk solat komunikasi komunikasi dengan Allah kuasa jiwa law of atrraction lembutkan hati anak lembutkan hati isteri lembutkan hati suami masalah anak masalah besar masalah jiwa masalah rumahtangga masalah suami isteri minta izin motivasi Motivasi Diri motivasi kekal pasar ramadhan pasrah puasa ramadhan redha rela sedar solat solat khusyuk spritual suami ego super affiliate super minda super sedar teknik SEO
  • Profil

    Mohd Fuad Bin Haji Abdul Latip
    Fakulti Kejuruteraan Elektrik
    Universiti Teknologi MARA
    40450 Shah Alam
    Selangor
    fuadlatip[at]gmail.com


  • Blog Rating

    Average blog rating:

    4.7