Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kehambaan Diri dan KeTuhanan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Metaphor

20 January 2009 | 4 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Metaphor merupakan cerita-cerita yang penuh dengan pengajaran. Sebagai seorang pendidik, saya sentiasa memberikan metaphor kepada pelajar-pelajar. Metaphor amat berkesan di dalam proses menasihati seseorang. Saya bukan hanya gunakan untuk pelajar malah untuk menegur isteri juga saya gunakan metaphor :D

Saya menyimpan semua metaphor samada di dalam bentuk cerita atau video apabila saya terbaca atau menontonnya.   Saya memastikan saya mempunyai banyak metaphor agar dapat memberi nasihat atau pengajaran serta motivasi secara berhikmah (tanpa disedari atau tanpa membuat seseorang terasa) kepada sesiapa sahaja.

Metaphor akan membuatkan frekuensi fikiran seseorang turun ke alpha malah boleh sampai ke theta. Ketika ini mereka yang mendengar akan terhibur dengan cerita yang diceritakan sehingga terlupa dengan masalah atau hal yang lain. Di masa inilah segala pengajaran yang ada di dalam cerita itu serta nasihat akan terus masuk ke dalam fikiran sub conscious orang yang mendengar tanpa halangan. Ia akan terus kekal di situ.

Carilah metaphor dan ceritakan kepada anak-anak kita, pasangan, pelajar-pelajar, kawan-kawan dan tidak kira siapa kerana ia cukup berkesan di dalam menyampaikan sesuatu termasuk menasihati dengan berkesan.

Metaphor tidak semestinya cerita-cerita rekaan. Saya juga gunakan pengalaman sendiri sebagai metaphor untuk diceritakan kepada pelajar-pelajar dan sahabat sebagai cerita pengalaman yang mempunyai pengajaran di sebaliknya.

Jika perasan, saya juga menggunakan metaphor di dalam artikel saya. Maafkan saya jika metaphor di dalam artikel saya membuatkan saudara berada di frekuensi alpha ketika membaca artikel di blog ini.

Jangan lupa kongsikan bersama saya methapor saudara. :D

Popularity: 7% [?]

Facebook Comments

  • Bengkel JPHBT

  • Kemaskini di FB JPHBT

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Ego itu merupakan rasa ke'Aku'an. Apabila kita jauh dengan Allah SWT, kita akan berasa ego. Mengapa? Kerana kita lupa diri yang kita ini hanyalah insan yang hanya berdaya dengan kekuatan yang sedikit sahaja dialirkan oleh Allah SWT. Jika kita memiliki kesedaran tertinggi kepada Allah SWT, pasti kita tidak akan ada rasa ke'Aku'an ini kerana kita sedar siapa kita.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Arkib

  • Popular Keyword