Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kehambaan Diri dan KeTuhanan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Dilanggar

23 January 2009 | 5 Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Saya ke tempat kerja menaiki motosikal. Berkereta dari puchong ke Shah Alam bukanlah terbaik untuk diri saya memandangkan kesesakan yang teruk sebelah pagi. Saya tidak suka menghabiskan masa di dalam kereta. Di samping dapat mengelakkan kesesakan, saya dapat menjimatkan duit.

Dari segi risiko, bermotosikal agak merbahaya tetapi saya cuba berhati-hati sedaya yang mampu. Sentiasa berkomunikasi dengan Allah ketika menunggang motosikal sambil memohon Allah sentiasa menjaga keselamatan diri saya.

Selasa lalu di bulatan JVC Shah Alam seksyen 21, sebuah motosikal melanggar motosikal saya dari belakang. Ia berlaku sebaik sahaja saya ingin memasuki bulatan. Semasa hampir dilanggar, saya merasakan melalui gerak hati seperti ada sebuah motosikal akan melanggar saya

Sebaik menoleh sedikit ke belakang, menggunakan cermin sisi, sebuah motosikal hilang kawalan melanggar motosikal saya. Lelaki india menunggang motosikal itu.

Nasib baik hentakan yang perlahan. Saya menoleh ke belakang dan bertanya pada lelaki india tersebut untuk mengetahui apa yang rosak di motor saya. Plat motosikal patah. Lelaki india meminta saya masuk dahulu ke dalam bulatan dan kemudian mencari kawasan sesuai untuk berbincang.

Lelaki india itu mendahului saya. Tiba ditempat sesuai, lelaki india itu berhenti bertujuan untuk berbincang dengan saya tetapi saya meneruskan perjalanan sambil angkat tangan tanda tidak mengapa. Bagi saya tidak perlu dibincangkan apa-apa kerana berapalah sangat harga plat motosikal itu sehingga perlu untuk berbincang. Dalam keadaan begitu saya bimbang akan timbul kemarahan luar kawal dari saya.

Lelaki india itu angkat tangan membalas tanda terima kasih. Alhamdulillah, semasa dilanggar saya mengadu kepada Allah, “Ya Allah, aku dilanggar ya Allah. Kenapalah india ini tidak berhati-hati ya Allah. Geramnya aku ya Allah. Marahnya aku ya Allah”.

Allah itu Maha Positif. Dicampaknya positif ke dalam diri saya untuk bersabar. Alhamdulillah marah dan geram saya semuanya hilang terus dalam masa yang singkat. KOMUNIKASI telah membuatkan diri saya menjadi penyabar. Saya rasa bahagia dan tenang kerana tidak menambah dosa dengan memarahi lelaki india itu hanya kerana plat motosikal yang patah yang harganya tidak sampai RM10 pun.

Biarlah saya hilang RM10 tetapi berjaya mengelak diri dari memarahi orang. Alhamdulillah.

Popularity: 9% [?]

Facebook Comments

  • Bengkel JPHBT

  • Kemaskini di FB JPHBT

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Kita ini insan yang hanya memiliki daya dan kekuatan yang dialirkan Allah kepada kita. Makanya tiada yang lain yang mampu kita lakukan melainkan berserah segala-galanya kepada Allah SWT.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Arkib

  • Popular Keyword