Blog Ini Menggunakan Hosting 15GB Dengan Harga RM80 Sahaja. Klik Untuk Info Lanjut
Powered by MaxBlogPress  

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari dan Merasai Kehambaan Diri dan KeTuhanan Allah SWT Di dalam Kehidupan

Arahan Tiada Bantahan

19 January 2009 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Sebagai seorang pendidik, saya memerlukan cara terbaik bagaimana setiap arahan yang saya berikan diterima oleh pelajar dengan hati yang terbuka dan bersungguh melakukannya. Saya juga terlibat dengan pelbagai aktiviti yang memerlukan pendapat saya sekurang-kurangnya didengari dan dihargai walaupun tidak dapat diterima seperti di dalam mensyuarat.

Sebagai seorang ayah, saya memerlukan teknik terbaik untuk memastikan nasihat saya didengari dengan baik disamping saya tidak menutup pintu keterbukaan kepada anak untuk memberikan pendapat sendiri. Sebagai seorang suami, saya juga perlu menegur isteri dengan penuh hemah agar apa yang ditegur dapat diterima dengan hati yang senang tanpa melukakan hati isteri.

Kadang-kadang sebagai seorang yang dipertanggungjawabkan, ada arahan yang perlu diberikan tanpa ada penolakan. Halangannya adalah bagaimana arahan yang perlu diberikan itu diterima tanpa ada penolakan dan dalam masa yang sama tidak membuatkan penerima merasa beban.

Sebagai seorang pendidik, perkara ini merupakan sesuatu yang sangat penting ketika memberikan arahan kepada pelajar seperti meminta membuat tugasan di rumah. Semampu mungkin, saya tidak mahu pelajar merasakan ia sebagai satu beban.

Caranya
Kita memerlukan sedikit ilmu psychology di dalam hal ini. Menyusun kata-kata amatlah penting kerana ia mampu mempengaruhi seseorang hanya dengan kata-kata yang berlainan.

Jika kita meminta pelajar membuat tugasan, kita boleh berikan banyak pilihan agar mereka merasakan mereka mempunyai ruang yang besar untuk memilih.

Cth:
Kita meminta pelajar menjawab semua soalan sebanyak 10 soalan.

Untuk mengurangkan rasa beban pelajar, kita berikan arahan menjawab 10 soalan daripada 20 soalan. Dengan cara ini, pelajar agar lebih merasa senang kerana hanya perlu menjawab 10 soalan daripada 20 soalan sedangkan jumlahnya adalah sama saja dengan arahan asal kita iaitu menjawab 10 soalan.

Apabila meminta mereka hantar tugasan, kita perlu memberikan pilihan yang mana tujuannya sama sahaja iaitu tetap kena hantar. Contohnya, kita boleh katakan, tarikh dan masa akhir hantar tugasan adalah samada hari khamis atau jumaat pukul 5 ptg. Yang penting adalah pelajar tetap hantar tugasan tanpa rasa terbeban dengan masa yang diberikan.

Jika untuk anak pun sama. Sentiasa beri pilihan tetapi tujuannya sama.

Cth, jika anak tidak mahu makan, kita berikan kata dua kepadanya tetapi masih tujuan yang sama.
“Kakak mahu makan dengan ayah atau mama?”

Dengan kata-kata begitu anak merasakan ada pilihan tetapi masih kena makan. Maka anak tidak berasa beban untuk makan. Jika kita kata, “kakak nak makan atau tidak”, kita memberikan ruang pilihan samada mahu makan atau tidak kepada anak. Sudah pasti anak memilih tidak kerana sememangnya dia tidak mahu makan.

Begitu juga dengan meminta anak kita pergi mandi ketika beliau asyik menonton tv.
“Kakak nak mandi sekarang atau selepas cerita di tv habis?” Anak hanya mempunyai pilihan masa tetapi tidak ada pilihan samada mahu mandi atau tidak.

Ini adalah contoh-contoh di mana ilmu psychology amat penting di dalam kehidupan seharian kita. Namun di dalamnya juga, harus dimasukkan ilmu spiritual agar arahan yang diterima dilakukan hanya kerana Allah semata-mata.

Popularity: 8% [?]

Facebook Comments

  • Bengkel JPHBT

  • Kemaskini di FB JPHBT

  • Artikel Terkini

  • Petikan

    Komunikasi dengan Allah SWT menjadikan kita sentiasa berada di dalam keadaan Ihsan. Apakah Ihsan? Anta’budallah ka annaka taraah, fa’illam takun taraah, fa’innahu yaraak. Engkau mengabdi kepada Allah seperti engkau melihatNya. Jika engkau tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Komunikasilah agar kita sentiasa sedar akan Allah SWT sentiasa dekat dengan kita dan melihat apa yang kita lakukan.
    - Fuad Latip -
  • Doa

    Ya Allah, Aku mohon kepadaMu agar Kau catatkan siapa pun yang membaca blog ini, menjadi orang-orang yang Engkau angkat kerajaannya. Engkau ampuni seluruh dosa-dosanya. Engkau buka hati yang tertutup. Engkau lembutkan hati yang keras membatu. Engkau cahayai hati yang gelap gelita. Ya Allah jadikan perkongsian ilmu ini membuatkan sisa umur kami penuh berkah. Terpelihara dari fitnah dan musibah. Amin.
  • Artikel Popular

  • Arkib

  • Popular Keyword