Protokol Doa
30 January 2009 | 12 Komen |
Cetak Artikel
Setiap kali saya berdoa, saya jadikan doa buat kekasih sebagai panduan berdoa. Bagi saya doa buat kekasih adalah doa yang terbaik susunan doanya. Doa buat kekasih mempunyai protokol doa iaitu:
1. Tawasul
2. Khusus
3. Sebab/alasan
4. Tawasul
5. Pasrah.
Cuba saudara perhatikan doa buat kekasih di akhir artikel ini dan cuba bacakan sekali. Terasa ketenangan di sana. Saudara boleh ubahkan untuk memohon hajat tertentu yang lain. Setiap doa mesti mengikut protokol.
Popularity: 5% [?]
Minda dan Otak
29 January 2009 | 7 Komen |
Cetak Artikel
Aduh! Sudah lama saya ingin menulis tentang minda dan otak ini. Saban hari ingin menulis tentangnya. Tetapi saya lebih suka bercakap. Suka bercerita secara audio dan visual berbanding menulis.
Jika saudara semua tahu betapa hebatnya otak kita yang mempunyai frekuensi-frekuensi yang tertentu pasti semakin kita merasakan bahawa sesungguhnya pemberian Allah nan satu ini amatlah berharga lebih dari apa yang selama ini difikirkan.
Ramai antara kita hanya tahu bahawa otak yang mampu berfikir (yang membezakan manusia dan haiwan) sahaja yang menjadikan manusia itu hebat tetapi masih ramai yang belum tahu corak, cara, sistem kerja otak ini di dalam memproses segala data dan informasi dengan menyimpannya, memproses, menerima dan sebagainya.
Popularity: 3% [?]
Sukarnya BerKomunikasi
27 January 2009 | 8 Komen |
Cetak Artikel
Saya menerima beberapa email menyatakan sukarnya untuk berkomunikasi dengan Allah setiap saat. Kekadang lupa untuk berkomunikasi. Bagaimana untuk berkomunikasi dengan Allah di dalam setiap kerja yang kita lakukan? Itulah persoalan yang sentiasa bermain di dalam fikiran pengirim email.
Saya yakin ia juga menjadi persoalan kepada pembaca blog saya ini.
Saudara,
Manusia ini sentiasa berfikir di dalam keadaan sedar. Namun ada juga berfikir ketika tidur. Lebih 80% manusia berfikir di dalam tidur. Walaupun masih tidur, tetapi fikiran mereka masih berada di frekuensi Beta.
Popularity: 3% [?]
Solat Untuk Apa?
27 January 2009 | 6 Komen |
Cetak Artikel
Jumaat 23/1/09 saya didatangi oleh seorang pelajar. Beliau kenali saya ketika saya memberikan penerangan tentang Membina Jiwa Positif semasa Program Pembangunan Pelajar pada awal bulan yang lalu.
Saya bertanya tujuan beliau berjumpa dengan saya. Beliau menerangkan bahawa beliau banyak melakukan solat Dhuha, solat dipertiga malam dan selalu berdoa kepada Allah. Saya ingin mendapat informasi yang lebih jelas iaitu apakah doa yang diminta?
Beliau menerangkan, beliau ingin mendapat rezeki yang banyak. Beliau ingin berjaya di dalam pelajaran. Beliau harap semua keinginan dimakbulkan. Tetapi beliau kata, kini beliau seakan-akan putus asa dengan apa yang beliau lakukan. Banyak pemintaan beliau tidak dimakbulkan.
Popularity: 4% [?]
Realiti Sebenar (RS) dan Realiti Fikiran (RF)
24 January 2009 | 7 Komen |
Cetak Artikel
Apakah yang dimaksudkan Realiti Sebenar? Realiti sebenar adalah realiti sesuatu perkara di mana hanya Allah sahaja yang tahu. Manakala Realiti Fikiran adalah realiti di mana fikiran kita memahami tentang sesuatu itu dari kacamata dan fikiran kita.
Gambar di sebelah menunjukkan contoh Realiti Sebenar dan Realiti Fikiran menafsir sesuatu perkara. Realiti Kita menerima maklumat atau informasi secara Visual (lihat), Auditori (dengar), Kinestetik (sentuhan), Olfaktori (bau) dan Gustatori (rasa). Setiap informasi yang masuk ke fikiran kita akan dihalang oleh dua penapis yang dikenali sebagai Penapis Luaran dan Penapis Dalaman. Ini menyebabkan Realiti Fikiran tidak sama dengan Realiti Sebenar.
Popularity: 4% [?]
Artikel Seterusnya »


